Archive

[TIP] Tip elak caj telefon melampau ketika haji

Ogos 3, 2018 0

Perkhidmatan perayauan antarabangsa yang ditawarkan penyedia perkhidmatan telekomunikasi mudah alih dapat membantu memudahkan pengguna untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan apabila berada di luar negara. Namun, penggunaan tanpa memahami kaedah yang betul boleh menyebabkan bil telefon melambung tinggi. Terdapat pengguna yang mengalami kejutan bil selepas kembali ke tanah air dan mendapati bil telefon mencecah ribuan ringgit kerana menggunakan perkhidmatan perayauan antarabangsa untuk panggilan telefon dan data internet. Setiap tahun, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) menerima aduan mengenai caj panggilan suara dan data perayauan daripada pengguna di seluruh Malaysia. Berdasarkan rekod CFM, sebanyak 52 aduan diterima setakat Jun 2018 manakala sebanyak 170 aduan diterima pada tahun 2017. Berdasarkan jumlah aduan yang diterima daripada tahun 2012 sehingga kini, jumlah aduan mengenai masalah penggunaan data perayauan lebih tinggi daripada aduan mengenai penggunaan panggilan perayauan. CFM menyarankan agar pengguna mengambil langkah berhati-hati jika ingin menggunakan data internet semasa berada di luar negara dengan mendapatkan maklumat lanjut tentang harga dan pakej perayauan yang disediakan penyedia perkhidmatan anda.   TAHUN PENGGUNAAN DATA PERAYAUAN PENGGUNAAN PANGGILAN PERAYAUAN JUMLAH ADUAN 2012 34 aduan 15 aduan 49 2013                 50 aduan 35 aduan 85 2014 49 aduan 38 aduan 87 2015 54 aduan 36 aduan 90 2016 312 aduan 72 aduan 384 2017 120 aduan 50 aduan 170 2018 (Jan – Jun) 49 aduan 3 aduan 52   Bagi mengelakkan kerisauan pengguna semasa berada di luar negara terutama bagi jemaah haji Malaysia yang akan menunaikan ibadah haji pada bulan ini, CFM memberikan tips tentang penggunaan data dan panggilan perayauan antarabangsa yang boleh dijadikan panduan untuk terus kekal berhubung dengan keluarga tanpa rasa bimbang. “Musim haji melibatkan begitu ramai jemaah Malaysia dan CFM menyedari jemaah haji juga merupakan antara pengguna telekomunikasi yang ingin terus berhubung dengan keluarga apabila berada di Mekah. Perkongsian tips oleh CFM ini adalah untuk memberikan pengguna maklumat yang tepat dan agar pengguna tahu langkah-langkah yang perlu diambil sebelum dan semasa berada di luar negara agar dapat mengelakkan kejutan bil apabila kembali semula ke tanah air,” kata Pengerusi CFM, Mohamad Yusrizal Dato’ Yusoff. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan oleh jemaah haji tentang penggunaan perkhidmatan telekomunikasi sebelum pergi dan semasa berada di tanah suci:   Rujuk Penyedia Perkhidmatan anda sebelum memulakan perjalanan ke luar negara Ini adalah untuk memastikan anda mendapat maklumat yang tepat mengenai caj yang akan dikenakan. Anda tidak akan dikecualikan daripada membayar caj tersebut walaupun anda benar-benar tidak tahu.   Buat salinan semua kenalan dan data penting dalam telefon anda sebelum meninggalkan Malaysia Ini adalah sebagai langkah keselamatan sekiranya anda kehilangan telefon ketika berada di sana. Anda juga boleh memuatnaik maklumat penting ini dan menyimpannya di dalam storan atas talian untuk capaian mudah dari mana sahaja.   Elak gunakan dua kad sim dalam satu telefon bimbit Anda tidak digalakkan menggunakan cara ini jika anda tidak biasa dengan tetapan telefon yang perlu diubah. Gunakan telefon bimbit yang lain bagi setiap kad sim. Anda juga disarankan agar membawa telefon bimbit kedua bagi penggunaan kad sim tempatan untuk menerima atau membuat panggilan penting ketika berada di tanah suci. Manakala telefon pintar anda boleh digunakan untuk sambungan Wi-Fi sahaja.   Beli kad sim antarabangsa yang dijual di Malaysia melalui dalam talian atau di lapangan terbang Terdapat kad sim antarabangsa yang dijual di Malaysia yang mungkin mempunyai pakej yang dapat memenuhi keperluan anda selain dapat mengurangkan kerumitan untuk mendaftar kad sim semasa di luar negara.   Dapatkan kad sim tempatan sebaik tiba di Arab Saudi sebagai alternatif untuk mendapatkan pilihan yang lebih murah Lakukan sedikit kajian mengenai pelan yang disediakan di sana, dan pilih pakej kad sim yang terbaik serta sesuai dengan penggunaan anda sepanjang berada di sana.   Nyahaktifkan “Sambungan Automatik ke Rangkaian” Kebanyakan penyedia perkhidmatan di Malaysia mempunyai rakan perayauan antarabangsa  di semua negara yang anda lawati dan biasanya mereka menyediakan pakej khas kadar rata bagi panggilan suara dan data apabila anda disambungkan kepada mereka. Nyahaktifkan “SAMBUNGAN AUTOMATIK KE RANGKAIAN” dan pastikan anda sentiasa disambungkan kepada rakan perayauan penyedia perkhidmatan anda untuk menikmati pakej khas ini.   Tukar mod “Airplane” atau “Pesawat” dan gunakan Wi-Fi Jika anda ingin terus berhubung hanya menggunakan Wi-Fi, anda boleh memilih untuk menukar mod telefon pintar anda ke mod “AIRPLANE” atau “PESAWAT” dan gunakan Wi-Fi awam yang anda boleh dapati di sana.   Gunakan aplikasi seperti WhatsApp ketika menerima panggilan semasa berada di luar negara Jika anda hanya mahu menerima panggilan dan SMS semasa berada di luar negara, anda boleh memilih untuk menggunakan aplikasi seperti “WhatsApp Call/Video Call” dan gunakan Wi-Fi sahaja.  

