​Linus Torvalds Berehat Sebentar Daripada Linux

Linus Torvalds merupakan pengasas Linux dan telah terlibat dalam pembangunannya untuk hampir 30 tahun.

Hari ini, beliau membuat pengumuman mengejut apabila mengatakan ingin mengambil rehat sementara daripada pembangunan Linux. Pada masa yang sama, Linus Torvalds turut memohon maaf atas perangai beliau yang mungkin membuatkan beberapa pembangun untuk menarik diri daripada pembangunan kernel Linux.

Linus Torvalds

Linux Torvalds mengatakan beliau ingin berehat sementara dan mendapatkan bantuan dan mempelajari untuk memahami emosi seseorang dan memberikan respon yang sepatutnya.

Untuk yang mengikuti arena Linux, mungkin sedia maklum yang mana Linus Torvalds sering “cakap lepas”, dan pada masa yang sama memarahi pembangun lain. Dengan berehat dan memfokuskan kepada emosi beliau, hal ini dijangka akan diatasi.

Linus Torvalds turut menekankan yang mana beliau bukan ingin meninggalkan pembangunan ini selamanya, dan akan kembali dalam pembangunan tidak lama lagi.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.