Archive

Jenis-Jenis Metrik Bagi Syarikat Permulaan

Ogos 24, 2018 0

Sebagai sebuah syarikat permulaan, mengenalpasti metrik-metrik penting untuk mengukur pertumbuahan syarikat adalah satu yang amat penting. Tanpa metrik-metrik ini, adalah amat sukar untuk menentukan kejayaan

Xiaomi Poco F1 dilancar…bila masuk Malaysia?

Ogos 23, 2018 0

Xiaomi memperkenalkan fon kuasa tinggi, Poco F1 yang menggunakan Qualcomm Snapdragon 845 dengan teknologi penyejukan LiquidCool. Poco F1 ini mempunyai pilihan RAM 8GB dengan storan tinggi 256GB yang dijual pada harga sekitar RM1,500 saja. Selain itu, terdapat pilihan 6GB+64GB atau 6GB+128GB pada fon yang menggunakan Adreno 630 GPU. Xiaomi Poco F1 mempunyai 12MP + 5MP Dual Pixel AI bersama kamera depan 20MP. Berasaskan bateri besar 4000mAh, Poco F1 mempunyai tiga warna pilihan sama ada hitam, biru atau merah. Ia mempunyai skrin 6.18 inci 6.18″ Full HD+ (2246 x 1080),18.7:9, Gorilla Glass bersama sistem operasi Android 8.1 Oreo / MIUI 9.6. Poco F1 dijangka masuk ke pasaran Malaysia pada bulan Oktober nanti.

The post Xiaomi Poco F1 dilancar…bila masuk Malaysia? appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Google Pixel 3, Pixel 3 XL bocor

Ogos 23, 2018 0

Lebih sebulan sebelum pelancarannya, gambar Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL dikatakan bocor oleh Rozedket dari Rusia. Pixel 3 XL mungkin datang resolusi skrin 2960 x 1440 dengan notch di bahagian atas tetapi mungkin mengecewakan apabila kedua fon ini hanya datang dengan satu kamera utama bukan dwi kamera seperti trend sekarang. Namun, beberapa gambar yang dikatakan dirakam menggunakan Pixel 3 dan Pixel 3 XL masih cantik dan tajam. Google dikatakan masih memperbaiki perisian untuk menjadi fungsi kamera lebih baik. Ia hanya dilancarkan hanya pada Oktober nanti. Menggunakan Android 9 Pie, Pixel 3 dan Pixel 3 XL akan datang dengan Qualcomm Snapdragon 845, cas tanpa wayar. Rekaannya cantik tapi masih kekal sama dengan Pixel 2 dan Pixel 2 XL sebelum ini. Lengkung di tepi dan kemasan pada bahan fonnya masih menampakkan fon premium, saing sebenar sebuah iPhone.

The post Google Pixel 3, Pixel 3 XL bocor appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Pos Malaysia Enggan Terlibat Nazroof Hakim Tubuhkan Billplz

Ogos 23, 2018 0

612 SHARES Apa yang anda akan lakukan jika tempat kerja anda tidak mahu terlibat dalam satu peluang perniagaan yang bernilai US$5 billion di Malaysia pada

Telefon Huawei pertama dengan Android 9 Pie

Ogos 21, 2018 0

Huawei P20 dijangka menjadi telefon Huawei pertama dikemaskini dengan Android 9 Pie. Ia bakal dinikmati pada awal September nanti. Kemudian, Huawei Mate 20 akan menyusul dengan sistem Android oleh Google tersebut. Android 9 direka untuk menjadikan telefon anda lebih pintar dengan mempelajari dan menyesuaikan diri kepada corak penggunaan anda. Itulah sebabnya mengapa Android 9 dilengkapi dengan ciri-ciri seperti Bateri Mudah Suai (Adaptive Battery), yang mempelajari aplikasi-aplikasi yang paling kerap anda gunakan dan mengutamakan kuasa bateri untuk aplikasi tersebut, dan Kecerahan Mudah Suai (Adaptive Brightness), yang mempelajari penetapkan kecerahan kegemaran ketika situasi-situasi berbeza. Android 9 juga membantu melakukan sesuatu dengan lebih pantas menggunakan Tindakan Aplikasi (App Actions), yang meramalkan apa yang anda mahu lakukan seterusnya berdasarkan konteks, dan memaparkan tindakan tersebut terus pada telefon anda. Katakan anda sedang bersedia untuk perjalanan ke tempat kerja anda pada pagi hari Selasa: anda akan menerima cadangan tindakan seperti mengemudi ke tempat kerja menggunakan Google Maps atau sambung mendengar buku audio dengan Google Play Books.

The post Telefon Huawei pertama dengan Android 9 Pie appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

TM masih cetak 1.65 juta bil

Ogos 21, 2018 0

Telekom Malaysia Berhad (TM) melaksanakan bil elektronik tanpa kertas (e-Bil) kepada semua pelanggan Jalur Lebar dan telefon yang masih belum memilih untuk menerima bil secara elektronik bermula 10 September 2018. Ia diperkenalkan sejajar dengan trend industri yang telah berubah kepada gaya hidup digital dan salah satu langkah ke arah masa depan yang lebih hijau dan mesra alam. Menerusi e-Bil, semua pelanggan akan mula menerima versi pdf bil mereka menerusi emel dan Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS). Buat masa ini, e-Bil adalah salah satu pilihan yang disyorkan kepada semua pelanggan. Dengan pelaksanaan e-Bil secara menyeluruh ini, pilihan bil bercetak akan dihentikan. Mengulas mengenai pelaksanaan e-Bil, Imri Mokhtar, Naib Presiden Eksekutif, unifi berkata: “Pelaksanaan e-Bil sebagai cara pengebilan yang standard akan memberikan lebih kemudahan kepada para pelanggan kami – tiada lagi kertas bercetak yang tidak lagi praktikal pada masa kini serta akses mudah untuk semakan bil secara online pada bila-bila masa dan di mana sahaja. “e-Bil merupakan cara mesra alam yang menerima, menyemak dan membayar bil anda. Anda akan menerima bil anda tepat pada masanya dengan selamat menerusi emel yang disertakan pautan untuk membuat pembayaran secara online. “Hari ini, 1.65 juta bil masih dicetak dan dihantar setiap bulan kepada pelanggan jalur lebar dan telefon yang masih belum memilih pilihan bil secara elektronik di seluruh negara. Bermula 10 September 2018, kami akan memperluaskan pelaksanaan bil elektronik kepada semua pelanggan kami (pelanggan kediaman dan PKS yang melanggani perkhidmatan jalur lebar dan telefoni) untuk membolehkan mereka menguruskan dan membuat pembayaran bil bulanan mereka dengan lebih cepat, mudah, tanpa sebarang kerisauan. Kami percaya langkah ini akan memudahkan lagi pelanggan kami untuk mengakses penyata bil setiap bulan dan menguruskan rutin pembayaran bil mereka dengan lebih cekap.” katanya. Dengan e-Bil, pelanggan akan dimaklumkan tentang bil bulanan mereka dengan lebih pantas di mana mereka akan menerima salinan pdf bil bulanan menerusi makluman di e-mel dan SMS yang akan menyatakan nombor akaun, jumlah bil dan tarikh akhir pembayaran dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh bil mereka.

The post TM masih cetak 1.65 juta bil appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Automasi Pemasaran Apakah Ia Sebenarnya?

Ogos 21, 2018 0

Pemasaran merupakan nadi kepada setiap jenama-ke-hubungan pelanggan (atau prospek). Bidang ini amat padat dengan intergrasi jualan. Bagi sesebuah syarikat yang baru beroperasi, biasanya terdiri daripada

Pelan fiber baru Maxis saing TM, Time

Ogos 20, 2018 0

Maxis melancarkan pelan jalur lebar fiber pada harga yang paling berpatutan untuk pengguna am dan perniagaan. Proposisi tanpa sekatan berasaskan konsep ‘Sentiasa Terhubung’ Maxis ini menawarkan pelanggan pengalaman Internet terunggul, disokong oleh rangkaian fiber pantas yang lebih maju serta perkhidmatan yang lebih baik. Pelan fiber baru untuk pengguna am dan perniagaan ini ditawarkan pada kelajuan sehingga 100Mbps, pada harga 36% – 65% lebih rendah berbanding pelan-pelan sebelum ini. Bagi pengguna am, pelan 100Mbps ditawarkan pada harga RM129 sebulan dan 30Mbps pada harga RM89 sebulan. Sementara itu, pelanggan perniagaan boleh menggunakan pelan 100Mbps pada hanya RM139 sebulan, dan 30Mbps untuk RM99 sebulan, termasuk pilihan perkhidmatan gred perniagaan yang ‘Sentiasa Terhubung’ dan pelbagai manfaat tanpa risau. Pelan baru fiber kediaman menawarkan Internet tanpa had dan mengupayakan pengguna untuk menikmati sebanyak mana akses Internet yang mereka inginkan, dan juga router dwi-band untuk memaksimumkan kelajuan jalur lebar yang lebih tinggi. Selain itu, pelan ini juga menawarkan perkhidmatan Maxperts, pakar-pakar Internet yang memastikan pengalaman fiber bermula dengan sebaik mungkin dan tetap baik dengan pemasangan yang menyeluruh dan sokongan jaminan. Kelajuan ini mengupayakan penstriman resolusi tinggi, penggunaan peranti serentak, permainan (gaming) tanpa gangguan, dan banyak lagi. Pelan 100Mbps ini juga menawarkan panggilan suara tanpa had dan telefon DECT percuma, manakala pelanggan yang mendaftar untuk pelan 30Mbps boleh memilih tawaran ini. Proposisi baharu fiber perniagaan menawarkan pelbagai manfaat gred perniagaan – sambungan ‘Sentiasa Terhubung’ untuk kesinambungan perniagaan yang lengkap dan sokongan teknikal Maxperts. Selain itu, perniagaan juga akan menikmati router kelas perniagaan yang sudah bersedia untuk permintaan masa depan, yang akan mengupayakan peningkatan kelajuan tambahan apabila ia tersedia, dengan pilihan fleksibel tambahan untuk memilih pelbagai penyelesaian tambahan berdasarkan keperluan tertentu perniagaan. Pakej 100Mbps adalah tawaran lengkap untuk semua jenis perniagaan dan juga panggilan tanpa had kepada semua rangkaian.

The post Pelan fiber baru Maxis saing TM, Time appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Mod manual kamera pada Samsung Galaxy Note9

Ogos 17, 2018 0

  Samsung Galaxy Note9 mempunyai pelbagai ciri menarik dan salah satunya adalah mod manual pada kamera. Meskipun ia sebuah phablet, anda pasti terpegun dengan ciri manual yang ada pada Note9 ini. ISO – ia mengawal kepekaan cahaya kamera. Semakin tinggi ISO, foto yang lebih cerah dan lebih peka pada cahaya dan sebaliknya. Kelajuan shutter – mengawal kelajuan shutter. Semakin tinggi kelajuan, semakin pantas kamera anda akan snap foto. Sekiranya anda mahu membekukan objek yang bergerak, anda mahu kelajuan shutter menjadi lebih tinggi (contohnya 1/125 – 1/2 1/2 untuk subjek seperti (orang berjalan), tetapi jika anda ingin menangkap jejak cahaya pada waktu malam, keperluan shutter anda perlu menjadi rendah (seperti 2 atau 3 saat). Sudah tentu, menangkap dengan kelajuan shutter yang rendah menggunakan tangan tidaklah dinasihatkan kerana pergerakan tangan yang tidak stabil akan takut mencacatkan gambar. Nada warna atau color tone – menu ini membolehkan anda memilih antara beberapa pratetap warna dan juga membolehkan anda menyesuai sendiri warna. Tidak suka saturasi? Hanya turunkan dan simpan pratetap anda untuk kegunaan masa hadapan. Note9 akan mengingati perubahan yang telah anda buat supaya anda tidak perlu buang masa menetap kembali pada masa akan datang. Focus – ciri ini membolehkan anda menyesuaikan fokus secara manual. Kecuali anda merakam foto atau video close-up, lebih baik membiarkannya pada “Auto.” WB – tetapan ini membolehkan anda menukar rakaman white balance supaya anda boleh mempunyai warna yang tepat bergantung pada keadaan pencahayaan anda. Pendedahan atau exposure – Hanya berfungsi apabila kelajuan shutter ditetapkan kepada “Auto.” Membolehkan anda mengubah exposure dan membiarkan kamera menentukan shutter. Yang pasti, Note9 boleh menjadikan anda pro macam menggunakan DSLR. Untuk membelinya, anda boleh layari www.samsung.com/my

The post Mod manual kamera pada Samsung Galaxy Note9 appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Main Fortnite dalam Samsung Galaxy Note9 tak lag

Ogos 17, 2018 0

  Mod bertempur beramai-ramai pada satu platform bukanlah genre baru di peranti pintar. Sebelum ini terdapat banyak ‘game’ seperti Rules of Survival dan PUBG yang sedia dimainkan pada bila-bila masa di Android. Kini, Fortnite pula sedang menunjukkan taringnya di pasaran telefon pintar. Apa yang menariknya? Permainan mudah alih ini membawakan mod Battle Royale daripada PC secara terus ke Samsung Galaxy Note9. Ia boleh dikatakan pengalaman Battle Royale yang tidak mengecewakan. Lagi-lagi bermain menggunakan Note9 membangkitkan senyuman lebar, nak tahu kenapa? Ia mempunyai peta yang sama, kandungan sama, ‘unlockables’, sesi permainan dan kemas kini mingguan. Game ini pula memang eksklusif pada Samsung Galaxy Note9. Konsepnya mudah difahami, anda bersaing bersama 99 lagi pemain lain di seluruh dunia di pulau terpencil. Bagi meneruskan hidup, anda perlu mencari senjata dan kelengkapan yang terdapat dalam bangunan. Menggunakan Samsung Galaxy Note9, Sam boleh bermain Fortnite bagi tempoh yang lama tanpa memberi kesan kepada fon, kenapa? Note9 mempunyai prestasi penyejukan 21% lebih baik ditambah RAM pada 6GB atau 8GB memang terlebih cukup untuk mengoperasikan permainan Fortnite. Sudah masuk level 32 untuk Fortnite pun kemudahan skrin 6.4 inci AMOLED menjanjikan paparan yang lancar dan langsung tidak ‘lg’ ketika bermain permainan ini. Muat turun game ini bukanlah dari Android Play tapi Sam perlu masuk ke laman khas terlebih dahulu dan game ini pun jumlah storannya 2GB tapi langsung bukan masalah besar terutama storan 256GB atau 512GB yang banyak pada Note9. Warna pada paparan memang nampak cantik dengan peratusan kecerahan dan kontras memang elok tanpa menyakitkan mata. Refresh rate pada Samsung Galaxy Note9 pada kadar 90 hingga 120Hz memang langsung tidak mencacatkan permainan yang ada. Pendek kata, bermain dengan grafik tinggi tidak mendatangkan masalah terutama jika game itu sendiri berat. Berdasarkan bateri paling besar untuk siri Note iaitu 4000mAh, game Fortnite dengan motion atau pergerakan nampak seimbang dan laju. Tapi yang membezakan ia daripada Battle Royale lain ialah kebolehan pemain untuk ekstrak bahan daripada bangunan itu bagi membina kubu anda sendiri di mana saja. Lebih mengejutkan dan tidak masuk akal, kubu itu boleh dibina setinggi bangunan pencakar langit. Perlu diingatkan di sini, Epic membolehkan pemain untuk berlawan dengan mereka di platform berbeza seperti PC dan konsol. Ini mungkin agak merisaukan kerana pemain di PC akan mempunyai kelebihan. Tapi lebih mengejutkan, ia berkesan. Semua butang kawalan ada di skrin jadi anda boleh gunakan jari untuk mengawal kamera dan menekan pelbagai butang bagi mengaktifkan senjata. Dari segi visual, ia bukan saja cantik tapi Epic meletakkan satu ciri yang menarik iaitu bunyi tapak kaki yang boleh didengar dari audio. Selain itu, anda juga boleh melihat dari arah mana tembakan dibuat jadi ada lebih masa untuk bertindak balas kepada serangan.

The post Main Fortnite dalam Samsung Galaxy Note9 tak lag appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com