TechSemut Malaysia

12 Bulan Baru Dijumpai Mengorbit Planet Musytari

12 Bulan Baru Dijumpai Mengorbit Planet Musytari

12 Bulan Baru Dijumpai Mengorbit Planet Musytari
Julai 20
02:13 2018

Saintis telah menemui 12 bulan baru yang mengorbit planet Musytari dan salah satu daripadanya adalah ‘aneh’.

Sekumpulan saintis yang diketuai oleh Scott Sheppard dari Carnegie Institution for Science telah menemui 12 bulan tersebut ketika sedang mencari tanda-tanda bagi Planet Ke Sembilan, satu planet yang dijangkakan wujud di luar orbit Pluto. Penemuan ini bermakna planet Musytari mempunyai 79 bulan yang mengorbitnya. Daripada 12 bulan yang ditemui tersebut, ada satu bulan yang dianggap ‘aneh’ kerana orbitnya yang unik dan kerana diameternya kurang daripada 1km.

Pada musim bunga tahun 2017, saintis yang terlibat ketika itu sedang mencari Planet Ke Sembilan dan kebetulan planet Musytari berada di kawasan yang kaji. Ini memberikan peluang kepada kumpulan tersebut mencari bulan-bulan baru disekeliling Musytari.

Sembilan daripada planet yang ditemui itu mempunyai orbit songsang (retrograde), bermaksud bulan-bulan tersebut mengorbit bertentangan dengan putaran planet. Bulan-bulan ini adalah sebahagian besar kumpulan bulan yang mengorbit secara songsang jauh daripada planet Musytari. Sebenarnya, 33 bulan daripada 76 bulan yang ditemui sebelum ini mempunyai orbit songsang.

Dua daripada bulan yang baru ditemui mengorbit dekat dengan planet Musytari dan mempunyai orbit searah (prograde). Ini sebahagian daripada bulan-bulan yang dekat dengan Musytari yang mengorbit secara searah dan kebanyakkanya mengorbit kurang daripada setahun untuk mengelilingi Musytari.

Penemuan bulan ‘aneh’ yang mempunyai orbit searah itu mengorbit jauh daripada bulan-bulan besar yang searah lain. Ia mengambil masa lebih kurang setahun setengah untuk mengorbit Musytari. Kepelikan bulan tersebut adalah kerana saiznya yang kecil dan juga ia mengorbit searah di dalam kumpulan bulan songsang. Ahli saintis telah mencadangkan satelit ini dinampakan sebagai Valetudo, bersempena nama dewi kesihatan dan kebersihan Romawi.

Valetudo bukan sahaja ‘aneh’ tetapi mempunyai kebarangkalian tinggi untuk berlanggar dengan bulan-bulan songsang yang lain.

Rujukan – https://www.space.com/41180-oddball-moon-orbits-jupiter.html 

umber- https://www.space.com/41180-oddball-moon-orbits-jupiter.html

5total visits,5visits today

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com