Archive

HereMyHack 2018, JomHack Peta HERE WeGo

Ogos 28, 2018 0

Bermula 7 hingga 14 September 2018, satu pertandingan pembangunan (hackathon) aplikasi HERE WeGo melalui API yang dibangunkan oleh HERE Map akan diadakan. Hackathorn ini dianjurkan

Siapa kata main game buang masa? Lihat bagaimana team yang ada rakyat Malaysia menang RM16.6 juta

Ogos 28, 2018 0

Siapa kata main game buang masa? Yap Jian Wei aka xNova yang menyertai pasukan PSG.LGD menjadi jutawan baru apabila menduduki tempat kedua dalam pertandingan Dota 2 The International 8. Pasukan PSG.LGD berpengkalan di China. Pasukan yang mendapat tajaan kelab bola sepak Paris Saint-Germain tersebut berjaya memenangi RM16.6 juta dalam Ti8 di Kanada, semalam. Ia bermakna setiap seorang memperoleh RM3.32 juta secara kiraan kasar. Pertandingan e-sukan popular tersebut menyasksikan OG menjadi juara dengan membawa pulang RM45.8 juta. Hadiah keseluruhan tahun ini bagi kejohanan Dota 2 bernilai lebih RM103 juta. TI8 akan mempunyai kelayakan peringkat serantau dan terbuka dalam beberapa bulan lagi. Dari situ kita akan menyaksikan pertarungan begitu sengit kerana skuad ini akan berbuat apa saja untuk menempah slot ke The International 2018. Tahun lalu, Team Liquid membawa pulang lebih RM86.4 juta selepas menjuarai TI7.

The post Siapa kata main game buang masa? Lihat bagaimana team yang ada rakyat Malaysia menang RM16.6 juta appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Pocophone F1 sampai awal ke Malaysia, sangat awal dengan harga wow

Ogos 28, 2018 0

Xiaomi akan mula menjual Pocophone F1 pada 30 Ogos ini. Ia akan dijual dalam dua versi iaitu 6GB+64GB atau 6GB+128GB, masing-masing berharga RM1,237 dan RM1,428 sehingga 10 September ini. Selepas tarikh 10 September, masing-masing akan dijual pada RM1,299 dan RM1,499 disebabkan SST. Jualan dilakukan secara eksklusif melalui Lazada dan Mi Store dengan dua warna saja iaitu hitam atau biru. Xiaomi memperkenalkan fon kuasa tinggi, Pocophone F1 yang menggunakan Qualcomm Snapdragon 845 dengan teknologi penyejukan LiquidCool. Pocophone F1 ini mempunyai pilihan RAM 8GB dengan storan tinggi 256GB. yang dijual pada harga sekitar RM1,500 saja namun ia tidak akan memasuki pasaran Malaysia. Selain itu, terdapat pilihan 6GB+64GB atau 6GB+128GB pada fon yang menggunakan Adreno 630 GPU. Xiaomi Pocophone F1 mempunyai 12MP + 5MP Dual Pixel AI bersama kamera depan 20MP. Berasaskan bateri besar 4000mAh, Poco F1 pada asalnya mempunyai tiga warna pilihan sama ada hitam, biru atau merah. Ia mempunyai skrin 6.18 inci 6.18″ Full HD+ (2246 x 1080),18.7:9, Gorilla Glass bersama sistem operasi Android 8.1 Oreo / MIUI 9.6.

The post Pocophone F1 sampai awal ke Malaysia, sangat awal dengan harga wow appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

10 Soalan Untuk Saintis Malaysia: Dr. Adlyka Annuar

Ogos 27, 2018 0

Dalam siri Kenali Saintis yang pertama diperkenalkan pada minggu lepas, kami memperkenalkan Prof Madya Dr Airil Yasreen Mohd Yassin dari Heriot Watt University Putrajaya. Kali ini dengan bangganya sekali lagi, kami membawakan temuramah ringkas bersama Dr Adlyka Annuar yang kini berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau terkenal dengan nama jolokan ‘ratu lohong hitam’ kerana rakyat […]

Siapa YuMi di hati Tun Mahathir

Ogos 27, 2018 0

YuMi merupakan sebuah robot dua tangan keluaran syarikat multinasional Sweden dan Switzerland, iaitu ABB. YuMi dilengkapi dengan sensor dan kamera, dan mampu diaturcara menggunakan panduan manusia secara fizikal, tanpa melalui kaedah koding yang lebih rumit dan memakan masa.
(1 min, 03 saat)

[TIP] Pindah foto/video atau kandungan lain daripada iPhone ke Android

Ogos 27, 2018 0

Biasalah bagi pengguna di negara ini, mencuba sesuatu yang berbeza menjadi kebiasaan kepada kita. Tiada yang akan kekal atau setia pada satu jenama saja terutama bagi pengguna telefon pintar. Bagi pengguna iPhone, mungkin sukar untuk berubah dari satu sistem operasi (OS) ke OS yang lain. Misalnya, Android ke iOS dan sebaliknya juga. Kita akan fokus kepada penukaran daripada iOS ke Android, jadi anda boleh ikut langkah mudah ini. – Pindah turun Google Drive dalam iOS sekarang. – Masukkan e-mel Gmail sedia ada atau cipta akaun baru Gmail. – Lebih baik cipta e-mel baru, jadi anda terus memperoleh storan 15GB dan kapasitinya kosong untuk memuatkan pelbagai perkara. – Selepas habis pindah turun aplikasi Google Drive, sila buka ikon backup pada Menu Settings Backup. Pilih kandungan mana yang anda mahu backup dan tekan saja ikon Start Backup. – Bagi Sam, gunakan WiFi lebih efisien kerana ia mungkin mengambil masa berjam-jam. – Pastikan bateri cukup. – Apa yang anda boleh pindah hanyalah nombor hubungan, gambar, video dan kalendar namun bukan aplikasi. – Anda boleh dapatkan semula data aplikasi sekiranya anda log pada aplikasi itu sendiri kerana ia bukannya membabitkan OS. – Adakah ia juga langkah sama untuk WhatsApp? Tidak

The post [TIP] Pindah foto/video atau kandungan lain daripada iPhone ke Android appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Rahsia S Pen dalam Samsung Galaxy Note9

Ogos 24, 2018 0

Samsung Galaxy Note9. Siapa yang tidak kenal tentang phablet ini dan siapa juga tidak kenal kepada jiwanya iaitu S Pen. Jom Sam jelaskan tentang apa yang anda peroleh dengan nilai RM3,699 atau RM4,099 melalui versi 6GB+128GB atau 8GB+512GB pada Note9 ini. Paling utama, keupayaan menulis menggunakan S-Pen pada permukaan skrin tanpa perlu mengaktifkan telefon. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengeluarkan pen dari bahagian bawah telefon dan mula menaip di atas paparan berwarna hitam sehingga 100 muka surat. Setakat ini, Sam pun hanya mampu menaip sehingga 30 muka surat saja iaitu draf sebuah novel. Lagipun, kalau anda kerap menjadikan tandas sebagai ‘pusat mengembangkan idea’ boleh menaipnya pada skrin kerana dalam keadaan basah sekalipun, ia masih beroperasi dan S-Pen masih boleh digunakan. Fungsi S-Pen saja sudah banyak yang boleh diteroka. Screen Write misalnya membolehkan anda menulis di atas skrin. Misalnya, jika anda sedang bekerja dan individu lain menghantar fail, anda boleh mengaktifkan S-Pen dan membetulkan kesalahan misalnya membulatkan teks atau gambar tertentu. Ya, jika anda pemilik butik, pereka grafik, akauntan dan macam-macam jenis pekerjaan lain pun boleh memanfaatkan fungsi ini dengan hebat. Kemudian, ada pula Smart Select. Pilih ikon ini selepas mengaktifkan S-Pen kemudian lakukan ‘cut and paste’ imej dan gabungkannya ke mana-mana gambar lain. Misalnya, penguji memotong imej logo Samsung dan kemudian menampalnya ke atas slaid persembahan untuk tujuan kerja, lebih mudah berbanding membuka Photoshop atau menggunakan PowerPoint. Apabila bercakap mengenai ‘sharpness’ S-Pen ini, ia memungkinkan anda melukis hingga ke butiran yang sangat jelas seakan apa anda pegang itu bukanlah S-Pen tapi pensil biasa dengan contengan di atas kertas. Imejnya sangat terperinci dan peka. Keluarkan S-Pen dan memo, lukis saja di permukaan dan garis digital akan keluar selari dengan pergerakan tangan anda.

The post Rahsia S Pen dalam Samsung Galaxy Note9 appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Samsung Galaxy Note9 mampu tonton gambar ke monitor atau TV terus hanya dengan satu kabel

