Archive

iOS 12.1 Akan Memperlahankan iPhone X, 8 Dan 8 Plus Apabila Mengesan Penurunan Prestasi Bateri

November 1, 2018 0

Tahun lalu Apple terpaksa meminta maaf kepada pengguna apabila kemaskini iOS 10.2.1 menyebabkan kuasa memproses bagi mengelakkan berlakunya masalah peranti mati secara tiba-tiba. Apabila perisian mengesan tahap prestasi bateri yang tidak lagi optimum, kelajuan pemproses akan dikurangkan. Sistem urusan prestasi ini kemudian boleh dinyahkatifkan oleh pengguna secara manual menerusi kemaskini iOS 11.3 iOS 12.1 yang […]

Lenovo Z5 Pro Dilancarkan Secara Rasmi – Peranti Dengan Nisbah Skrin-Ke-Badan Terbesar Dunia

November 1, 2018 0

Sudah beberapa bulan kita lihat gambar acah, video acah serta pelbagai tirisan mengenai Lenovo Z5 Pro. Pelbagai sangkaan dan spekulasi mengatakan Lenovo mungkin menipu lagi sekali – nampaknya mereka kali ini bertindak jujur. Lenovo Z5 Pro dilancarkan secara rasmi dan menjadi peranti pertama dunia dengan nisbah skrin-ke-badan terbesar, iaitu 95.06%. Lenovo Z5 Pro dijana dengan […]

Anthony Loke – Kerajaan Tidak Akan Mendengar Desakan Mengharamkan Grab

November 1, 2018 0

Bukan rahsia bahawa pengusaha dan pemandu teksi sedang mendesak kerajaan supaya mengharamkan perkhidmatan perkongsian kereta seperti Grab. Ini adalah kerana menurut kewujudan perkhidmatan ini membunuh sumber pencarian mereka. Beberapa demo telah diadakan bagi mendesak kerajaan untuk mendengar keluhan mereka. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini dipetik berkata pihak kerajaan tidak akan mendengar desakan untuk mengharamkan […]

Pembayaran Nirtunai Maybank QRPay Kini Disokong Di Rangkaian Restoran KFC

November 1, 2018 0

Pada Januari lepas, Maybank telah menerbitkan aplikasi Maybank QRPay yang sebelum ini penggunaannya sangat terhad yang mana ia hanya digunakan di Menara Maybank dan UMS. Hari ini, Maybank telah melancarkan usahasama mereka bersama restoran KFC untuk menawarkan kemudahan pembayaran secara nirtunai kepada menerusi penggunaan sistem Maybank QRPay. Dengan kehadiran aplikasi penggunaan kod QR ini, pembayaran […]

Spotify Kini Mempunyai 87 Juta Pelanggan Berbayar

November 1, 2018 0

Spotify telah mengumumkan laporan kewangan untuk suku ketiga 2018 mereka dan jumlah pengguna platform penstriman muzik ini terus meningkat. Terdapat 191 juta pengguna aktif bulanan dengan 87 juta terdiri daripada pengguna berbayar. Jumlah pengguna aktif bulanan meningkat 28% berbanding suku yang sama tahun lalu dan pengguna berbayar pula meningkat 40% berbanding suku yang sama tahun […]

WhatsApp Mengesahkan Bakal Memaparkan Iklan Pada WhatsApp Status

November 1, 2018 0

WhatsApp sedia mempunyai ciri “Stories” mereka tersendiri pada aplikasi permesejan berkenaan – yang mana boleh dikatakan digunakan dengan lebih meluas berbanding Instagram Stories dan Facebook Stories. Terkini, dalam usaha menjana pendapatan melalui aplikasi permesejan berkenaan, pihak WhatsApp dilihat mengesahkan yang mana mereka akan mula memaparkan iklan pada WhatsApp Status. Paparan iklan berkenaan berkemungkinan berfungsi sama […]

Acer Melancarkan Monitor 4K Predator XB273K Dan Nitro XV273K Pada Harga Bermula RM2999

November 1, 2018 0

Resolusi HD penuh sudah menjadi lumrah sejak tiga tahun kebelakangan ini. Malahan penggunaan resolusi yang lebih rendah hanya boleh ditemui pada peranti dan komputer kelas permulaan. Bagi pengguna yang ingin mengikuti perkembangan semasa, resolusi 4K UHD adalah perlu kerana imej yang lebih tajam serta jelas. Bagi memenuhi keperluan pengguna yang ingin menerjah ke dunia 4K […]

MSI Memperkenalkan Dua Laptop Siri Prestige Untuk Golongan Kreatif – MSI PS42 Dan MSI P65

November 1, 2018 0

MSI mungkin terkenal untuk komponen komputer dan laptop siri gaming mereka, tetapi mereka juga mempunyai laptop siri MSI Prestige untuk mereka yang menggabungkan prestasi dan kebolehan untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Hari ini MSI memperkenalkan dua buah laptop baru dibawah siri MSI Prestige, iaitu MSI PS42 Modern dan juga MSI P65 Creator, khusus untuk kreatif […]

Twitter Membenarkan Pengguna Memilih Jenis Spam Yang Ingin Dilaporkan

November 1, 2018 0

Twitter adalah satu laman media sosial. Ia turut dikenali sebagai mikro-blog. Twitter juga terkenal dengan kicauan berbenang yang mengandungi, tutorial, cerita seram, cerpen, luahan perasaan, pengakuan dan sebagainya. Tetapi, tidak lupa juga – Twitter juga adalah tempat di mana ramai pengicau mengicau kicauan yang mengganggu, menjengkelkan, tidak senonoh atau banyak lagi yang negatif. Activity that […]

Google Menguji Kemampuan Memadam Perkataan Dengan Lebih Laju Buat Gboard

November 1, 2018 0

Hari ini, Google telah secara rasminya mengumumkan pelekat Mini’s untuk Gboard yang turut hadir dengan emoji dengan rekaan baru. Terbaru, seorang pembangun dari XDA menemui satu kod yang boleh mengubah kelajuan memadam perkataan dalam Gboard. Pembangun ini turut berjaya mengaktifkannya. Daripada video demo yang dipertontonkan, akan terdapat satu bar yang boleh dilaraskan untuk mengubah kelajuan […]