Archive

SKMM : TM Perlu Merasionalkan Perbezaan Harga Per MB Antara Unifi Dan Streamyx

November 19, 2018 0

SKMM hari ini telah mengeluarkan kenyataan lanjutan daripada komen pihak menteri sebelum ini. Menurut SKMM, sehingga kini, mereka telah menerima sebanyak 7946 aduan berkaitan perkhidmatan TM – dimana 21% adalah berkenaan dengan harga, dan 16% lagi adalah berkaitan liputan Unifi. Menurut SKMM, jikalau dibandingkan dengan aduan untuk setiap 1000 pelanggan, TM merekodkan aduan paling tinggi […]

HTC U13 Dilaporkan Tidak Akan Dilancarkan Pada Tahun 2019

November 19, 2018 0

Tahun 2018 dan 2017 bukanlah tahun yang baik baik HTC. Syarikat yang dahulunya di tangga pertama pengeluar peranti dunia kini tidak lagi berada di dalam senarai lima teratas. Nasib mereka semakin terjejas kerana peranti mercu seperti HTC U12+ tidak mendapat sambutan dari pengguna. Menurut laporan Phandroid, pada tahun 2019 mereka tidak akan menghasilkan peranti mercu […]

Microsoft Mula Menjual Pembesar Suara Pintar Alexa – Adakah Cortana Akan Dipinggirkan?

November 19, 2018 0

Cortana adalah pembantu maya dari Microsoft. Ia adalah berasaskan permainan video Halo – di mana Cortana adalah pembantu maya Master Chief. Cortana mula popular pada peranti pintar Windows Phone yang kemudiannya mula hadir ke semua Windows 10. Tetapi, Cortana masih jauh ke belakang jika ingin dibandingkan dengan Alexa atau Google Assistant. Baru-baru ini, Microsoft Store […]

Mingguan Amanz – Netflix Murah, MediaPrima Mangsa Ransomware, Kerusi Acer RM50k

November 18, 2018 0

Minggu ini menyaksikan sejumlah peranti baru dilancarkan untuk pasaran tempatan, termasuk komputer riba daripada Lenovo, HP, dan juga Acer. Menariknya, Acer turut telah memperkenalkan sebuah kubu untuk para peminat permainan video, dimana ia dijual pada harga melangkaui RM50 ribu di Malaysia. Netflix pada minggu ini telah mulakan eksperimen dengan beberapa pelan baru, termasuk penawaran Netflix […]

Maxis Menyasarkan Perkhidmatan Internet Fiber Dibaik-Pulih Menjelang 2 Pagi

November 18, 2018 0

Selain perkhidmatan internet Telekom Malaysia, perkhidmatan internet jalur-lebar berasaskan fiber daripada Maxis juga menghadapi masalah komunikasi. Sejumlah web menghadapi masalah untuk diakses, dan kadang-kala mengambil masa yang lama. Ia telah dialami pengguna sejak beberapa jam yang lepas. Sementara TM yang mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan kenyataan mengenainya, Maxis dilihat sedikit proaktif dan membalas pertanyaan […]

TM : Gangguan Internet Disebabkan Kabel Terpotong, Baik-Pulih Dijangka Selesai 6 Pagi

November 18, 2018 0

Lanjutan daripada laporan kami sebelum ini, kini Telekom Malaysia telah mengeluarkan komen rasmi, mengatakan perkhidmatan telekomunikasi mereka seperti Unifi, Streamyx dan Unifi Mobile – selain khidmat pukal mereka terganggu di kawasan utara, timur, tengah, Sabah dan Sarawah sejak 11 malam, 17 November 2018 lepas. Masalah ini dikatakan disebabkan oleh insiden beberapa kabel terpotong disebabkan oleh […]

Sejumlah Pengguna Unifi Menghadapi Masalah Mengakses Perkhidmatan Web

November 18, 2018 0

Pengguna perkhidmatan Unifi dilihat mengalami masalah untuk mengakses perkhidmatan mereka pada hari ini. Masalah ini dilihat dihadapi pengguna yang menggunakan perkhidmatan jalur-lebar TM – termasuk Unifi dan Unifi Mobile, dimana pelbagai web menghadapi masalah untuk diakses, selain pelayan permainan yang sukar dicapai. Pihak Telekom Malaysia masih tidak berkongsi secara rasminya berkenaan dengan masalah ini. Masalah […]

Mufti Wilayah Persekutuan : Penggunaan Bitcoin Yang Ada Pada Masakini Adalah Dilarang

November 17, 2018 0

Hukum mengenai penggunaan Bitcoin telah diutarakan oleh ramai pengguna sejak setahun dua ini. Kini, menyentuh mengenainya, Mufti Wilayah Persekutuan mengumumkan yang mana Bitcoin yang ada pasa masakini sebagai suatu mata wang adalah dilarang. Seperti ramai sedia maklum, Bitcoin merupakan kriptowang yang popular, dan digunakan ramai dalam pelbagai bentuk. Namun, ia masih mempunyai bebrapa kekurangan – […]

Kerangka Pod Case Mengubah Apple Watch Menjadi Sebuah iPod

November 17, 2018 0

Sebelum iPhone, iPod ialah pemain MP3 yang menjadi idaman penggemar audio seluruh dunia. Ia menawarkan kualiti audio yang baik, sistem navigasi beroda yang unik serta warna putih yang ikonik. Bagi pengguna Apple Watch yang mempunyai nostalgia dengan iPod asal, anda boleh membeli kerangka Pod Case di bawah. Pod Case mengubah sebuah Apple Watch untuk kelihatan […]

TM Mengumumkan Harga Pakej 100Mbps Akan Kekal RM129 Selepas Tempoh Kontrak 24 Bulan

November 17, 2018 0

Lanjutan daripada laporan kami pada awal pagi ini, kini Telekom Malaysia melalui saluran rasmi mereka mengumumkan yang mana mereka akan mengekalkan harga pakej bulanan untuk pelan 100Mbps kepada RM129 pasca kontrak 24-bulan. On the concerns raised on our @unifi 100Mbps plan, TM would like to clarify that the monthly charges remain the same at RM129 […]