Archive



Terengganu FA Mengumumkan Pasukan eSports Terengganu Untuk 2018
Cara Pasang Arch Linux Dan Deepin Desktop Environment Dual Boot Dengan Windows
Revolusi Teknologi Hero6 Buat Hero5 Ketinggalan Zaman
Kurang daripada 24 jam dilancarkan di A.S., FunSportz terus mengumumkan penjualan GoPro HERO6 di Malaysia dalam satu majlis pelancaran yang diadakan di pusat beli belah Sunway Pyramid hari ini. Pada harga RM2,399, ia sedikit tinggi berbanding HERO5 yang kini berharga RM1,979. Adakah anda perlu menyesal jika anda baru saja beli HERO5? Untuk menjawab soalan itu, mari kita lihat pada perbezaan antara keduanya. Yang pertama adalah daripada segi rupa fizikal. HERO6 dan HERO5 adalah dua buah kamera yang sangat serupa sekilas pandang. Nombor model hanya ada pada bahagian sisi berhampiran lensa. Jika kamera memakai perumah khas, agak mustahil untuk membezakan mereka kecuali melihat sendiri pada menu antara muka. HERO5 (atas) dan HERO6 (bawah) Walaubagaimanpun, persamaan antara dua model tersebut hanya terhenti pada rupa luarannya kerana pada papan utama, HERO6 adalah satu revolusi dalam barisan kamera aksi GoPro. Setakat HERO5, GoPro menggunakan cip pemproses imej yang disumberluarkan kepada Ambarella Inc. Cip yang sama turut digunakan oleh pesaing seperti Yi 4K+. Tapi Yi 4K+ dijual jauh lebih murah berbanding produk daripada GoPro. Ia merencatkan penjualan Hero kerana Yi Cam memberi tentangan sangat sengit pada memiliki kemampuan yang sama. Maka, untuk mencari keunikkan, buat pertama kalinya GoPro menggunakan cip proprietari mereka, cip GP1, pada HERO6 yang dikatakan dua kali ganda lebih pantas berbanding HERO5. Keupayaan video pada HERO6 nyata lebih baik dengan kemampuan 60fps pada resolusi 4K. Senarai penuh perbandingan keupyaan video antara HERO6 dan HERO5 boleh dilihat dalam jadual berikut: Daripada segi kualiti imej, anda boleh menjangkakan penambahbaikkan dalam beberapa aspek seperti: Julat Kedinamikan (Dynamic Range) yang lebih luas sehingga 2 Stop. Ketepatan warna juga ditambah baik pada HERO6 untuk lebih selari dengan warna sebenar. Prestasi dalam keadaan malap turut lebih baik dengan kehadiran keupayaan membasmi hingar bagi membolehkan ISO yang lebih tinggi diguna. Long Exposure juga telah ditingkatkan kepada 10 saat pada HERO6 berbanding 2 saat pada HERO5. Sistem penstabil imej turut menerima manfaat daripada cip GP1. Pada HERO5, penstabil hanya berfungsi dalam paksi X dan Y dan paksi Z hanya boleh distabilkan jika anda menggunakan FOV Narrow ataupun Medium. Pada HERO6, paksi XYZ boleh distabilkan dalam apa jua keadaan. Kapasiti bateri pada kedua-dua model adalah sama iaitu 1,220mAh. Daripada segi penggunaan, tidak banyak perubahan boleh dilihat menurut GoPro. Misalnya pada resolusi 4K30, HERO6 mampu beroperasi selama 95 minit berbanding HERO5 selama 90 minit. Bila HERO5 dilancarkan tahun lepas, ia adalah satu naik taraf yang minimum daripada Hero4 dan kebanyakannya bukan pada kualiti imej tetapi lebih pada penambahan komponen seperti kehadiran GPS dan bateri lebih besar. Jadi, memang anda perlu berasa rugi jika baru membeli HERO5. Dengan hanya menokok RM420 daripada harga pasaran HERO5, anda beroleh HERO6 yang nyata lebih baik. Adakah anda bersetuju dengan ulasan ini? Kongsikan pendapat anda untuk membantu yang lain membuat keputusan. [Sumber: GoPro]
The post Revolusi Teknologi Hero6 Buat Hero5 Ketinggalan Zaman appeared first on TheSkop.
