Dengan perancangan yang baik dan beberapa asas pengkebalan yang perlu di ikuti ,  anda dapat mengelakan masalah yang berpunca dari pemasangan kabel rangkaian dan memudahkan penyelengaraan.

 

 

 

 

Tips pengkebalan

Pusat data anda adalah nadi untuk mengepam darah bagi perniagaan atas talian anda. tanpanya semua perniagaan atas talian anda akan terhenti. Malah bagi syarikat yang mengunakan sistem komputer sepenuhnya jika ianya lumpuh maka perniagaan anda akan lumpuh sepenuhnya . Isu kecil boleh mengakibatkan operasi pusat data anda bermasalah contoh paling ketara adalah pengkebalan yang tidak teratur dan tidak di rancang dengan baik. Denga beberapa perancangan mudah dan kerja-kerja awal dalam merekabentuk pusat data anda mampu memaksimumkan penggunaan dan kemampuan pengkebalan pusat data  .

Berikut adalah 10 tips yang boleh menjadi panduan untuk memastikan pusat data anda berada dalam keadaan siap sedia dan beroperasi dengan baik dan bersih.

1: Penelitian dua kali , memotong sekali
ianya nampak mudah tetapi amat penting . Bukan hanya dapat mengurangkan “sisa” buangan kerana kesilapan melakukan potongan kabel bukan sahaja anda perlu kerja lebih malah anda juga menambah kos apabila terlalu banyak sisa yang mengurangkan jumlah kabel , untuk memastikan ianya tidak berlaku , ingat fikir 2 kali potong hanya sekali.

2: Label, label, label


Jika anda tidak membuat label kepada kabel anda anda akan menjadikan kerja anda lebih masa dan sukar . setiap kabel perlu di tanda label pada setiap penghujung termasuk kabel yang pendek dan juga sambungan nya .Kenapa ? bayangkan anda sedang menguji sejumlah saluran kabel yang banyak anda perlu mencuba mengalihkan beberapa kabel di sambungan yang berlainan , apabila ingin memasang kembali kepada lubang asanya anda mula tercari-cari . Dengan menanda kabel dan lubang sambungan anda dapat mengelak daripada perkara ini berlaku dan memudahkan lagi proses penyelengaraan anda pada masa akan datang  kerana ia akan mengurangkan masa anda untuk mencari.

3: Mengurangkan Kos


Jangan cuba mengurang kos dengan membeli peralatan yang murah dalam proses pemasangan kabel kerana ia bakal menyumbang masalah dalam rangkaian anda .  Apabila sambungan kabel anda hilang sambungan di sebab kan kualiti kabel yang tidak memuaskan maka ia akan menambah kos anda pada masa akan datang . Begitu juga dengan plug penyambung dan peralatan lain.

4: Jangan lupa membuat ujian
Selepas tamat proeses pemasangan , jangan lupa membuat ujian , elakan juga menerima keputusan ujian yang cukup-cukup makan atau hampir gagal kerana ia akan mendatangkan masalah kepada anda pada masa akan datang. Pastikan semua ujian anda lulus 100% juga pastikan anda menguna alat penguji yang berkualiti bagi mengelak masalah anda di masa akan datang.

5: Pastikan pemasangan ke penyambung singkat
Anda mempunyai pelayan yang terletak sebaris bersama dalam satu rak . Jangan sambungkan dengan kabel yang panjang antara kabel dan bingkai penyambung ia bukan sahaja akan nampak buruk malah tidak efesyen sama sekali. Dengan susunan kabel yang teratur dan panjang yang tidak berlebihan ia bukan sahaja nampak menarik malah senang di urusakan .

6: kod warna
Bunyinya seperti melampau sanggat tetapi pengunaan kod warna pada pendawayan rangkaian anda akan memudahkan lagi penyelengaraan anda pada masa akan datang berbanding dengan hanya mengunakan satu warna sahaja pada kabel rangkaian anda. Pastikan kod warna ini mewakili sesuatu dan ianya perlulah konsisten sepanjang masa .Ia bukan sahaja akan membantu anda , malah pusat data anda akan lebih menarik . Jadikan ini satu amalan.

7: Tambah Spesifikasi kelerluan anda
Jangan membuat penilaian keperluan anda hanya pada masa ini , tetapi buatlah perancangan awal untuk menampun keperluan di masa akan datang . Anda pasti tidak dapat menjangka apa akan berlaku pada masa hadapan bukan . Oleh itu anda harus mempertimbangkan keperluan-keperluan dan kemungkinan-kemungkinan di masa akan datang . Anda tidak akan mampu mempertingkatkan atau menampung keperluan akan datang jika perkara ini tidak anda ambil kira semasa peringkat awal , malah ia akan menambah kos anda di masa depan .

8: Reka Pusat data anda ramah kabel


Apabila anda merancang pembangunan pusat data anda , pastikan ianya adalah bertepatan dengan keperluan pengkebalan anda . Jangan letakan rak-rak anda di kawasan yang sukar dan tidak boleh di lalui kabel . Jika tidak anda akan membuat kesilapan yang sama apabila terpaksa menarik kabel anda pada laluan yang tak sepatutnya seperti celah-celah dinding dan atas bumbung yang tiada laluan kabel dan akan mencacatkan pemandangan dan menyukarkan penyelengaraan anda, Rancang sebaiknya dan elak dari belaku bencana di kemudian hari . Anda tidak merancang maknanya anda merancang untuk gagal.

9: Asingkan laluan kabel rangkaian dan kabel kuasa.
Jangan sekali-kali melakukan pengkebalan rangkaian anda bersama-sama laluan kabel kuasa elektrik anda . Anda mungkin mengangap ia mempunyai kesan yang sedikit tetapi tahukan anda bahawa apabila kabel rangkaian di letakan bersama kabel kuasa ia akan mengangu data anda .  Jika rangkaian banyak sekali dihimpunkan bersama juga akan mendatangkan kesan tetapi kesannya tidak lah seteruk jika ia di pasang bersama kabel kuasa elektrik. Perlu di ingat elakan mengunakan laluan dan pemasangan bersama-sama kabel kuasa elektrik anda walau dalam apa jua keadaan.

10: Sejukan kabel anda
Bunyinya agak lucu bukan , bukan sahaja pelayan anda perlu di sejukan , tetapi kabel rangkian juga perlu di buat sedemikian kerana ia juga membebaskan haba . Bayangkan jika segumpal kabel di pasang bersama , berapa banyak haba yang akan di lepaskan .  Kepanasan yang melampau akan boleh merosakkan dan mengundang bencana jadi pastikan rekabentuk pusat data anda juga dapat menyejukan kabel-kabel anda .

Pencegahan Spaghetti
Pengkebalan yang baik selalu tidak di laksanakan . Tetapi jika anda meneruskan sebegitu anda pasti akan seperti meletakan diri anda dalam semangkuk yang penuh dengan mi spaghetti yang tidak tersusun . Perancangan yang baik dan penyelengaraan yang konsisten dapat mengelakan masalah-masalah dan kekusutan pengkebalan and  di masa akan datang.

 

server_spaghetti_4

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM