Archive

Xiaomi Mi A2 mula dijual di Malaysia pada…

Julai 31, 2018 0

Xiaomi Malaysia akan mula menjual model telefon Mi A2 pada 3 Ogos sebelum ini manakala Mi A2 Lite pula akan didapati pada 18 Ogos. Tiga warna ditawarkan untuk Xiaomi Mi A2 iaitu hitam, biru dan emas dengan harga RM999 (4GB+64GB) atau RM1,199 (6GB+128GB). Jika anda berminat membelinya, boleh melakukan pembelian di mana-mana kedai rasmi Xiaomi atau Lazada atau Mi Store. Xiaomi Mi A2 mempunyai skrin 5.99 inci dengan prosesor Qualcomm Snapdragon 660. Fon yang juga menggunakan konsep AndroidOne ini tersedia pada Android 8.1 Oreo di samping mempunyai dua slot kad SIM nano. Ciri menarik terletak pada kamera depan dengan resolusi 20MP bersama f2.2 lengkap ciri filter. Manakala kamera belakang pula dengan dua lensa 12MP+20MP f1.8 yang turut berupaya merekod video 1080p@30fps. Berdasarkan GPU Adreno 512, Xiaomi Mi A2 yang mempunyai sambungan USB-C mempunyai bateri 3000mAh dengan cas pantas Quick Charge 3.0.

The post Xiaomi Mi A2 mula dijual di Malaysia pada… appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

“Palsu, kami tak keluarkan arahan tu” – AirAsia

Julai 31, 2018 0

AirAsia mengesahkan notis yang tersebar di internet tentang penggunaan powerbank adalah tidak tepat. Menjawab pertanyaan TheSkop.com, pihak AirAsia memaklumkan tiada sebarang arahan sedemikian dan pengguna dinasihatkan hanya merujuk kepada pengumuman di laman sosial rasmi AirAsia. “Tidak, notis tersebut tidak benar,” kata pihak AirAsia sebaik diajukan soalan. Semalam, tersebar notis dikatakan dari AirAsia yang membatalkan penggunaan powerbank dalam pesawatnya. Notis itu juga berkata pengguna perlu membungkus terminal yang berkaitan powerbank. Malah, ia turut mengehadkan hanya 2 powerbank saja dibenarkan dengan kapasiti maksimum 20000mAh.

The post “Palsu, kami tak keluarkan arahan tu” – AirAsia appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Aplikasi baru McDonalds, McDelivery ini 24jam

Julai 30, 2018 0

McDonalds memperluaskan khidmat penghantaran McDelivery dengan aplikasi baru di samping kerjasama dengan Foodpanda. Jika sebelum ini, pengguna yang memesan McDelivery dalam aplikasi Foodpanda itu, anda kini boleh memesan sendiri melalui aplikasi terus. Penghantaran kini dilakukan 24 jam di bandar-bandar besar tapi ia akan diperluaskan dengan sasaran 90% restoran McDonalds akan mempunyai khidmat McDelivery menjelang tahun 2025. Selain itu, sebanyak 310 lokasi disasarkan menggunakan akses McDelivery menjelang akhir tahun ini. Aplikasi baru McDonalds boleh dimuat turun melalui iOS dan Android melalui nama McDelivery. Melati Abdul Hai, Ketua Pemasaran McDonalds Malaysia berkata McDelivery ditunaikan berikutan permintaan tinggi pengguna dan perubahan gaya hidup mereka. “Disebabkan ramai pengguna terlalu sibuk dengan hidup masing-masing, ramai yang tidak sempat untuk keluar makan tapi tidak mengapa kerana kami akan bawakan makanan sendiri kepada mereka,” katanya.

The post Aplikasi baru McDonalds, McDelivery ini 24jam appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Astro bakal perkenal Ultra HD, apa siaran pertama dan adakah harga masih kekal?

Julai 30, 2018 0

Astro bakal memperkenalkan siaran Ultra HD yang pertama di Malaysia bermula dengan perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris bulan depan. Ultra HD mempunyai resolusi paparan 3840 x 2160 piksel sesuai untuk televisyen. Sedikit berbeza pada paparan 4K dalam panggung wayang digital yang mempunyai resolusi 4096 x 2160. Visual yang terhasil nanti lebih sebenar dan lancar. Astro sekarang mempunyai resolusi paling tinggi HD menerusi Astro B.yond yang ditawarkan pada kebanyakan salurannya. Dijangkakan, Ultra HD ini mempunyai penambahan caj sedikit tinggi namun masih kekal dalam B.yond.      

The post Astro bakal perkenal Ultra HD, apa siaran pertama dan adakah harga masih kekal? appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

AirAsia Saiyan akan saman, RevivalTV menipu

Julai 30, 2018 0

AirAsia Saiyan akan meneruskan saman terhadap penganjur Piala Asia Tenggara Mobile Legends, RevivalTV yang berat sebelah. Selepas bertemu Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, langkah tersebut semakin kuat mahu dilaksanakan apabila sikap tidak adil RevivalTV yang mengambil sikap tidak acuh mahu memenangkan pasukan dari negara sendiri iaitu Indonesia. RevivalTV ketika perlawanan suku akhir menolak kemenangan AirAsia Saiyan. RevivalTV kemudiannya memenangkan  wakil Indonesia, Aerowolf Pro Team yang juga senegara. Berang dengan tindakan itu, AirAsia Saiyan menarik diri sebagai tanda protes. RevivalTV juga berkonspirasi memenangkan pasukan dari negara sendiri dengan memberikan kontrak berbeza kepada wakil tuan rumah berbanding pencabar dari negara lain. Di dalam kandungan kontrak semua peserta menyatakan jika keputusan terikat bermakna pemenang akan diputuskan menggunakan format KDA (Kill, Death dan Assist) tetapi berbeza dengan tuan rumah yang boleh mengadakan perlawanan semula. Malah, penganjur turut mengancam akan menyingkirkan AirAsia Saiyan daripada daripada pertandingan itu sekiranya enggan mengikut peraturan ‘baru’ ditetapkan itu. Kejohanan Mobile Legends Piala Asia Tenggara itu berlangsung 27 Julai lepas dengan 10 pasukan terbaik dan menawarkan hadiah keseluruhan melebihi RM400,000.