The post [TIP] Tip elak caj telefon melampau ketika haji appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Peluang fashionista di KLFW bersama Huawei Nova 3i, 3

Ogos 3, 2018 0

Sempena Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2018, Huawei akan menganjurkan malam HUAWEI Nova Superstar pada 9 Ogos bermula 7 hingga 9 malam. Bertempat di Pavilion KL, pelbagai pamera fesyen akan dipertontonkan berdasarkan tema empat warna iaitu hitam, putih, ungu dan merah. Untuk menambahkan kehangatan acara tersebut, Huawei akan menawarkan tiket VIP kepada peminat page Facebook Huawei Mobile untuk turut serta dalam acara ini. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah sertai pertandingan page FB Huawei Mobile untuk memenangi dua tiket percuma seorang dengan lebih 20 tiket diberikan secara eksklusif. Caranya: Langkah 1 Like page FB HUAWEI Mobile Langkah 2 Like pos tentang pertandingan dan kongsinya di Facebook anda (tetapkan pos kepada umum dulu)   Kalau anda peminat Hannah Delisha, peluang hadir ke KLFW juga terbuka luas dengan memenangi tiket VIP melalui laman Instagram beliau. Hanya 5 pasang tiket saja diberikan.

The post Peluang fashionista di KLFW bersama Huawei Nova 3i, 3 appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

BlackBerry Evolve Dan Evolve X Diperkenalkan Untuk Pasaran Pertengahan

Ogos 3, 2018 0

BlackBerry baru sahaja melancarkan dua model baru untuk pasaran pertengahan iaitu BlackBerry Evolve dan Evolve X. Kedua-duanya merupakan peranti bersaiz 5.99 inci dengan resolusi 1080 x 2160 pixel serta memiliki bateri berkapasiti Li-Ion 4000 mAh. Perbezaannya sudah tentu pada prestasinya di mana model BlackBerry Evolve menggunakan cip Snapdragon 450 dengan memori dalaman 64GB serta 4 GB RAM. Peranti ini juga...

The post BlackBerry Evolve Dan Evolve X Diperkenalkan Untuk Pasaran Pertengahan appeared first on Mesra Mobile.

Musical.ly & Tik Tok bergabung

Ogos 2, 2018 0

Dua aplikasi video pendek terhangat dunia, musical.ly dan TikTok, mengumumkan gabungan sebagai sebuah aplikasi global yang baru.  Aplikasi yang dinaiktaraf, mengekalkan nama TikTok, disasarkan untuk mencipta pengalaman pengguna yang bersepadu selain pengenalan logo dan antara muka pengguna yang baru, serta menawarkan keupayaan pencipta video yang lebih meluas.  Dengan menggabungkan ciri-ciri terbaik dari TikTok dan musical.ly, TikTok kini menjadi pilihan nombor satu dunia untuk tujuan penghasilan dan tontonan kandungan video pendek. Aplikasi yang dinaik taraf tersebut akan menawarkan pengguna pengalaman tontonan yang lebih mudah, menarik dan diperibadikan.  Akaun, kandungan dan pangkalan peminat pencipta sedia ada akan dipindahkan secara automatik ke aplikasi TikTok yang baru, di mana kesemua simpanan kandungan dan peminat akan dikekalkan, selain menikmati peluang untuk mendapat pendedahan global yang pelbagai dan lebih meluas berbanding sebelum ini. TikTok menyatukan unsur-unsur popular dari kedua-dua aplikasi dengan paparan yang mengetengahkan komuniti pengguna, disamping penambahan paparan “Untuk Anda” (For You) yang menghimpunkan cadangan video yang diperibadikan berdasarkan corak tontonan pengguna. Aplikasi ini juga memperkenalkan ciri-ciri baru termasuk:   • Fungsi “reaksi” (reaction) yang membolehkan pengguna memberikan reaksi terhadap video rakan-rakan terus dari telefon; • Ciri-ciri kreatif yang dipertingkatkan seperti penapis isyarat interaktif (interactive gesture filters) yang meliputi seluruh badan menyahkuncikan fungsi-fungsi seperti efek kamera cermin “karnival” (funhouse); • Penapis reality maya (VR) yang boleh diaktifkan dengan hanya mengelipkan mata; • Efek latar skrin hijau. TikTok merupakan destinasi pilihan untuk video mudah alih pendek.

The post Musical.ly & Tik Tok bergabung appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Google kembali ke China?

Ogos 2, 2018 0

Lapan tahun lalu gergasi teknologi, Google meninggalkan pasaran China gara-gara penapisan dan penggodaman. Kini, ia bersedia untuk pulang. Menurut laporan AFP, Google sedang menyediakan sebuah aplikasi enjin carian yang akan menapis kandungan yang kerajaan China tidak benarkan dalam hasil carian yang disenaraihitamkan negara itu. Dibina untuk platform Android, aplikasi itu dikatakan sudahpun dipersembahkan kepada pihak berkuasa di China. Memang banyak syarikat teknologi barat terpaksa berusaha keras untuk menempuh pasaran China yang terkenal dengan penapisan dan juga penggodaman. Pada tahun 2010, Google sendiri menjadi mangsa apabila akaun-akaun Gmail milik aktivis kemanusiaan di sana, digodam. Namun berita paling mutakhir diterima mengatakan, semua ini tidak benar. China Securities Daily melaporkan hari ini bahawa berita yang disiarkan oleh media The Intercept itu adalah khabar angin semata.

The post Google kembali ke China? appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Kamera ada 4, semua AI harga murah

Ogos 2, 2018 0

Bagi telefon pintar, AI fokus kepada fungsi pembelajaran mesin yang membantu mengurangkan beban kepada kerja berulang dalam telefon. Huawei Nova 3i menggunakan jutaan data foto tapi ia langsung tidak menyimpan gambar anda dalam datanya. Dijual pada harga hanya RM1,249. Ia hanya membantu kamera datang dengan tetapan paling tepat bagi subjek dan situasi ketika gambar dirakam.    Seperti kebanyakan orang, saya sendiri jarang menggunakan mod manual dan lebih gemar kepada konsep `point and shoot’ menggunakan telefon pintar. Sebab itu, fungsi AI banyak memberi kelebihan dan sehingga pengetahuan kamera AI dilatih dan diuruskan perkomputeran `cloud’ dan tiada data aktif dihantar ke pusat data.    Hanya halakan kamera pada teks yang tertulis melalui pelbagai bahasa dan AI pantas menukarnya ke skrin. Sudah pasti bagi yang sudah biasa mengembara atau mahu memulakannya, siri Huawei Nova 3i dengan AI tadi amat berguna. Kamera depan menggabungkan lensa 24 megapiksel dan 16 megapiksel. Manakala kamera belakang pula menyaksikan ia mempunyai lensa 24MP+2MP. Uniknya, Huawei membawakan fungsi kecerdasan buatan (AI) pada kamera depan dengan lapan senario, antaranya langit, tumbuhan, bunga, pantai, pentas, malam dan wajah. Pengguna yang mahu membelinya boleh mendapatkan Huawei Nova 3i di  https://shop.huawei.com/my/product/18060458796631.html#18060079083158

