Archive

Perbandingan Xiaomi Mi 8 SE, Oppo R15 Pro Dan Nokia 7 Plus

Mei 31, 2018 0

Xiaomi Mi 8 SE dilancarkan serentak dengan Mi 8 hari ini. Telefon pintar ini ialah yang pertama yang menggunakan pemproses Snapdragon 710. Ia turut dilengkapi skrin AMOLED HDR bertakuk dengan sistem dwi-kamera pada bahagian belakang. Mari bandingkannya dengan Oppo R15 Pro  dan Nokia 7 Plus yang mempunyai spesifikasi hampir setanding.

GST Kadar Sifar : Ini Adalah Harga Baru Untuk Telefon Pintar Honor

Mei 31, 2018 0

Bermula 1 Jun 2018, kerajaan telah mula mengimplementasi perubahan pada kadar GST, dimana GST yang sebelum ini berkadar 6%, diturunkan menjadi 0%. Hal ini sekaligus mengurangkan harga jualan sejumlah produk dipasaran, termasuk telefon pintar dan tablet. Selari dengannya juga, kini Honor telah mengumumkan perubahan harga jualan untuk produk-produk mereka, termasuk untuk Honor 10 yang terbaru. […]

GST Kadar Sifar : Huawei Mengumumkan Harga Baru Untuk Peranti-Peranti Keluaran Mereka

Mei 31, 2018 0

Huawei Malaysia telah menawarkan diskaun 6% untuk peranti mereka sejak beberapa minggu lepas. Kini, dengan permulaan bulan Jun 2018, kerajaan telah menetapkan kadar GST diubah kepada sifar, sekaligus membawa kepada harga peranti yang lebih murah. Selari dengannya, pihak Huawei Malaysia kini mengumumkan harga jualan baru untuk telefon pintar keluaran mereka, termasuk beberapa aksesori lain. Berikut […]

Aplikasi resepi Raya

Mei 31, 2018 0

Suudu Pening untuk cari menu raya? Dengan himpunan pelbagai resipi masakan melalui aplikasi Suudu, ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memilih menu menarik untuk tetamu nanti. Suudu adalah aplikasi yang berkaitan dunia pemakanan, sama ada dalam memilih tempat untuk makan, cara memasak, mendapatkan tip dan bahan bacaan bermanfaat serta mendaftar di kelas memasak. Pada bahagian Resipi Masakan, anda akan diberikan langkah mudah untuk setiap resipi bagi membantu anda dalam penyediaan menu pilihan. Terdapat juga video arahan untuk resipi terpilih. Melalui aplikasi ini, anda boleh merancang pembelian bahan mentah. Senarai barang bahan mentah yang anda perlu akan disenaraikan seperti kuantiti bawang dan cili. Bahkan, anda boleh menyimpan dan mempunyai senarai resepi kegemaran anda sendiri. Hanya log masuk dengan alamat e-mel atau menggunakan akses masuk menggunakan akaun Facebook anda. Selain itu, pengguna turut boleh berkongsi resipi kegemaran menerusi pelbagai platform media sosial bersama rakan. Suudu boleh dimuat turun daripada platform Play Store dan App Store.

The post Aplikasi resepi Raya appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Rahsia membeli Huawei Nova 3e yang anda tak tahu

Mei 31, 2018 0

Salah satu ciri rahsia apabila anda membeli Huawei Nova 3e adalah pra pasang aplikasi AppGallery yang menawarkan hadiah bernilai RM3,000 secara percuma sebaik anda membelinya. Aplikasi kesetiaan tersebut merangkumi Doctor2U, oBike, Manga, HERMO, Easybook, AirAsia, EzCab, GoCar, CyberLink, NovelPlus, DailyManga dan Viu. Sudah pasti yang mencuri tumpuan apabila memperoleh diskaun secara bulanan ketika membeli tiket AirAsia dan langganan 12 bulan percuma untuk menonton drama Korea di Viu. Semuanya diperoleh sebaik anda membeli Huawei Nova 3e dengan storan 128GB pada harga RM1,399 saja.   Huawei Nova 3e disediakan pada sistem OS EMUI 8.0 di samping paparan FullView 2.0, anda akan dapat skrin 19:9 bersaiz 5.84 inci. Skrin FHD+ menghasilkan resolusi 2280 x 1080 piksel dan model telefon disediakan datang dengan warna biru Klein Blue dan hitam Midnight Black. Ia disusuli dengan kamera depan 24 megapiksel, mantap pula dengan dua kamera di belakang 16MP+2MP yang turut menyediakan ciri menghasilkan rakaman bokeh. Berdasarkan 96 jenis pengesan wajah, Huawei Nova 3e mampu mengenalpasti wajah anda dan menghasilkan imej swafoto yang baik. Menariknya Huawei Nova 3e ini ia boleh disambungkan ke monitor untuk menjadi PC, tiga jari untuk screenshot, split screen dan Huawei Private Space 2.0. Ia menyokong cas pantas 9V2A yang mengurangkan masa mengecas sehingga 30%. Datang dengan RAM 4GB, jika anda membelinya hingga 31 Mei, Huawei menawarkan pulangan wang berjumlah RM79 bermakna anda membayar harga RM1,320 saja dan juga memperoleh Huawei Tripod Selfie Stick bernilai RM68.

