Archive

Apple pecat staf disebabkan perkara ini

Oktober 30, 2017 0

Oleh Xavier Naxa Adakah anda ingat berita pada minggu lalu apabila satu video telah tular dimana seorang ayah telah memberikan iPhone X kepada anak perempuanya untuk dirakam. Berdasarkan video tersebut, anak perempuanya beliau telah menunjukkan serba sedikit fungsi yang ada pada iPhone X. Umum mengetahui bahawa iPhone X masih belum dilancarkan secara rasmi. Oleh yang demikian, staf Apple tidak boleh sesuka hati untuk mempamerkan iPhone X tersebut kepada umum. Akibat daripada itu, beliau telah dipecat oleh Apple atas sebab melanggar NDA (Non Disclosure Agreement) Pihak Apple juga meminta anak perempuan beliau memadam video terbabit sebaik sahaja ia tular di media. Walaupun video tersebut berjaya dipadam, nampaknya ia sudah tidak dapat diselamatkan lagi memandangkan ia sudah disimpan oleh pengguna web. Beliau juga tidak merasa marah akibat dari perlucutan jawatan tersebut dan memahami akan kesalahan yang beliau hadapi. Hakikatnya beliau telah melakukan dua kesalahan besar iaitu membenarkan anak beliau merakam iPhone X dan suasana di dalam Kampus Apple walaupun ia hanya di kawasan Caffè Macs. Apple hakikatnya sangat serius dalam isu integriti tidak hairanlah banyak inovasi mereka sangat sukar diketahui umum. Steve Jobs suatu ketika dahulu pernah memecat staf beliau apabila prototype iPhone 4 telah hilang semasa staf tersebut mabuk di kelab malam. Dengan langkah yang dilakukan oleh pihak Apple, ia memberi sedikit amaran kepada semua staf Apple supaya mempunyai integriti yang tinggi semasa berkhidmat.      

The post Apple pecat staf disebabkan perkara ini appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Lelaki ini melawat Munich dengan Huawei Nova 2i, hasilnya mengejutkan

