Archive

Rekaan Samsung Galaxy Note 8 Tertiris

Jun 30, 2017 0

Rekaan phablet dengan stylus Samsung Galaxy Note 8 akhirnya tertiris ke arena web. Seperti kebiasaan sejak kebelakangan ini, ia ditiriskan dalam bentuk gambar promosi oleh pengeluar kerangka Olixar. Seperti yang didengari sejak beberapa bulan yang lalu, Galaxy Note 8 dilengkapi sistem dwi-kamera pada bahagian belakang. Konfigurasi kamera adalah mendatar dengan pengimbas cap jari masih diletakkan […]

Rekaan Dua Peranti Baru Nokia Tertiris – Mungkin Model Gantian Nokia 105 dan 130

Jun 30, 2017 0

Nokia kembali ke pasaran peranti mudah alih tahun ini dengan pelancaran lima peranti termasuk tiga peranti yang menggunakan Android. Mereka nampaknya akan melancarkan dua lagi peranti yang besar kemungkinan adalah peranti gantian kepada Nokia 105 dan Nokia 130. Peranti dengan nombor model TA-1010 dan TA-1034  muncul di dalam pengekalan data badan persijilan TENAA di China. […]

Cip MediaTek MT2625 Dilancarkan Untuk Peranti Berhubung

Jun 30, 2017 0

Pemintaran setiap objek di rumah sedang dilakukan dengan giatnya oleh ramai pengeluar. Google dan Apple kedua-duanya mempunyai kit yang membolehkan kesemua perkakasan elektrik dikawal menerusi peranti pintar. Bagi menjadikan fiksyen sebagai realiti, perkakasan elektrik perlu mempunyai cip pemproses peranti berhubungnya tersendiri. MediaTek MT2625 yang menggunakan pemproses Cortex-M ialah SOC yang direka khas untuk peranti berhubung. […]

Instagram Kini Mengaktifkan Penapis Komen Berbentuk Cacian Dan Spam

Jun 30, 2017 0

Cacian di atas talian ialah perkara normal dalam kehidupan seharian tetapi lebih kerap berlaku sekiranya anda seorang selebriti. Insan yang menyorok di belakang akaun awanama bebas menghambur cacian tanpa risau identiti terbongkar. Bagi menyelesaikan masalah ini di platform mereka, Instagram kini mengaktifkan penapis komen berbentuk cacian secara automatik. Ia boleh diaktifkan menerusi skrin tetapan aplikasi.Buat […]

Robot Jengkaut Dwi-Penyodok Dibangunkan Untuk Bantuan Ketika Bencana Alam

Jun 30, 2017 0

Penggunaan robot di dalam industri perkilangan sudah mencecah hampir empat dekad. Dengan kemajuan teknologi, lebih 5 Juta pekerja manusia akan kehilangan kerja di dalam industri ini kerana automasi. Tetapi tidak semua kemajuan robotik membawa kesan negatif kepada manusia. Di Jepun robot jengkaut dwi-penyodok telah dibagunkan oleh Universiti Osaka. Robot ini direka khas untuk kegunaan selepas […]

macOS High Sierra Beta Kini Boleh Dimuat-Turun Oleh Semua

Jun 29, 2017 0

Apple pada minggu ini telah mula menawarkan iOS 11 Beta kepada umum untuk mencubanya pada peranti mudah-alih. Kini, selain daripada iOS, pihak Apple juga telah mula menawarkan macOS High Sierra dalam bentuk beta terbuka kepada semua. Sebelum ini, versi pembangunan ini hanya ditawarkan kepada para pembangun sahaja yang perlu membayar untuk mendapatkan akses. Bagi anda […]

Kemaskini Windows 10 Akan Datang Bakal Melindungi Fail Anda Daripada Ransomware

Jun 29, 2017 0

Salah satu masalah utama apabila diserang oleh perisian hasad ransomware adalah dimana ia akan mengubah dan menyulitkan semua fail dan dokumen anda – sekaligus membuatkan ia tidak boleh diakses oleh anda. Microsoft kini cuba mengatasi masalah berkenaan dengan fungsi Controlled Folder Access pada kemaskini Windows 10 akan datang. Melalui ciri baru ini, ia akan memantau […]

Uber Telah Melakukan Lebih 5 Bilion Perjalanan Sehingga Kini

Jun 29, 2017 0

Uber merupakan salah satu aplikasi yang digunakan ramai dalam menempah pengangkutan ke sesuatu destinasi. Hari ini, Uber mengumumkan yang mana mereka telah melakukan lebih 5 bilion perjalanan di seluruh dunia sehingga kini. Uber telah dimulakan pada 2010 yang lepas dalam memudahkan pengguna menuju ke sesuatu destinasi, dan sejak daripada itu, ia telah berkembang ke satu […]

Bagaimana Berkongsi Gambar Resolusi Tinggi Melalui WhatsApp?

Jun 29, 2017 0

WhatsApp kini menjadi salah satu medium komunikati utama, termasuk untuk perkongsian gambar. Walaubagaimanapun, salah satu perkara yang kurang digemari adalah apabila gambar yang dikongsikan melalui WhatsApp melalui proses pemampatan, sekaligus menjadikan kualiti dan resolusi gambar sedikit dikurangkan untuk tujuan perkongsian dengan pantas. Perkara ini semestinya kurang digemari ramai pengguna, terutamanya sekiranya ingin menyimpan gambar yang […]

Syarikat AMD Lancarkan Kad Grafik Baharu Yang Berupaya Untuk Pembelajaran Mesin

Jun 29, 2017 0

SUNNYVALE, California - Syarikat AMD telah mengumumkan produk pertama kad grafik yang berdasarkan reka bentuk unit pemprosesan grafik Vega : ¨Radeon Vega Frontier Edition¨. 

Kad grafik ini datang dengan sumber perisian AMD yang terbuka, perisian ROCm yang berskala penuh, ¨Radeon Vega Frontier Edition¨ membolehkan pemaju untuk meneroka lebih lanjut kecerdasan buatan (AI) dan bidang lain.

Kad grafik ini boleh memberi kuasa yang diperlukan kepada firma reka bentuk dan pembuatan untuk memacu model-model yang semakin besar dan kompleks dan menggunakan visualisasi masa nyata serta pemaparan yang berasaskan fizikal.

Enjin memori ¨Edisi Radeon Vega Frontier¨ juga membolehkan para profesional untuk mendapatkan imej gambaran yang terperinci ¨photorealistic¨ dalam imejan komputer yang dihasilkan.

Kad grafik ini juga memudahkan dan mempercepatkan penciptaan permainan dengan menyediakan GPU tunggal yang boleh dioptimumkan untuk setiap peringkat aliran kerja pemaju permainan, kata AMD.

Kuasa pengiraan dalam Radeon Vega Frontier Edition dan sokongannya untuk ekosistem perisian terbuka juga membolehkan pemaju dan pembikin membuat kandungan realiti maya (VR) dan kandungan video 360 darjah.


(Sumber - Laman Facebook AMD)