Berita Menarik

10,000 tiket Piala Malaysia Kini dijual online

Pembaca : 20
0 0

Kelana Jaya: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya memperuntukkan 10,000 tiket untuk dijual secara online bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 di Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini dengan baki 80,000 akan diagihkan sama rata kepada Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Penjualan tiket secara online mula dijual menerusi laman web www.tickethotline.com.my bermula pada Rabu ini dengan pembeli boleh menebus tiket bermula pada Khamis di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Screen Shot 2014-10-28 at 7.41.02 PM

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perlawanan Final Piala Malaysia, Datuk Afandi Hamzah dalam Mesyuarat Jawatankuasa PengelolaPerlawanan akhir hari ini penjualan tiket di kedua-dua negeri akan mula dijual pada Khamis ini dengan cara jualan akan diagihkan di setiap daerah.

Dari sudut keselamatan, seramai 2,500 anggota polis akan ditempatkan pada perlawanan itu nanti.

“Tidak akan ada penjualan tiket di kaunter di perkarangan Stadium Nasional, Bukit Jalil menjelang dan pada hari perlawanan Sabtu ini,” kata Afandi.

Stadium Bukit Jalil dijangka sesak kerana bukan saja final Piala Malaysia akan dijalankan, namun satu majlis iaitu Perhimpunan Anak-Anak Sarawak turut akan dijalankan pada hari terbabit.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4461#sthash.thInxidS.dpuf

SUMBER : MYMETRO

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.