Oktober 30, 2017 0

  Jika hasrat anda mahu memasang hingga empat isteri atau teman wanita, ia mungkin mengundang penampar yang lebih dahsyat daripada Thor. Tapi, isteri atau teman anda pasti gembira jika anda memilih Nova 2i yang ada empat….Ya, empat kamera! Bayangkan, apa yang anda peroleh dengan Nova 2i ini memang seakan tidak berbaloi dengan harganya. Agak-agak berapa? RM3,000 atau RM2,000 ke atas? Anda mungkin menekanya salah. Datang dengan tiga warna iaitu hitam, emas dan biru, Nova 2i kini dijual di pusat jualan Huawei seluruh negara pada harga RM1,299. Murah bukan? Kenapa harganya, berbaloi? Dwi kamera di depan dilengkapi flash mampu memberikan kesan bokeh yang sebelum ini hanya dimiliki kamera utama telefon pintar biasa. Kemudian, lampu flashnya boleh ditetapkan sekaligus menjadi yang pertama di dunia mampu berbuat demikian. Kamera belakangnya mempunyai resolusi 16 dan 2 megapiksel dengan saiz piksel 1.75um menghasilkan foto yang jelas. Kamera Nova 2i untuk depan dan belakang mampu merakam imej yang jelas tidak kira pada mana-mana persekitaran selain kualiti imejnya seakan-akan menggunakan kamera DSLR. Kalau tidak percaya, baru-baru ini, Sam berada di Munich, Jerman dan saksikan gambar dirakam, semuanya hanya dengan mod default. Maksudnya terus guna ya! Oh ya, selain anda melihat gambar-gambar ini, Sam turut bagi sedikit tip ringkas ketika merakam menjadikan gambar lebih cantik.   1.      Rakaman dua kali zum. Gambar menegak ketika waktu tengahari. Anda perlu pastikan pokok tersebut masuk dalam frame saja 2.      Ketika ini, Sam baru selesai sarapan. Buka tingkap hotel dan lintang kamera. Sam pastikan ciri arkitektur berada di tengah. 3.      Tengah kota Munich berhampiran stesen keretapi utama Munich. Sam tunduk sedikit dan halakan fon 90 darjah ke depan untuk dapatkan gambar rel trem ini. 4.      Menara telekomunikasi berhampira Olympiapark di Munich. Jika anda nampak gambar menara, selain masukkan gambar tegak. Pilih separuh bahagian atas menara di sebelah kiri dan ambil gambar pokok di sebelah kanan. Gambar ini jika anda mahukan dua atau tiga objek masuk dalam frame. 5.      Lorong berhampiran pesta Oktoberfest. Anda perlu berdiri di tengah dan tegakkan saja kanera. Dengan Nova 2i, mudah. 6.      Bangunan lama di Marienplatz iaitu betul-betul di tengah kota Munich. Pemandangan cantik begini yang perlu dipilih sebagai subjek. 7.      Satu lagi rakaman bangunan lama di Marienplatz. Tempat tumpuan pelancong. Hanya dongak dan terus buka shutter kamera. Huawei Nova 2i boleh merakam dengan jelas. 8.      Gambar makanan. Terus saja merakam tanpa perlu pilih mana-mana aplikasi lain. Pada mod default pun dah cantik. 9.      Swafoto sedikit. Cuba dapatkan swafoto yang berlainan dan bukan wajah itik semata-mata. 10.   Sengaja Sam pilih gambar ini. Ia boleh menjadi objek menarik dan banyak terdapat di Munich. 11.  Rakam bayang-bayang sendiri. Anda boleh lakukan ketika matahari tegak di kepala. 12.  Sudut geometri ketika merakam. Kalau boleh perlihat bentuk ‘V’. 13.  Objek di tengah. Kalau pemilihan patung berwarna putih, ia sesuai diserasikan dengan objek warna biru atau hijau di belakang. 14.  Sekali lagi, gambar bangunan berbentuk L tapi pada sudut pandangan kita, ia boleh menjadi V. 15.  Seimbang antara awan dan bangunan. Di Malaysia pun boleh dapat pemandangan sama (Sam pernah cuba di Melaka). 16.   Orang kata, gambar begini macam ‘hipster’. 17.  Ketika mengunjungi Muzium BMW yang terletak Munich. Maklumlah, ibu pejabat katakan! Nova 2i hebat merakam meskipun pada pencahayaan kurang. 18.  Model kereta klasik BMW yang hebat, cuba anda teka apakah model kereta ini? 19.  Beginilah bentuk bangunan dirakam Nova 2i di bahagian luar. 20.  Gambar malam Marienplatz. Sam berpuas hati kerana tiada ‘noise’ yang ketara. 21.  Pastikan anda sentiasa berada di tengah untuk mendapatkan gambar terutama jika ia bangunan lama yang penuh bersejarah. Skrinnya yang dikategorikan sebagai FullView juga iaitu bersaiz 5.93 inci memang besar untuk dijadikan pusat tontonan kepada mana-mana kandungan. Misalnya mahu menonton video atau bermain game dengan kepuasan yang sangat maksimum. Jika anda berhasrat membelinya, Nova 2i yang berharga hanya RM1,299 ini boleh diperoleh di semua Huawei Experience Store, Display Zone dan juga laman e-dagang Vmall iaitu https://www.vmall.my/huawei-nova-2i

The post Lelaki ini melawat Munich dengan Huawei Nova 2i, hasilnya mengejutkan appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Pengguna WhatsApp boleh ‘delete’ mesej, tiada lagi pepatah terlajak perahu boleh diundur terlajak ‘send’ naya!

Oktober 30, 2017 0

Ciri ‘delete/recall’ mesej WhatsApp menjadi buah mulut dan dikatakan antara maklum balas diperlukan pengguna aplikasi tersebut di seluruh dunia. Kini, jika anda pengguna iOS, anda boleh merealisasikan impian tersebut dengan ciri dinamakan ‘Delete for Everyone’ yang telah mula diancarkan kepada pengguna Apple. Pengguna Android dan Windows Phone di Malaysia pula perlu menunggu di Malaysia namun tidak lama. Ia juga berfungsi pada versi Web. Screenshot pengguna @Ohadalaa Cara menggunakan ‘Delete for Everyone’ WhatsApp sangat mudah. Hanya klik pada ikon bakul sampah di atas dan anda akan memperoleh pilihan ‘Delete for Everyone’ atau ‘Delete for Me’ jika mereka hanya mahu memadamkan mesej dari telefon mereka. Perlu diingatkan, ciri ini hanya akan berfungsi untuk kedua-dua pihak jika pengirim dan penerima menggunakan versi WhatsApp terkini dan keduanya adalah pengguna iPhone. Ia berfungsi untuk semua jenis mesej termasuk teks, imej, video, GIF, mesej suara, kenalan, fail, lokasi dan status pada WhatsApp. Namun, ia hanya boleh dilakukan untuk mesej yang sudah dihantar dalam tempoh tujuh minit ke bawah saja. Jika lebih, maka ia kekal menjadi bacaan sampai bila-bila! Mesej yang dipadamkan akan memaparkan teks “”This message was deleted”. Bagi mereka yang tidak menyedarinya, ciri menarik ini telah tersedia dalam aplikasi sembang popular lain seperti Telegram dan Viber. WhatsApp kini mempunyai satu bilion pengguna di dunia dan Malaysia antara pengguna aktif.