The post Kamera ada 4, semua AI harga murah appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Tempah AirAsia online, app dan dapat diskaun perjalanan

Ogos 1, 2018 0

Ahli AirAsia BIG kini boleh menikmati lebih keistimewaan termasuk diskaun segera apabila mereka menempah penerbangan terus di laman web airasia.com atau melalui aplikasi AirAsia. Ketua Komersial Kumpulan AirAsia Siegtraund Teh berkata, Kemudahan tetamu amat penting bagi syarikatnya justeru AirAsia terus menyahut cabaran untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan. Ahli AirAsia BIG akan menikmati keistimewaan perjalanan eksklusif seperti diskaun segera untuk semua penerbangan yang nikmati diskaun RM10 untuk penerbangan pergi balik atau diskaun RM5 untuk perjalanan sehala untuk semua tempahan baharu yang dibuat di airasia.com atau melalui aplikasi AirAsia. Diskaun ini tersedia untuk semua penerbangan serta tambang promosi. Selain dapat menikmati tawaran penerbangan terbaik ke lebih 130 destinasi dan mempunyai keutamaan tempahan untuk promosi, para ahli kini boleh menggunakan mata ganjaran AirAsia BIG mereka untuk membayar penerbangan dan produk tambahan seperti tempat duduk, hidangan, bagasi dan banyak lagi. Akan tetapi, mata ganjaran AirAsia BIG tidak boleh ditebus untuk membayar cukai, yuran dan caj. Nikmati tambang rendah dengan ciri pembayaran ‘BigClick’ yang menyediakan pembayaran lebih pantas dan mudah untuk semua pembelian. Para tetamu tidak perlu lagi memasukkan semula butiran kad mereka untuk setiap pembayaran kerana ‘BigClick’ boleh menyimpan maklumat kad kredit dan debit mereka dengan selamat. Simpan butiran kad anda sekarang dan dapatkan 100 mata ganjaran AirAsia BIG. Para ahli kini boleh menggunakan ciri ‘Low-Fare Finder’ untuk mencari tambang termasuk semua terendah. Tambang terendah akan dipaparkan dengan warna hijau apabila mereka memilih tarikh perjalanan yang dikehendaki. Terlupa untuk menempah hidangan atau bagasi tambahan setelah membuat pembayaran? Jangan risau kerana urusan penerbangan akan datang dan produk tambahan boleh dibuat dengan mudah melalui pautan ‘Tempahan Saya’. Jangan lupa untuk membuat pra-tempahan untuk menikmati penjimatan yang lebih baik!  

The post Tempah AirAsia online, app dan dapat diskaun perjalanan appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Sukar bangun pagi? Spotify dan Google ada jawapannya

Ogos 1, 2018 0

Sukar bangun pagi? Usah bimbang kerana tidak kira sama ada anda suka menekan butang ‘snooze’ atau perlukan kekuatan untuk bangun pagi, Spotify dan aplikasi Clock daripada Google kini mempunyai ‘soundtrack’ yang paling sempurna untuk anda memulakan hari anda. Bermula pada hari ini, Spotify dan Google bekerjasama bagi membantu pengguna aplikasi ini tidak kira sama ada percuma atau Premium pada telefon Android untuk menetapkan muzik daripada 35 juta lagu dalam katalog Spotify sebagai penggera bunyi unik. Pengguna hanya perlu membuka aplikasi Clock daripada Google, sambung serta sahkan akaun Spotify anda, dan anda kini sudah bersedia untuk: Klik tab ‘Alarms’ untuk mendapatkan cadangan muzik dan mencari dengan mudah serta memilih mana-mana lagu, album, artis atau senarai lagu daripada Spotify untuk menceriakan anda apabila bangun pagi nanti.  Untuk memastikan anda cergas apabila bangun, Spotify telah mengisi tab di dalam aplikasi Clock daripada Google dengan cadangan peribadi dari senarai muzik yang baru anda dengari, serta senarai lagu pagi yang disusun oleh Spotify seperti I’m Wide Awake, It’s Morning, Have a Great Day!, dan Songs to Sing in the Shower. Sebaik saja anda menutup penggera terbabit, anda akan diberikan pilihan untuk ‘Continue Playing’ yang membolehkan anda terus mendengar lagu yang dimainkan dan memulakan hari produktif dengan Spotify.

