10 Pengasas Syarikat Permulaan Wanita Dari Asia Tenggara Yang Memecah Langit

Menurut satu laporan yang ditulis oleh Gené Teare ketua kandungan di Crunchbase, dari tahun 2009 hingga 2014, jumlah bilangan syarikat permulaan di US yang mana salah seorang pengasasnya adala wanita telah berganda 9.5 peratus kepada 18 percent.

Kajian menunjukkan syarikat yang di ketuai oleh wanita, meningkatkan prestasi dana pelabur. Ia juga menunjukkan prestasi tersebut mengalahkan syarikat yang diketuai oleh lelaki sebanyak 63% berdasarkan ROI.

Berikut adalah wanita-wanita yang mengetuai syarikat permulaan dari Asia Tenggara.

1. Ai Ching Goh, ko-pengasas dan CEO, Piktochart – Malaysia

Goh membuat keputusan untuk memulakan syarikatnya sendiri selepas gagal untuk menyesuaikan diri dengan budaya organisasi di tempat beliau pernah bekerja. Pada 2011, beliau menulis pada sekeping kertas “Mo more Monday Blues” – empat perkataan yang membawa beliau kepada pembangun Andrea Zaggia untuk mengasaskan sebuah studio rekabentuk.

Kedua-duanya mula merekabentuk untuk pelanggan, tetapi akhirnya telah mengenalpasti apa yang mereka sebenarnya mahukan adalah membolehkan orang ramai untuk menghasilkan rekaan visual yang menarik.

Pada tahun yang sama, Goh dan Zaggia mengasaskan Piktochart dan menawarkan aplikasi web yang membolehkan pengguna tanpa kemahiran merekabentuk, menghasilkan infografik bertaraf profesional.

Kini, Piktochart mempunyai 3.8 juta pengguna yang telah menghasilkan lebih 9 juta inforgrafik secara keseluruhan menggunakan templat bertema yang disediakan oleh pelantar tersebut.

Jumlah pembiayaan keseluruhan: Tidak dinyatakan

Pengumpulan Dana Terkini: US$150,000 seed round pada Oktober 2012

2. Andrea Loubier, ko-pengasasn dan CEO, Mailbird – Indonesia

Andrea Loubier adalah kacukkan Amerika dan Filipino. Walaubagaimanapun, beliau telah menghabiskan separuh kehidupannya di Thailand dan Indonesia. Beliau memulakan Mailbird secara bootstrap di Bali pada 2012. Sejak itu, ia telah memperolehi lebih dari sejuta pengguna dan di anugerahkan email client bagi Windows Terbaik oleh PC World dan IT World.

Mailbird mengabungkan mesej dari email, calender, messaging, task management dan pelantar lain ke dalam satu aplikasi. Syarikat yang memberikan perkhidmatan yang serupa adalah Nylas dan PostBox.

Jumlah pembiayaan keseluruhan: Tidak dinyatakan

3. Nabilah Alsagoff, Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi, Doku – Indonesia

Selepas serangan penganas pada 2002 di Bali, Alsagoff  bekerja dengan lembaga pelancongan tempatan untuk membantu memulihkan keadaan pulau tersebut. Beliau kemudian bertembung dengan syarikat dari Malaysia yang menyokong pembayaran secara atas talian untuk tempahan hotel dan usaha pembangunan semula. Dari situ, beliau mendapat idea untuk Doku, yang ditubuhkan secara rasmi pada 2007.

Doku menyediakan pembayaran elektronik dan solusi pengurusan risiko kepada pedagang e-dagang. Dalam masa tujuh tahun operasi, syarikat beliau telah memproses lebih US$1.6 billion pembayaran. Terkini, Doku menyokong lebih 2 juta pengguna dan 35,000 pedagang.

Pada Mei 2007, Konglomerate Media Indonesia Emtek Goup telah memperolehi Doku.

4. Dana von der Heide, Pengasas dan Ketua Pegawai Komersil, Parcel Perform – Singapore

Industri e-dagang Asia Tenggara yang mantap telah mewujudkan keperluan perniagaan yang baru, contohnya seperti pengesanan penghantaran.