sumber asal : http://theskop.comHotlink RED Pass Baru Tawar Data Sehingga 46GB Dan Panggilan Tanpa Had
Pelan Internet Hotlink ditawarkan dalam bentuk RED Pass. Ia ditawarkan dalan bentuk Bulanan, Minggunan, dan Harian. Hotlink telah memperperkemas tawaran RED Pass untuk memberi lebih banyak nilai kepada penggunanya. Yang paling nyata berubah adalah pelan Bulanan yang termahal. Sebelum ini RM70 memberikan anda 38GB beserta 100 minit panggilan suara ke semua rangkaian. Kini pakej itu telah diturunkan menjadi RM60 tetapi 100 minit had panggilan ditukar kepada tanpa had. Maka, jika anda adalah pelanggan Hotlink FAST, anda akan menerima sejumlah 46GB data mengikut pecahan berikut: 8GB data sepanjang masa 30GB data Happy Hour 8GB data FREE 2GB Weekend Dua lagi pelan iaitu RM45 dan RM35 tidak menerima kuota panggilan suara tetapi masih menerima data 30GB Happy Hour serta data biasa berjumlah masing-masing 8GB dan 5GB. Tawaran RED Pass yang lama Untuk pelan mingguan, RM10 membolehkan anda menerima 1GB Internet bersama-sama data 7GB Happy Hour. Kemudian pelan RM8 dan RM5 masing-masing diberikan data berjumlah 500MB dan 150MB. Tiada perubahan diperhatikan pada pelan harian yang memberikan 1GB data. Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.
The post Hotlink RED Pass Baru Tawar Data Sehingga 46GB Dan Panggilan Tanpa Had appeared first on TheSkop.
sumber asal : http://theskop.comSony Malaysia Memulakan Pendaftaran Minat Untuk Kamera Aksi Pesaing GoPro – RX0
Spesifikasi Google Pixel 2 Dan Pixel 2 XL Tertiris
Spotify Melancarkan Senarai Main Your Time Capsule
Biofuel – Tenaga dari hidupan
Perubahan cuaca yg semakin tak menentu. Peningkatan suhu dunia. Kemerosotan kualiti alam sekitar. Sampai bila nak berterusan begini kan? Apa solusi para saintis, para jurutera? Pernah dengar renewable energy (tenaga keterbaharuan) ? Tenaga keterbaharuan ialah salah satu inisiatif kejuruteraan untuk mengatasi krisis pemanasan global. Jurutera dan saintis dari pelbagai disiplin telah berganding bahu untuk mengoptimumkan […]
The post Biofuel – Tenaga dari hidupan appeared first on Root of Science.
Resolusi Skrin: Apa Yang Anda Perlu Tahu
Untunglah Orang Putrajaya Tak Perlu Menapak Untuk Barang Xiaomi
Dengar cerita kedai fizikal Apple akan dibuka di Thailand selepas Singapura jadi yang pertama di rantau Asia Tenggara. Tidak mengapalah kalau nak langkah bendul Kuala Lumpur pun, sebab kita ada Xiaomi. Selepas Queensbay Mall dan KLCC, Xiaomi dilapor akan membuka stor ketiga mereka di IOI City Mall. Beberapa keping gambar telah dikirimkan kepada kami menunjukkan penyelang sementara sudahpun didirikan di salah sebuah unit kedai di IOI City Mall yang memaparkan logo Mi terpampang padanya. Tahun ini saja Xiaomi telah membuka tiga kedai mereka di Malaysia. Ia menunjukkan bahawa negara kita adalah pasaran utama syarikat itu. Xiaomi juga dilihat telah perlahan-lahan menggunakan pendekatan kedai fizikal selepas strategi dalam talian mereka dilihat sudah mencapai ketepuan. Lepas ini “orang kerajaan” di Putrajaya bolehlah beli-belah barang Xiaomi semasa waktu rehat panjang hari Jumaat. [Sumber: Qayyum Hamid]
The post Untunglah Orang Putrajaya Tak Perlu Menapak Untuk Barang Xiaomi appeared first on TheSkop.
sumber asal : http://theskop.com