Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika seseorang berkata bahawa pasaran tablet kini dikuasai oleh Apple melalui tablet iPad mereka. Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa sekitar 1 bilion peranti iPhone sedang digunakan secara global.

Tablet iPad juga memperlihatkan jumlah penjualan yang cukup tinggi, dimana Apple melaporkan bahawa sekitar 19.2 juta tablet tersebut telah dipasarkan secara global pada suku keempat 2020 sahaja.

Data ini diperolehi oleh Canalys, sebuah syarikat penganalisa data yang cukup dikenali didalam industri elektronik. Data yang dlaporkan mereka memperlihatkan bahawa pemasaran iPad bukan sahaja meningkat 40 peratus berbanding tahun sebelumnya, tetapi Apple juga mendominasi pasaran tablet dengan memegang 37 peratus daripada pasaran tersebut.

Dua daripada pesaing terdekat Apple, iaitu Samung dan Amazon masing-masing mencatatkan jumlah pemasaran tablet pada 9.6 juta unit dan 6.5 juta pemasaran peranti.

Sepanjang tahun 2020, Apple dilaporkan telah memasarkan 58.8 juta tablet iPad, yang memperlhatkan peningkatan lebih dari 20 peratus berbanding tahun 2019. Kesukaran mendapatkan komputer riba untuk kegunaan produktiviti di rumah nampaknya telah memaksa orang ramai untuk menggunakan tablet untuk tujuan bekerja ataupun belajar di rumah.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.