The post Rahsia membeli Huawei Nova 3e yang anda tak tahu appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Dua fon ASUS Zenfone 5, Max Pro M1

Mei 31, 2018 0

Oleh Faiz Zainal Asus baru saja melancarkan 2 model terbaru nya pada 31 May dengan harga yang sangat berpatutan dengan fungsi yang menarik iaitu model Zenfone 5 dan Zenfone Max Pro (M1). Berikut adalah harga rasmi : Asus Zenfone 5 4GB + 64GB : RM1,299 Asus Zenfone Max Pro (M1) 3GB + 32GB : RM699 4GB + 64GB : RM849 6GB + 64GB : RM999 Anda juga boleh mendapatkan Zenfone Max Pro (M1) di Lazada dengan penawaran harga menarik dan jauh lebih murah! Tarikh yang terpilih sahaja : Zenfone Max Pro (M1) 3GB + 32GB : RM599 (June Flash Sale) 4GB + 64GB : RM799 (Pre-order 2 & ‪3 Jun‬) Di samping itu, dengan setiap pembelian Asus Zenfone Max Pro (M1), anda akan dapat PERCUMA baucer mobilegame “FREE FIRE” yang bernilai RM80. Pelbagai fungsi menarik yang Asus perkenalkan pada model Zenfone 5 kali ni. Antara yang menarik adalah fungsi teknologi AI (Artificial intelligence) yang di implentasi pada Kamera, Display, Ringtone, Boost, Charging dan Photo Learning. Kelihatan juga notch pada skrin yang seakan iPhone X pada Zenfone 5. Malahan, Asus memberikan setting untuk anda sorok notch seperti yang ada pada OnePlus 6. Jadi, pengguna ada pilihan untuk menggunakan notch pada skrin atau tidak menggunakannya.  

The post Dua fon ASUS Zenfone 5, Max Pro M1 appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Ini Semua Salah Kau! Bukan Salah Aku!

Mei 31, 2018 0

Gambar oleh Andre Hunter di Unsplash Pernahkah anda menjumpai seseorang yang asyik menyalahkan orang lain? Semua yang berlaku kepada dia serba tak kena, bukan salah dia, pihak lain yang sepatutnya lebih bertanggungjawab, dan pelbagai alasan lagi. Mengapa sesetengah individu bersikap begini?   Terdapat satu teori dalam bidang psikologi yang boleh menjelaskan mengapa mereka bertindak sedemikian. Teori ini dinamakan […]

The post Ini Semua Salah Kau! Bukan Salah Aku! appeared first on Root of Science.

Masalah Yang Menimpa Para Pengembara Masa: Bahagian Dua

Mei 31, 2018 0

Oleh: Admin Fiziklah! Tanpa berceloteh panjang, ayuh sambung dengan bahagian kedua dalam Dilema Pengembara Masa. Bahagian 1 ada di sini! Jenis kedua kaedah/peraturan pengembaraan masa (time travel) adalah seperti berikut: 2) Garis masa tetap (fixed timeline) – bayangkan situasi berikut. Anda, pada waktu semasa, sedang berbaring-baring di atas katil kamar tidur anda sambil melayan drama […]

Xiaomi Mi 8 Menerima Skor DxO Sebanyak 99 Markah – Lebih Tinggi Berbanding iPhone X

Mei 31, 2018 0

Xiaomi Mi 8 telah dilancarkan sebentar tadi China. Peranti ini adalah yang pertama menggunakan skrin AMOLED dan bertakuk keluaran Samsung. Menurut Xiaomi, telefon pintar ini mencatatkan 99 markah di dalam ujian DXOMark. Ini meletakkannya sebagai telefon pintar dengan kemampuan kamera yang lebih baik berbanding iPhone X yang hanya mencatatkan 97 markah sebelum ini. Dalam ujian […]

Xiaomi Mi 8 Dilancarkan Dengan Skrin AMOLED HDR Bertakuk Dan Sistem Nyahkunci Wajah Infra Merah

Mei 31, 2018 0

Xiaomi Mi 8 dilancarkan secara rasmi hari ini sekaligus mengesahkan Xiaomi melangkau angka tujuh dalam penamaan peranti keluarga Mi tahun ini. Ia menggunakan skrin bertakuk sebesar 6.21 inci AMOLED keluaran Samsung dan menyokong sistem Always on Display dan HDR 10. Walau bagaimanapun resolusi skrin terhad kepada FHD+. Ini menjadikannya peranti pertama Xiaomi yang menggunakan skrin […]

1 2 3 14