The post Sukar bangun pagi? Spotify dan Google ada jawapannya appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Huawei potong Apple, kali pertama tumbang lepas 8 tahun

Ogos 1, 2018 0

Huawei memecut dalam perlumbaan telefon pintar apabila memintas Apple di tangga kedua bagi pasaran global pada suku kedua tahun ini. Berdasarkan laporan IDC iaitu agensi penyelidik teknologi, syarikat China tersebut kini berada di belakang Samsung yang masih kekal nombor satu dengan jualan sebanyak 71.5 juta unit manakala Huawei pula 54.2 juta unit. Menurut IDC dalam laporan IDC Worldwide Quarterly Mobile Phone Tracker, Apple kini mengeluarkan keseluruhan 41.3 juta iPhone iaitu 12.1% daripada pasaran global berbanding Samsung (20.9%) dan Huawei (15.8%). Ia adalah kali pertama Apple jatuh di bawah ‘Top 2’ sejak 2010. “Peningkatan Huawei sangat mengagumkan. Sebelum ini memang ramai tidak mengenalinya namun sebaliknya berlaku sekarang,” kata Ryan Smith, naib presiden program IDC Worldwide Quarterly Mobile Phone Tracker. Bagaimanapun, iPhone melakukan yang terbaik dari aspek nilai jualan dengan iPhone X membantu menyumbang kepada angka lebih besar dari sudut keuntungan Apple.

The post Huawei potong Apple, kali pertama tumbang lepas 8 tahun appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Beli Huawei Nova 3i, dapat lagi hadiah RM1,000

Ogos 1, 2018 0

Telefon manakah yang membolehkan anda mendapatkan nilai tambah se hingga RM1,000 dan earphone percuma? Tentulah pada Huawei Nova 3i. Huawei Nova 3i dijual pada harga RM1,249 dengan empat kamera iaitu dua di depan serta dua lagi di belakang. Kamera depan menggabungkan lensa 24 megapiksel dan 16 megapiksel. Manakala kamera belakang pula menyaksikan ia mempunyai lensa 24MP+2MP. Uniknya, Huawei membawakan fungsi kecerdasan buatan (AI) pada kamera depan dengan lapan senario, antaranya langit, tumbuhan, bunga, pantai, pentas, malam dan wajah. Model telefon Nova 3i menggunakan pemprosesan Kirin 710 iaitu 4 x cortex A73 2.2GHz+ 4 x cortex A53 1.76GHz dengan RAM 4GB dan ROM tersedia 128GB. Nova 3i mempunyai skrin 6.3 inci FHD+ iaitu enam peratus lebih besar berbanding Nova 2i berasaskan nisbah skrin 19.5:9 (2340 x 1080).  Skrinnya lebih cerah berbanding Nova 2i dengan 85 peratus warna NTSC gamut. Jika Nova 2i mempunyai nisbah-ke-badan 76 peratus, Nova 3i pula 81 peratus. Pengguna yang mahu membelinya boleh mendapatkan Huawei Nova 3i di  https://shop.huawei.com/my/product/18060458796631.html#18060079083158 Senarai diskaun yang diperoleh sekiranya membeli Nova 3i termasuklah: Jenama Hadiah  Sunway Lagoon • 40% OFF on two admission tickets to Sunway Lagoon OR Sunway Lost World of Tambun (applies to Malaysian odnly) • 20% OFF on two admission tickets to Sunway Lagoon (non-Malaysian) • 15% OFF on two admission tickets to Sunway Lost World of Tambun (non-Malaysian) • 63% OFF on Hotel Room Rate to Lost World Hotel Celebrity Fitness • 7 Days Free Trial • Exclusive Student Rate • Free Personal Trainer Consultation Viu Free 6-Month Premium Subscribe KL Fashion Week Free Entrance Tickets Grab Rebate RM 10 for your next ride Nerd Unit • 10 % Discount of purchase • Free Membership Starbucks • Free Bottle of Frappucino / RM 15 Voucher • Limited Edition Nova Starbucks Tumbler Lazada • Free RM 100 Voucher for every purchase of HUAWEI nova • Every nova user enjoys RM12 off with min. purchase of RM120 Airasia Vidi Travel Nova users enjoy RM50 off with min. purchase of RM 250 (promocode: VIDIHW50) Airasia Big Points • Airasia Big Members enjoy special discount when they purchase HUAWEI nova series on Vmall • Airasia Big Points offers 500 points for every nova new buyer to redeem travel

The post Beli Huawei Nova 3i, dapat lagi hadiah RM1,000 appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

1 5 6 7