Archive

Pandangan Pertama HTC U12+ – Peranti Catur Kamera Dengan Kawalan Sentuhan Haptik Pada Bingkai

Mei 30, 2018 0

 HTC U11+ dilancarkan di Malaysia pada Januari yang lalu, Ia adalah peranti pertama dari HTC dengan rekaan skrin memanjang 18:9. Minggu lalu HTC U12+ pula dilancarkan dengan beberapa penambahbaikan ke atas U11+ dan fungsi yang selama ini hanya dipaparkan pada video konsep HTC Ocean yang tertiris tahun lalu. Adakah peranti konsep yang kini menjadi realiti […]

LG V35 ThinQ Dilancarkan Secara Rasmi – 6-inci OLED, Snapdragon 845, Dwi-Kamera 16MP

Mei 30, 2018 0

LG hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaru dibawah siri-V, iaitu LG V35 ThinQ. Melalui versi terbaru ini, ia meneruskan tradisi sebagai telefon pintar memfokuskan multimedia – hadir dengan sokongan prestasi yang pantas, dan sokongan fotografi baik bersama dengannya. LG V35 ThinQ ini hadir dengan skrin 6-inci OLED dengan nisbah 18:9 pada resolusi 2880×1440 pixel, […]

Perbandingan LG V35 ThinQ, OnePlus 6 Dan Huawei P20 Pro

Mei 30, 2018 0

LG V35 ThinQ dilancarkan beberapa jam yang lalu dan sebenarnya adalah sebuah LG G7 ThinQ dengan skrin OLED tidak bertakuk dan kapasiti bateri yang dipertingkatkan. Kesemua spesifikasi peranti ini adalah sama dengan G7 ThinQ yang baru sahaja dilancarkan beberapa minggu yang lalu. Mari lihat perbandingannya dengan OnePlus 6 dan Huawei P20 Pro yang merupakan peranti […]

Piala Dunia disiar di RTM – Gobind

Mei 30, 2018 0

Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru dilantik, Gobind Singh Deo mengesahkan siaran Piala Dunia 2018 yang bakal berlangsung di Rusia akan diisiarkan secara langsung menerusi RTM. Ia termasuk penyiaran di aplikasi RTM. Namun, pemilihan perlawanan masih belum ditputuskan dan akan dimaklumkan dalam masa terdekat. “Sehingga kini kita akan pastikan siaran Piala Dunia akan disiarkan di RTM 1 dan maklumat lebih lanjut akan dimaklumkan mungkin esok.” jelas Gobind. Gobind memaklumkan cadangan tersebut terlebih dulu dibawa ke mesyuarat Kabinet pagi tadi dan diluluskan. Piala Dunia 2018 bermula 14 Jun hingga 15 Julai depan.

The post Piala Dunia disiar di RTM – Gobind appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

ASUS Zenfone Max Pro (M1) dilancar esok, Android asli…Harganya? Semua dalam artikel ini

Mei 30, 2018 0

Sebuah telefon, ASUS Zenfone Max Pro (M1) akan diperkenalkan esok. Telefon ini jenis telefon peringkat pertengahan namun menariknya ia beroperasi pada Android asli. Sekaligus, anda boleh menyaksikan antaramuka Android yang agak bersih pada model ASUS Zenfone Max Pro (M1) ini. ASUS Zenfone Max Pro (M1) mempunyai prosesor Qualcomm Snapdragon 636 dan ditambah keupayaan dua kamera bokeh beresolusi 13 megapiksel dan 16 megapiksel. Kamera depan pula, 5 megapiksel Bateri berkapasiti 5000mAh pada ASUS ZenFone Max Pro (M1) ini juga bertindak sebagai powerbank apabila mampu mengecas fon lain manakala kapasiti sama membolehkan anda bermain game hingga 12 jam. Kuasa GPU pula bergantung pada Adreno 509. Berdasarkan paparan 18:9 FullView, ASUS ZenFone Max Pro (M1) yang mempunyai body bersaiz 5.5 inci (menawarkan skrin besar 5.8 inci) mempunyai antaramuka lebih kemas dan bersih di samping mampu menghasilkan rakaman video jenis 4K. Katanya, ia akan dijual pada harga RM699. Terdapat tiga slot kad di mana dua untuk nanoSIM dan satu lagi untuk microSD. Di Malaysia, RAM yang tersedia 4GB dengan ROM 64GB.

