Archive

Western Digital Mengumumkan Cakera Keras HGST Ultrastar He¹² 12TB

April 29, 2017 0

Untuk memastikan kepantasan komputer, cakera SSD menjadi pilihan pengguna. Tetapi storan SSD masih lagi mempunyai kapasiti yang kecil berbanding cakera keras. Pihak Western Digital telah mengumumkan penghasilan cakera keras terbaru mereka HGST Ultrastar He¹² dengan kapasiti 12 Terabyte. Cakera keras yang berteknologi HelioSeal ini mempunyai lapan platter dengan kelajuan pemindahan data 255 MB/s. Pada waktu yang […]

BLU R1 Plus Dilancarkan Dengan Pemproses MediaTek MT6737

April 29, 2017 0

BLU baru sahaja memasuki pasaran Malaysia minggu lalu dengan pelancaran sepuluh peranti secara serentak. Pengeluar yang berpangkalan di Amerika Syarikat ini melancarkan sebuah peranti baru iaitu BLU R1 Plus. Ia dilengkapi srkin 5.5″ HD, pemproses MediaTek MT6737, RAM 2/3 GB dan storan 16/32 GB dengan sokongan kad MikroSD sehingga 64 GB. Kemampuan kamera pula ialah […]

Gambar LG G6 Mini Tertiris

April 29, 2017 0

LG G6 yang dilancarkan di MWC Februari lalu akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan hadapan. Peranti dengan skrin 18:9 ini mungkin akan mempunyai versi mini dengan skrin 5.4″. Gambar LG G6 Mini tertiris hari ini dan tidak mempunyai perbezaan ketara berbanding G6 asal. Spesifikasi penuh peranti ini masih lagi misteri tetapi dijangka adalah sama seperti […]

John McAfee Memperlihatkan Peranti Yang Didakwa Mempunyai Tahap Sekuriti Tertinggi

April 28, 2017 0

Nama John McAfee sinonim dengan perisian anti-virus terpasang pada komputer-komputer Windows baru. Beliau tidak lagi bersama firma ini dan lebih dikenali dengan pelbagai kes melibatkan penggunaan dadah dan pembunuhan. Beliau sudah kembali ke Amerika Syarikat dan semalam berkongsi maklumat mengenai John McAfee Privacy Phone. Telefon pintar ini menurut beliau mempunyai tahap sekuriti tertinggi yang pernah […]

Chrome Kelak Akan Memberikan Amaran Apabila Anda Membuat Input Pada Laman Web Tanpa HTTPS

April 28, 2017 0

Google Chrome sedia menambah label khusus yang menandakan sesuatu laman web berkenaan tidak selamat sekiranya mempunyai input kata laluan tetapi tidak menggunakan sokongan penyulitan HTTPS. Kini, dalam usaha memperluaskan lagi penggunaan HTTPS di web, Google Chrome 62 akan turut melabelkan sebarang web yang mempunyai input data – atau dalam erti kata lain memerlukan anda menaip […]

Aplikasi Facebook Messenger Lite Kini Diperluaskan Ke 150 Negara

April 28, 2017 0

Facebook Messenger Lite dilancarkan Oktober tahun lalu untuk digunakan di negara-negara dengan capaian internet yang perlahan. Messenger Lite ini bersaiz di bawah 10MB, membolehkan ia dipasang dan dibuka dengan pantas walaupun menggunakan telefon berspesifikasi rendah. Ia menawarkan fungsi asas termasuk antaranya menghantar teks, menghantar dan menerima gambar, pautan, serta sticker. Malaysia ialah antara negara terawal […]

Huawei MediaPad M3 Kini Ditawarkan Bersama Langganan Webe Percuma 12 Bulan

April 28, 2017 0

Huawei MediaPad M3 telah ditawarkan di Malaysia sejak daripada bulan Oktober lepas, dan kini pihak Huawei dilihat mempunyai promosi khusus untuk pengguna baru yang ingin mendapatkan tablet berkenaan daripada mereka. Kini, bagi anda yang membuat pembelian Huawei MediaPad M3 (4GB RAM + 64GB ROM), pengguna akan ditawarkan dengan langganan webebroadband selama 12 bulan, akses ke […]

Pandang Pertama : Acer Predator Triton 700 – Pesaing Razer Blade Daripada Acer

April 28, 2017 0

Jika anda seorang gamer yang selalu mengikuti perkembangan teknologi permainan komputer anda pastinya tahu mengenai jenama Acer Predator. Ia terdiri daripada siri gaming laptop dan gaming desktop. Rekabentuk jenama Predator ini selalunya sangat agresif dan mudah dikenali walaupun sekiranya dilihat dari jauh. Di acara Acer GPC di New York, syarikat pembuat komputer tersebut telah mengumumkan gaming laptop […]

Ulasan: Jabra Halo Free – Bluetooth Headset Untuk Kegunaan Harian Dan Lasak

April 28, 2017 0

Dalam menarik minat pengguna untuk beralih kepada pendengaran audio tanpa wayar, mereka telah hadir dengan Halo Free yang direka dengan fokus kepada "kebebasan beraktiviti". Ia hadir tiga cara pemakaian berbeza, yang membolehkannya sesuai digunakan untuk kegunaan setempat, berjalan, dan menjalankan aktiviti lasak. Ia telah ditawarkan pada harga RM279 yang mana boleh didapati melalui pengedar-pengedar rasmi Jabra.

Tetikus Tanpa Wayar Razer Lancehead Dilancarkan

April 28, 2017 0

Di kalangan atlet e-sukan, tetikus tanpa wayar jarang sekali digunakan kerana mahu mengelakkan masalah sela masa. Ia mungkin tidak disedari oleh pengguna biasa tetapi bagi atlet profesional, sela masa beberapa mili saat membezakan kemenangan dan kekalahan. Razer hari ini melancarkan tetikus tanpa wayar Lancehead yang direka khas untuk kegunaan penggemar permainan video tegar. Razer Lancehead […]