Raja 5G pada tahun 2019 ialah Samsung kerana mereka antara yang terawal menawarkan telefon pintar yang menyokong rangkaian selular generasi terkini. Tetapi adakah mereka turut merajai kelajuan Internet terpantas pada rangkai 5G? Jawapannya ialah ya sekiranya anda duduk di Amerika Syarikat. Opensignal telah menerbitkan laporan 25 telefon pintar dengan kelajuan Internet 5G terpantas dan 14 daripadanya adalah keluaran Samsung manakala Apple langsung tidak tersenarai.

Telefon dengan kelajuan 5G terpantas ialah Samsung Galaxy S21 5G dengan kelajuan muat turun purata  56.0 Mbps diikuti pula oleh TCL Revvl 5G (49.8 Mbps), OnePlus 8T+ (49.3 Mbps), Samsung Note10+ 5G (48.5 Mbps) dan Samsung Galaxy S21 Ultra (47.5 Mbps). Apple iPhone 12 Pro Max ialah peranti Apple dengan kelajuan 5G terpantas iaiatu 36.2 Mbps sahaja yang tidak melayakkan ia memasuki senarai 25 peranti rangkaian 5G terpantas.

Kelajuan purata 5G di Amerika Syarikat adalah amat rendah berbanding kelajuan 5G yang boleh mencecah 1 Gbps. Di Malaysia pada Disember lalu, kelajuan 4G purata ialah 12.7 Mbps. Jadi jika anda mengharapkan 5G akan mengubah kelajuan interneat selular dengan sekelip mata, mungkin anda perlu merendahkan harapan segera.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.