Ogos 24, 2018 0

Jom kita lihat senario berikut, anda sedang menggunakan telefon pintar untuk melihat beberapa dokumen penting kemudian cuba mengingatinya bagi tujuan suntingan ketika dalam perjalanan ke pejabat. Sebaik tiba di pejabat, anda mengaktifkan PC dan memasukkan kata laluan, membuka fail dan dokumen kemudian baru mencari fail yang mahu disunting tadi. Apa kata jika anda gunakan penyelesaian Dex pada Samsung Galaxy Note9 yang kali ini boleh disambung terus ke monitor atau TV hanya dengan menggunakan satu kabel. Lagipun, ketika raya nanti, boleh juga anda menangkap sebanyak mana gambar dan memaparkannya ke skrin TV dengan mudah jadi semua orang boleh melihatnya dengan jelas dan terang. Mana tidaknya, jika anda berada dalam senario tadi, apa yang perlu dilakukan hanyalah memasukkan fon anda dalam slot USB-C telefon pintar mereka kepada desktop atau TV dengan menyediakan ‘PC’ yang lancar, mudah alih, selamat dan mudah. Note 9 menyediakan pengalaman desktop seperti berasaskan Android yang membolehkan pengguna untuk melancarkan, strim filem Netflix atau iflix daripada fon, menyunting dokumen dan melayari web pada skrin lebih besar. Antaramuka yang dioptimumkan membolehkan pengguna untuk melakukan pelbagai tugas, menonton video dalam ‘windows resizable’, membalas mesej melalui bar tugas dan lebih terus dari telefon pintar mereka pada paparan yang lebih besar menggunakan papan kekunci dan tetikus. Sama ada anda sedang membuat perbandingan harga dalam laman beli-belah, menonton rancangan kegemaran, menyunting gambar sambil membelek-belek galeri atau berbual dengan rakan sambil menyunting dek persembahan, Samsung Galaxy Note9 membolehkan semua itu dilakukan dengan cara yang lebih bijak selain mudah dan cepat.      

The post Samsung Galaxy Note9 mampu tonton gambar ke monitor atau TV terus hanya dengan satu kabel appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Super low light dalam Samsung Galaxy Note9

Ogos 24, 2018 0

Anda takut menangkap gambar pada waktu malam atau dalam bilik atau ketika berada di konsert kerana menganggap imej terhasil pasti kabur atau gelap? Pada Samsung Galaxy Note9, semuanya terjawab melalui perubahan terbaru pada kamera dengan sistem yang membezakan terang dan gelap atau waktu siang serta malam menyaksikan apertur f2.4 ketika cerah dan mampu menjangkau apertur f1.5 ketika gelap. Jadi, ia menghasilkan gambar yang jelas meskipun anda mungkin berada dalam gua ketika itu dengan penambahan 28 peratus lebih cahaya berbanding model lama. Samsung Galaxy Note9 mempunyai ‘multi frame noise reduction’ yang membuang gambar pecah dengan merakam lebih 12 foto pada satu masa dan menyatukannya bagi mendapatkan imej lebih baik.

The post Super low light dalam Samsung Galaxy Note9 appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Samsung Galaxy Note9 disambut meriah di KL, jualan dibuka hari ini

Ogos 24, 2018 0

Hari ini, Samsung Galaxy Note9 dijual secara rasmi selepas pra tempahan bermula 15 Ogos lepas. Dijual pada harga RM4,099 untuk versi 8GB+512GB dan RM3,699 untuk versi 6GB+128GB, ia diterima positif di negara ini. Di pusat beli-belah Pavilion, hampir 1,000 peminat Samsung menyerbu barisan untuk mendapatkan Note9 yang rata-ratanya tidak dapat menempah awal kerana stok tempahan habis. Menurut salah seorang pembeli, Chee Hoi Seng, beliau datang untuk membeli Note9 kerana Pavilion lebih dekat dengan rumahnya dan tidak dapat menempah awal kerana tidak memiliki kad kredit. “Saya datang awal tadi lebih kurang pukul 9 pagi namun ambil kesempatan sarapan sebelum beratur mendapatkan versi 6GB+128GB. Bagi saya, ia berbaloi membeli Note9 sekarang terutama dengan S Pen. Kali terakhir saya memakai Note ketika ia versi Note 2 dulu,” kata Seng. Bagi Shafaruddin Meor Shahir, beliau mahu menukar Note FE kepada Note9. “Dulu saya memang ada niat nak gunakan Note8 tapi terbantut sekejap kerana kurang bajet jadi sekarang bila ada rezeki lebih, saya terus ambil Note9,” katanya. Bagi yang masih belum membeli, TheSkop tawarkan 9 trivia tentang Note9 ini. – Kadar ROM tertinggi dalam sejarah telefon pintar di dunia.Galaxy Note 9 mempunyai versi ROM 512GB dengan RAM 8GB yang boleh lagi ditambah melalui slot kad microSD 1TB. Versi lain termasuk ROM 256GB bersama RAM 6GB. – Empat warna ditawarkan iaitu midnight black, metallic copper, ocean blue dan lavender purple. – Berasaskan bateri 4000mAh – S Pen terus menjadi nadi dengan fungsi ditambah bluetooth untuk beberapa kegunaan. – Dengan dua lensa pada kamera, satu duduk lebar dan satu lagi telefoto pada resolusi 12MP+12MP. – Kamera depan pula 5MP pada f1.7.  – Berasaskan Exynos 9810 – Skrin 6.4 inci quad HD+ Super AMOLED. – Samsung Galaxy Note 9 juga tidak lagi memerlukan DEX untuk sambungan ke TV atau monitor apabila ia dihubung terus dengan kabel USB-C.

The post Samsung Galaxy Note9 disambut meriah di KL, jualan dibuka hari ini appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com