Archive

Mingguan Amanz – Microsoft Office 2019, macOS Mojave, Streamyx Ke Unifi

September 30, 2018 0

Minggu ini menyaksikan Microsoft memperkenalkan sejumlah ciri baru pada aplikasi mereka, termasuk perisian Microsoft Office 2019 untuk Windows dan Mac, selain sokongan kaburkan latar belakang ketika membuat panggilan video melalui Microsoft Teams. Apple turut tidak ketinggalan, dan telah memperkenalkan sistem operasi macOS Mojave kepada semua pengguna komputer keluaran Apple. Google pada minggu ini turut mengumumkan […]

Intel Memberi Maklum Balas Atas Tuduhan Qualcomm

September 30, 2018 0

Beberapa hari lepas, Qualcomm menuduh Apple mencuri rahsia cip dan berkongsi kepada Intel. Kini, Intel memberi maklum balas atas tuduhan Qualcomm. Kenyataan Intel ini dikongsi oleh Naib Presiden Intel – Steve Rodgers. Menurut beliau, tuduhan Qualcomm ini adalah retorik dan pihak Intel akan lawan semula di mahkamah. Menurut Intel lagi, Qualcomn sebelum ini mempunyai 88 […]

Lenovo Hadir Dengan Gambar Acah Penggunaan Empat-Kamera Pada Telefon Pintar

September 30, 2018 0

Pada tahun ini, kita telah menyaksikan Huawei memulakan trend penggunaan tri-kamera yang kemudiannya turut diikuti beberapa pengeluar lain, termasuk Samsung. Kini, selangkah lebih daripada Huawei, Lenovo hadir dengan gambar acah memperlihatkan mereka mungkin hadir dengan telefon pintar menggunakan empat-kamera pada peranti mereka. Malah, gambar acah yang hadir ke arena internet hari ini turut memperlihatkan rekaan […]

Pelanggan TIME Dilaporkan Mula Menerima Naik-Taraf Kelajuan Internet Sehingga 1Gbps

September 30, 2018 0

Sejak daripada bulan lepas, pengguna internet tempatan telah mula menerima naik-taraf pakej mereka – selari dengan inspirasi kerajaan untuk menggandakan kelajuan internet. Telekom Malaysia sebelum ini telah hadir dengan penawaran naik-taraf berperingkat pada kelajuan mencapai sehingga 800Mbps, dan kini nampaknya TIME Internet sekali lagi cuba mendahului mereka. Melalui laporan awal Lowyat, ia dilihat pengguna TIME […]

Elon Musk Meletak Jawatan Sebagai Pengerusi Tesla Selepas Didenda SEC

September 30, 2018 0

Elon Musk pagi ini telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi Tesla. Peletakan jawatan ini ialah sebahagian daripada persetujuan selepas beliau membayar denda sebanyak $20 juta (~RM 83 juta) kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat kerana kesalahan menghantar kicauan mengatakan Tesla akan kembali kepada pemilikan peribadi. Beliau walau bagaimanapun kekal sebagai ketua pegawai eksekutif. Am […]

Peratusan Penggunaan Android Oreo Kini 19.2% Tetapi Pie Masih Tidak Kelihatan

September 30, 2018 0

Sudah hampir dua bulan Android Pie diumumkan dan kemaskini diterima peranti Pixel. Bagaimana pula dengan peranti pengeluar lain? Menurut angka terkini yang dikongsi oleh Google, ia masih di bawah 0.1% dan tidak muncul di dalam senarai. Peratusan Android Oreo kini melonjak ke 19.2% dari 15% pada bulan Ogos Sistem operasi dengan peratusan terbesar adalah Nougat […]

Pengguna Melaporkan Masalah Pengecasan Pada iPhone XS Dan iPhone XS Max

September 29, 2018 0

iPhone XS dan iPhone XS Max adalah siri iPhone X terbaru dari Apple yang sudah mula dijual. Ia dijana dengan cip pemprosessan A12 Bionic, iaitu cip binaan 7nm. Baru sahaja dua minggu dilancarkan dan kini banyak isu telah dilaporkan. Antara isu yang paling serius adalah masalah pengecasan. Masalah pengecasan yang dialami adalah, apabila iPhone XS […]

Pixel Experience Kini Hadir Untuk Pocophone F1

September 29, 2018 0

Pixel Experience adalah custom ROM berasaskan AOSP. Ia dibangunkan agar pengguna dapat merasakan pengalaman penggunaan Android asli Pixel pada peranti lain. Pixel Experience kini hadir untuk Pocophone F1. Pocophone F1 atau Poco F1 adalah peranti dari sub-jenama Xiaomi. Ia dikuasakan dengan cip peranti mercu – Snapdragon 845, tetapi dijual pada harga yang sangat mampu milik. Ini bermakna, […]

‘Face Match’ Mungkin Akan Menggantikan Trusted Face Dalam Peranti Android

September 29, 2018 0

Voice Match adalah fungsi yang hadir secara terbina dalam aplikasi Google. Fungsi ini juga membenarkan pengguna hanya menyebut ‘Hey, Google’ atau ‘Okay, Google’ untuk nyahkunci peranti dan/atau mengaktifkan Google Assistant. Kelak, ‘Face Match‘ akan hadir sebagai pengganti kepada Trusted Face. Trusted Face adalah salah satu fungsi lama dalam beberapa peranti Android yang menggunakan kamera hadapan […]

Google Dijangka Membayar Apple Sebanyak $9 Bilion Untuk Kekal Sebagai Enjin Carian Utama Pada iPhone

September 29, 2018 0

Dalam usaha Google kekal sebagai enjin carian utama, mereka sedia membuat pembayaran pada beberapa pihak – termasuk Apple. Terkini, menurut salah seorang penganalisa, Google dijangka membuat pembayaran sekitar $9 bilion (~RM37.25 bilion) kepada Apple untuk mengekalkan Google sebagai enjin carian utama pada Safari di iPhone. Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini, Google merupakan enjin […]

1 2 3 38