The post AirAsia Saiyan akan saman, RevivalTV menipu appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Beli mesin cetak 3D di TM 3Ducation Hackathon 2018

Julai 28, 2018 0

Oleh Anas Boleh cetak sendiri pen korang. Itulah yang ada pada mesin pencetak 3D yang kini dijual murah.  Ketika TM 3Ducation Hackathon 2018 yang berlangsung baru-baru ini, ruangan pameran hasil-hasil seni 3D dan mesin cetak 3D dipamerkan untuk tatapan umum.  Mesin cetak 3D pelbagai saiz juga sehingga sekecil pen juga ada di promosikan. Tidak terhenti disitu, ada juga mesin-mesin cetak 3D yang dijual dengan potongan harga sehingga 50%. TM 3Ducation Hackathon 2018 adalah salah satu inisiatif oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan kerjasama Creative Mind bagi mempromosi dan memberi penerangan berkenaan 3D Modeling dan pencetakan kepada guru-guru diseluruh Malaysia.  Program persidangan dua hari itu yang dirasmikan oleh Pengurusi Jawatankuasa Pemerkasaan TVET, Nurul Izzah Anwar dan diiringi oleh Dr Ihsan Ismail (Ketua Unit Pusat STEM Negara) dan Prof Madya Dr Mohammad Tazli bin Azizan (Pengarah, Center for Excellence in Teaching & Learning, CETal). Acara ini yang mana menyasarkan penyertaan daripada guru sekolah, agensi dan wakil GLC, wakil universiti dan syarikat teknologi tempatan yang mana terlibat secara langsung dalam penggunaan teknologi rekabentuk 3D dan pencetakan di dalam sektor masing-masing, turut terlibat wakil-wakil daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Persidangan ini memberi satu platform perkongsian idea berkenaan perlaksanaan pendidikan tiga dimensi (3D) dalam sekolah dan mencari penyelesaian semasa dalam tiga aspek iaitu pendidikan, persekitaran dan sosial. Program dua hari yang bertempat di MAGIC Cyberjaya, turut disertai beberapa lagi agensi seperti MARA,MDEC dan beberapa Universiti Swasta iaitu MMU, Uniten dan UTP.

The post Beli mesin cetak 3D di TM 3Ducation Hackathon 2018 appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Faizal Ismail Lebih 13 Tahun Bantu Daftar Paten Hak Cipta Harta Intelek

Julai 28, 2018 0

178 SHARES Rupa-rupanya sesuatu idea atau harta intelek (IP) yang hendak didaftar untuk dipatentkan hendaklah sesuatu yang rahsia dan tidak diketahui oleh sesiapa sebelum difailkan.

[TIP] Cara mudah buat Group Video Chat ramai-ramai guna WhatsApp

Julai 27, 2018 0

Pengguna WhatsApp kini boleh membuat panggilan ‘Group Video Chat’ melalui aplikasi tersebut. Dengan maksimum 4 individu dalam satu Group Video Chat, hanya pemanggil pertama saja boleh menambah tiga lagi individu lain dalam video. Bagaimanapun, fungsi ini hanya boleh dilakukan untuk Group. Ia bermakna, jika anda memanggil seorang individu kemudian ingin menambah individu lain pula, ia tidak boleh dilakukan. Cara melakukan Group Video Chat seperti berikut: Kemaskini aplikasi WhatsaApp (kalau masih tidak ada, jangan risau hanya tunggu dua tiga hari lagi) Buka group yang anda mahu bervideo dengan ahli di dalamnya  Klik pada Group untuk lihat senarai ahli group. Klik seorang individu dan tekan butang video call 5. Buat panggilan video pertama.  6. Tambah lagi individu lain selepas individu tadi menjawab panggilan 

The post [TIP] Cara mudah buat Group Video Chat ramai-ramai guna WhatsApp appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Vivo Y81 Dan Y71i Kini Ditawarkan Pada Harga Bermula Dari RM559

Julai 27, 2018 0

Musim penurunan harga peranti tiba lagi dan hari ini dua lagi peranti keluaran Vivo menerima potongan yang menarik. Vivo Y81 kini dijual pada harga RM749 berbanding harga asal RM799. Vivo Y71i pula ditawarkan pada harga RM559 berbanding harga asal RM599. Vivo Y81 hadir dengan skrin 6.2-inci dengan paparan HD+, dijana pemproses MediaTek Helio P22, memori […]

Honor Note 10 Disahkan Bakal Hadir Dengan Bateri 5000mAh

Julai 27, 2018 0

Honor kini telah hadir dengan gambar poster acah untuk Honor Note 10, sekaligus mengesahkan yang mana telefon pintar dengan skrin besar yang terbaru tersebut bakal hadir dengan bateri berkapasiti 5000mAh. Honor bakal melancarkan Honor Note 10 ini secara rasminya pada 31 Julai 2018 kelak. Mengikut apa yang tertiris sebelum ini, Note 10 ini bakal hadir […]

1 2 3 43