The post Pengguna WhatsApp boleh ‘delete’ mesej, tiada lagi pepatah terlajak perahu boleh diundur terlajak ‘send’ naya! appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Project Formula – Sebuah Lagi Projek Kereta Terbang Elektrik

Oktober 30, 2017 0

Kenderaan terbang ialah impian masa depan yang telah diramalkan sejak penghujung kurun ke-19. Usaha paling awal merealisasikan impian ini dilakukan oleh Henry Ford pada tahun 1926 tetapi gagal apabila prototaip yang dihasilkan terhempas. Hanya sejak lima tahun kebelakangan ini teknologi cukup matang untuk menghasilkan kereta terbang yang selamat. Project Formula ialah sebuah lagi projek kereta […]

ASUS Hadir Dengan Kad Grafik NVIDIA ROG STRIX GTX 1080 Ti Edisi Assassin’s Creed Origins

Oktober 30, 2017 0

Kebiasaannya, apabila pembuat-pembuat kad grafik hadir dengan berkas berdasarkan permainan video, ia hanyalah kad grafik biasa yang disertakan bersama-sama kod untuk permainan video tersebut. ASUS baru sahaja hadir dengan kad grafik terbaru mereka, iaitu ASUS ROG STRIX GeForce GTX 1080 Ti Assassin’s Creed Origins Edition. Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan kelajuan asas 1569 MHz dengan kelajuan […]

Yamaha Motobot Terkini Diperlihatkan – Robot Menunggang Motosikal Yang Cuba Mengalahkan Valentino Rossi

Oktober 30, 2017 0

Arena swapandu sedang dibangunkan dengan pesat dengan Tesla, Waymo dan Apple masing-masing mempunyai sistem tersendiri. Dengan teknologi swapandu, kemalangan akibat kelalaian manusia dijangka dapat dikurangkan. Satu arena yang dilihat dianaktirikan ialah pembangunan sistem swatunggang motosikal. Motobot ialah robot yang dibangunkan oleh Yamaha sejak dua tahun yang lalu. Versi terkini Motobot telah diperlihatkan di pameran kenderaan […]

Instagram Guna Paparan Lebih Besar Untuk Menarik Pengguna Menonton Instagram Stories

Oktober 30, 2017 0

Instagram sedia memfokuskan kepada Instagram Stories kerana ia memastikan pengguna sering kembali ke platform mereka setiap hari supaya tidak terlepas sebarang perkongsian rakan lain yang hanya bertahan 24 jam sahaja sehari. Sebelum ini, Instagram sekadar memaparkan Instagram Stories dalam bentuk ikon bulat kecil pada bahagian atas aplikasi berkenaan – dan turut memaparkannya pada bahagian pertengahan […]

Spesifikasi Penuh Oppo R11s dan R11s Plus Tertiris

Oktober 30, 2017 0

Oppo R11s dan R11s Plus akan dilancarkan di China pada 2 November ini. Rekaannya telah tertiris minggu lalu dan persis sebuah Oppo F5 dan Vivo V7+. Hari ini spesifikasi penuh model gantian R11 dengan skrin nirbingkai telah tertiris melalui laman pensijilan TENAA China. Oppo R11s dilengkapi skrin 6″ AMOLED FHD+, dijana pemproses Snapdragon 660, memori […]

Elak Menjadi Mangsa Scam – Semak Info Penjual Di Laman Web Khusus Ini

Oktober 30, 2017 0

Perkembangan arena internet turut membawa salah satu gejala negatif baru, dimana ramai yang berlakon menjadi penjual barangan atau perkhidmatan – sekaligus menipu para pembeli dan orang ramai di luar sana. Terdapat beberapa kaedah ringkas untuk mengelakkan penipuan – termasuk menyemak terlebih dahulu apa kata orang ramai mengenai sesuatu penjual, atau mendapatkan produk atau perkhidmatan daripada […]

Oppo F5 Mungkin Berharga RM1298 Di Malaysia

Oktober 29, 2017 0

Oppo Malaysia akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Oppo F5 secara rasminya di Malaysia pada 2 November 2017 ini. Seperti biasa, kini beberapa hari lebih awal, beberapa pengedar dan penjual tempatan telah mengambil pra-tempahan untuknya pada harga RM1298. Oppo F5 hadir dengan skrin 6-inci pada nisbah skrin 18:9, serta menggunakan rekaan skrin hampir nirbingkai. […]