The post ASUS Zenfone Max Pro (M1) dilancar esok, Android asli…Harganya? Semua dalam artikel ini appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

10 fakta ringkas Honor 10

Mei 30, 2018 0

Honor 10 baru saja dilancarkan namun masih ramai berkira-kira untuk membelinya atau tidak. Jom TheSkop ringkaskan 10 spesifikasi tentang Honor 10 (dijual pada harga RM1,699) yang menarik. Kamera 24MP AI (macam Huawei P20!) Rekaan cantik warna aurora dengan RAM 4GB + ROM 128GB Paparan 5.84 inci FullView Terdapat pengimbas wajah 180 darjah Paparan tanpa bezel 19:9 Rakaman bokeh pada kamera Terdapat pilihan pencahayaan seperti soft, split, butterfly, stage dan classic Ada ‘Groufie (swafoto berkumpulan dengan latar belakang dikaburkan) Set cip Kirin 970 berkuasa tinggi Bateri 3400mAh dengan cas pantas 50% dalam tempoh 25 minit saja  

The post 10 fakta ringkas Honor 10 appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Bukan buang masa, e-sukan lahir professional – Syed Saddiq

Mei 30, 2018 0

“Kita harap lebih ramai anak muda di Malaysia berpeluang bertanding dalam acara e-sukan atau e-sports di peringkat tinggi sehingga layak bergelar profesional.” Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mencadangkan industri e-sukan dilonjakkan dan bukan sekadar dianggap aktiviti membazir masa. “Kita bagi sokongan penuh pada program ini dan saya secara peribadi mahu mengangkat martabat e-sukan ke peringkat lebih tinggi.” Syed Saddiq berkata, game seperti Dota, Mobile Legends, CS, FIFA, RoS dan banyak lagi mampu meningkatkan skil dan membuka peluang kepada pemain ke arah satu lagi bidang kerjaya. “Bidang e-sukan bukan saja pada pemain tetapi kita juga boleh menghasilkan bakat dalam ekosistem game itu sendiri, contohnya pengaturcara komputer, pereka, pembangun dan banyak lagi.” “Ia bermakna, peluang Malaysia untuk ke depan lebih cerah dengan industri menjurus ke arah Revolusi Industri 4.0 yang berasaskan teknologi.” “Di Malaysia, komuniti permainan video (game) sangat besar namun mereka (pemain) kurang diberi peluang untuk tonjolkan bakat kerana tidak banyak kejohanan berprestij dianjurkan.” “Oleh itu, kami berharap lebih banyak kejohanan dianjurkan secara tempatan atau di peringkat negeri sekali gus dapat membuka mata ramai pihak dan memberikan lebih banyak peluang kepada anak muda khususnya menjadi lebih berdaya saing dari sudut kompetitif.”  

The post Bukan buang masa, e-sukan lahir professional – Syed Saddiq appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Siri Kosmetik: Mengapa Merkuri Digunakan Dalam Kosmetik?

Mei 30, 2018 0

Seringkali kita dihidangkan berita mengenai lambakan kosmetik mengandungi merkuri yang tidak berlabel atau digelar ‘krim kilo’ dipasaran. Walaupun diberitakan tentang bahaya dan kesan akibat penggunaan kosmetik sedemikian, masih ramai yang menggunakannya. Punca utama: keberkesanan kosmetik ini dapat dilihat dalam tempoh yang singkat. Siaran akhbar Harian Metro Mengapa merkuri digunakan dalam kosmetik? Bagaimana kesan pemutihan dan […]

The post Siri Kosmetik: Mengapa Merkuri Digunakan Dalam Kosmetik? appeared first on Root of Science.

Kuba Guling Viral : Hitam itu Menawan

Mei 30, 2018 0

Penulis terpanggil untuk menulis artikel berkenaan kuba guling yang viral sepanjang Ramadhan kerana penulis adalah orang Kelantan yang pernah makan kuba guling sejak dari kecil kerana tinggal di Rantau Panjang tetapi tidak pula viral ketika itu. Selain itu, penulis juga adalah pensyarah dalam bidang toksikologi makanan jadi penjelasan ini akan berkisarkan tentang isu kesan sampingan […]

The post Kuba Guling Viral : Hitam itu Menawan appeared first on Root of Science.

Masalah Yang Dihadapi Para Pengembara Masa: Bahagian Ketiga (Akhir)

Mei 30, 2018 0

Oleh: Admin Fiziklah! Pada bahagian ketiga dan terakhir (akhirnya!), kita akan menyambung dengan peraturan/jenis pengembaraan masa (time travel) yang terakhir. Bahagian 1 dan 2 di sini dan sini! Ayuh baca, sedikit sahaja lagi ni! 3) Multimesta selari (parallel multiverse) – seorang pengembara masa yang kembali ke zaman lampau dan mengubah sejarah yang tidak pernah berlaku (bukan seperti jenis garis masa tetap), tidak […]