20,000 Sukarelawan Menawarkan Diri Dijangkiti Covid-19 Bagi Mempercepatkan Proses Pencarian Vaksin

Pakar perubatan meramalkan vaksin pertama Covid-19 akan hanya berjaya dihasilkan menjelang awal 2021. Proses mencari vaksin bagi mencegah virus ini mengambil masa yang lama kerana saintis masih lagi mengkajinya dan ujian ke atas manusia perlu dilakukan secara berhati-hati bagai memastikan ia selamat digunakan. Tetapi sebuah badan NGO 1DaySooner telah mula mencari sukarelawan yang sanggup menawarkan diri dijangkiti Covid-19 bagi mempercepatkan kajian vaksin.

Setakat lebih 20,000 individu telah mendaftar ke dalam program percubaan cabaran-manusia. Kesemua sukarelawan yang ingin menyertakan ujian ini perlu terlebih dahulu mengesahkan mereka menyedari risiko-risiko yang dihadapi. Mereka kemudian akan disaring terlebih dahulu bagi memastikan mereka sesuai untuk menyertai program ujian.

Dengan jumlah sukarelawan yang tinggi, 1DaySooner percaya proses untuk menghasilkan vaksin boleh dipercepatkan sebanyak beberapa bulan sekaligus menyelamatkan lebih banyak nyawa. Setakat ini lebih 300,000 telah meninggal dunia akibat Covid-19 di seluruh dunia.

1DaySooner menerima kritikan tetapi WHO telah mengeluarkan garis panduan yang perlu diikuti bagi memastikan percubaan cabaran-manusia ini tidak melanggar sebarang etika perubatan. Sekiranya anda bertubuh sihat, adakah anda akan mendaftar untuk menjadi sukarelawan 1DaySooner? Jika yang anda boleh mendaftarkan nama menerusi pautan di bawah.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*