Von der Heide pernah bekerja dengan DHL, dan membantu menubuhkan divisyen e-dagang secara global. Ia telah memberikannya gambaran terhadap masalah logistikal yang sering dihadapi oleh syarikat e-dagang seperti bagaimana hendak mengesan bungkusan mereka.

Parcel Perfom menyediakan satu solusi yang meliputi 598 pengangkut di seluruh dunia dan menjana laporan pengesan dalam lebih 20 bahasa.

Jumlah pembiayaan keseluruhan: US$1.5 juta.

Pengumpulan Dana Terkini: US$1.1 juta seed round diketuai oleh Wavemaker Partners pada 2018

Sebelum memulakann CardUp, Ramsey adalah seorang konsultan pengurusan di Deloitte Consulting dan memegan peranan fokus kepada Asia Pasifik di American Express, di mana beliau adalah pengarah consumer insights dan pengarah pembangunan perniagaan antarabangsa bagi rantau tersebut.

CardUp membolehkan individu dan perniagaan membayar perbelanjaan berulang yang besar seperti sewa dengan menggunakan kad kredit mereka – walaupun penerima tidak menerima pembayaran melalui kad. Pengguna mendapat faedah dengan memaksimumkan mata kad kredit dan ganjaran.

Ramsey memulakan syarikat tersebut kerana sebahagiannya disebabkan kecewa tidak dapat menggunakan kad kreditnya untuk membayar perbelanjaan yang besar. Melalui pengalaman perbankannya, beliau juga melihat betapa sukarnya untuk meningkatkan penggunaan kad kredit.

Ramsay started the company partly because she was frustrated about not being able to use her credit card to pay for large expenses. Through her banking experience, she also saw how difficult it can be to increase credit card usage.

Jumlah pembiayaan keseluruhan: US$1.7 juta

Pengumpulan Dana Terkini: US$1.7 juta seed round diketuai oleh Sequoia Capital dan SeedPlus pada 2018

6. Vivy Yusof, ko-pengasas, FashionValet – Malaysia

Selepas melanjutkan pelajaran dalam bidang perundangan di London School of Economics, Vivy Yusof kembali ke Malaysia di mana beliau dikenali sebagai lifestyle blogger. Beliau mendapati keseronokkan membeli-belah dicemari oleh trafik dan keperluan untuk memandu dari satu kedai ke satu kedai yang lain.

Cabaran ini menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk memulakan FashionValet Butik Online pada 2010 – ketika itu  pembelian atas talian masih lagi sesuatu perkara yang baru di negara ini.

Cadangan unik FashionValet berdasarkan pakaian sedia-dipakai yang direka oleh pereka tempatan high-end. Sejak dari itu, ia telah berkembang dan membawa produk dari lebih 500 pereka dari Asia Tenggara.

Walaupun pelanggan awalnya datang dari pingikut blog, FashionValet kini memproses pembelian ke serata dunia.

Pada tahun 2016, anggaran pendapatan yang diperolehi oleh FashionValet hampir mencecah US$9.6 juta. Lebih separuh jualan datang dari Malaysia, diikuti oleh Singapore dan Brunei.

Jumlah pembiayaan keseluruhan: US$6.4 juta

Pengumpulan Dana Terkini: Tidak dinyatakan pembiayaan siri C diketuai oleh Khazanah Nasional pada March 2018

7. Hooi Ling Tan, k0-pengasas dan ketua pegawai operasi, Grab – Malaysia

Dengan purata 4 juta penggunaan sehari dan kepelbagaian perkhidmatan termasuk pembayaran dan pengangkutan ekspress, Grab sedang menuju menjadi sebuah aplikasi super.

Bekas konsultan McKinsey, Tan ko-asas GrabTaxi bersama dengan Anthony Tan, salah seorang rakan sekelas semasa di Harvard. Mereka menyertai satu pertandingan rancangan perniagaan yang dianjurkan oleh universiti pada 2011 dan menghantar konsep mereka dimana ia mendapat tempat kedua. Selepas bekerja di Salesforce untuk seketika, Tan kembali ke Malaysia pada 2015 untuk menguruskan Grab sepenuh masa. Kini beliau memegang jawatan sebagai ketua pegawai operasi.

