Archive

Skype Memperkenalkan Rekaan Antaramuka Baru Untuk Pengguna Desktop

Oktober 30, 2017 0

Microsoft sebelum ini telah memperkenalkan rekaan antaramuka baru Skype untuk pengguna peranti mudah-alih, dan hari ini perkhidmatan permesejan dan panggilan video berkenaan turut menerima nafas baru di desktop Windows dan Mac. Melalui kemaskini baru ini, ia kini menawarkan pembaharuan pada rekaan antaramuka, selain turut dilengkapi sokongan mengubah tema bergantung kepada kegemaran anda. Pengguna turut boleh […]

Xiaomi Mi A1 Dengan Dwi-Kamera Kini Boleh Didapati Pada Harga Kurang RM1000

Oktober 30, 2017 0

Xiaomi Mi A1 merupakan salah satu telefon pintar terbaru Xiaomi untuk pasaran global. Salah satu fokus utama pada telefon pintar ini adalah sokongan antaramuka asli Android melalui penggunaan Android One – dan bukannya menggunakan MIUI seperti kesemua peranti Xiaomi lain. Disamping itu, ia turut menyertakan sokongan dwi-kamera pada bahagian belakang untuk menambah sokongan zoom dan […]

Bagaimana Menyemak Kesihatan Cakera Keras Pada Komputer Anda?

Oktober 30, 2017 0

Cakera keras memainkan peranan penting pada semua komputer, dimana ia menyimpan bukan sahaja data penting milik para pengguna, tetapi ia turut menyimpan sistem operasi yang menjalankannya. Hal ini membuatkan ramai yang ingin menjaga dan mengelak cakera keras daripada rosak tanpa sebarang salinan pendua data. Untuk tujuan berkenaan, terdapat beberapa perisian yang boleh membantu anda. Kebanyakkannya […]

10 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu 17.10

Oktober 30, 2017 0

Gambar dari Source Digit Telah beberapa minggu berlalu sejak Ubuntu 17.10 dilepaskan. Buat para veteran Linux, mereka sudah tahu apa yang patut dilakukan setelah siap

Bermain Dengan Flatpak Dalam Linux Distro

Oktober 30, 2017 0

Gambar Hiasan Assalamualaikum. Sedikit pengenalan, Flatpak merupakan satu bekas pakej bagi aplikasi linux. Selama ni rata-rata pengguna Linux dilanda masalah yang sama, pengasingan pakej diantara distro. Pengguna kasual cuba mengelak dari memasang pakej daripada sumber asal. Penggunaan Flatpak sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah ini yang telah sekian lama wujud. Flatpak adalah decentralisasi, bermakna lebih bebas, tidak mengganggu sistem, berkotak pasir, tiada penampalan atau bypass pada Selinux, bebas diguna diatas apa jua jenis Linux. Cara Menggunakan Flatpak 1) Pasang Flatpak Disini saya senaraikan cara memasang Flatpak pada setiap distro yang disokong oleh mereka. $ sudo pacman -S flatpak # apt install flatpak $ sudo dnf install flatpak $ sudo zypper install flatpak Ubuntu 16.04, 16.10 and 17.04  $ sudo add-apt-repository ppa:alexlarsson/flatpak $ sudo apt update $ sudo apt install flatpak Flatpak juga terdapat dalam Solus! Horay! $ sudo eopkg install flatpak 2) Tambahkan repo Setelah flatpak dipasang, pasangkan pula repo bagi flatpak. Jalankan arahan berikut pada terminal 3) Pasangkan Aplikasi Jalankan arahan dibawah untuk dapatkan senarai repo flatpak remotes Pada masa ini anda akan mendapati terdapat satu repo bernama flathub. Cara memasang aplikasi menggunakan repo: flatpak install  Contoh:flatpak

KGI – Bekalan Komponen Kamera Face ID Kini Stabil

Oktober 30, 2017 0

Antara masalah yang melanda iPhone X ialah kekurangan komponen menghasilkan Face ID. Oleh sebab itu jumlah iPhone X yang dapat dihasilkan adalah lebih rendah berbanding iPhone 8. Ming-Chi Kuo penganalisis dari KGI Securities telah mengatakan bekalan untuk komponen ini akhirnya telah stabil. Dengan itu penghasilan iPhone X dijangka akan mengikut jadual. Beliau juga percaya tiada […]

Honda RoboCas – Konsep Kendera Saji Mini Yang Comel Dengan Teknologi Swapandu

Oktober 30, 2017 0

Teknologi swapandu boleh ditemui pada kereta dan kini pada lori komersial. Kepesatan teknologi ini dipacu oleh jumlah pengeluar yang saling bersaing di antara satu sama lain. Selepas kereta dan lori, selepas ini tiba giliran kendera saji (food truck) pula menggunakan teknologi swapandu. Honda RoboCas ialah konsep kendera saji mini mereka yang mempunyai kemampuan swapandu. Ia […]

Seagate Memperkenalkan Cakera Keras 10TB SkyHawk AI – Untuk Sistem Pengawasan Berdasarkan Kecerdasan Buatan

Oktober 30, 2017 0

Seagate nampaknya masih belum selesai dengan barisan cakera keras baru mereka, kerana selepas melancarkan siri cakera keras 12TB, mereka kini hadir lagi dengan sebuah cakera keras bersaiz 10TB khusus untuk sistem pengawasan yang menggunakan kecerdasan buatan, Seagate SkyHawk AI. Industri pengawasan kini sedang berada di tahap dimana mereka membina sistem yang bukan sahaja mengawas kawasan, […]

Kad Grafik ASUS ROG STRIX GTX 1070 Ti A8G Gaming Bakal Memasuki Pasaran Malaysia Pada 10 November Kelak

Oktober 30, 2017 0

Minggu lalu, kami ada melaporkan bahawa ASUS bakal hadir dengan beberapa model kad grafik baru berasaskan NVIDIA GeForce GTX 1070 Ti, dan pihak ASUS Malaysia baru sahaja mengesahkan bahawa salah sebuah daripada kad grafik tersebut, ASUS ROG STRIX GTX 1070 Ti A8G Gaming akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi. Menariknya, kad grafik ini hadir […]

Gambar Bahagian Hadapan OnePlus 5T Tertiris – Memperlihatkan Rekaan Nirbingkai

Oktober 30, 2017 0

OnePlus sedia dikatakan bakal hadir dengan telefon pintar OnePlus 5T pada bulan November ini. Kini, seperti biasa, gambar awalnya telah tertiris melalui evleaks, memperlihatkan sebahagian daripada gambar hadapan untuk OnePlus 5T. Daripada apa yang diperlihatkan, ia menggunakan rekaan nirbingkai, dan meletakkan kamera hadapan dan speaker pada bahagian atas. Jikalau dilihat secara kasar, ia juga sedikit […]