Jumlah pembiayaan keseluruhan: US$6.1 billion

Pengumpulan Dana Terkini: US$ 1 billion dari siri H diketuai Toyota pada Augus 2018

8. Josephine Chow, ko-pengasas dan head of expansion, ShopBack – Singapore

Chow di perkenalkan kepada industri syarikat permulaan 6 tahun dahulu apabila rakannya menggakkannya memohon kerja di sebuah incubator German Rocket Internet. Ketika itu, beliau baru sahaja menamatkan cuti bekerja post-graduation dan tiada perancangan seterusnya.

Pengalaman bekerja di Rocket Internet, menimbulkan minatnya dalam industri e-commerce. Pada 2015, beliau menyertai kumpulan pengasas ShopBack yang terdiri daripada Bryan Chua, Henry Chan, Joel Leong, and Lai Shanru.

Ditubuhkan pada 2014, ShopBack menawarkan pembeli cashback sehingga 30 peratus pada semua pembelian secara online dan juga akses kepada kupon. Sebanyak 1,500 peruncit menggunakan pelantar tersebut termasuk pemain e-dagang utama seperti Lazada, Shopee, Taobao dan Zalora.

ShopBack beroperasi di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Thaiwan, dan Australia, Lebih dari 7 juta pengguna berdaftar telah dilaporkan membuat tempahan sebanyak 1.5 juta melalui pelantar tersebut. Ia juga menyatakan bahawa ia telah mengembalikan lebih US$25 juta wang kepada pelanggan.

Jumlah pembiayaan keseluruhan: Hampir US$ 40 juta

Pengumpulan Dana Terkini: US$ 25 juta siri A diketuai oleh Credit Saison pada November 2017

9. Roshni Mahtani, pengasas dan CEO, Tickled Media – Singapore

Mahtani mengubah blog keibubapaannya kepada Tickled Media, Satu pelantar atas talian yang menawarkan perkhidmatan yang fokus kepada penghasilan kandungan, produksi video, paparan iklan dan juga kajian pasaran. Ia juga mempunyai sebuah aplikasi yang menganjurkan acara komuniti dan konferens.

Berpangkalan di Singapura, Tickle Media menerbitkan theAsianparent.com, AsianMoneyGuide.com, Parenttown.com dan beberapa penerbitan yang fokus kepada hal wanita. Syarikatnya mempunyai capaian 12 juta ibu sebulan.

Roshni juga menubuhkan Female Founders Network, yang dikatakan mempunyai lebih 2,000 pengasas wanita.

Jumlah pembiayaan keseluruhan: US$ 7.3 juta

Pengumpulan Dana Terkini: US$ 5 juta siri B diketuai oleh Global Leisure pada May 2018

10.Rachel Lim dan Viola Tan, ko-pengasas, Love Bonito – Singapore

Pada tahun 2005, Lim, bersama dengan Tan dan kakaknya Velda, memulakan kedai blog yang dinamakan sebagai Bonito Chico sebagai satu cara untuk menambahkan wang poket. Mereka mula dengan menjual pakaian terpakai tetapi pada akhirnya membuat keputusan untuk menjadikan perniagaan sampingan kepada perniagaan penuh.

Pada tahun 2010, mereka melakukan penjenamaan semula sebagai e-tailor Love Bonito dan juga mula mrekabentuk pakaian. Velda meninggalkan syarikat pada 2013 dan sejak itu telah memulakan label sendiri, Collate.

Kini, Love Bonito sekurang-kurangnya membuat 5,000 penghantaran bungkusan setiap minggu.

Jumlah pembiayaan keseluruhan: Tidak dinyatakan

Pengumpulan Dana Terkini: US$ 13 juta siri B diketuai oleh Kakaku.com pada Januari 2018

Sumber asal

sumber artikel : otakit.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.