Archive

Unifi Basic Menawarkan Data Tanpa Had Sehingga 15 Februari 2019

Januari 17, 2019 0

Telekom Malaysia baru-baru ini telah pun meningkatkan kadar kelajuan talian Unifi Basic selepas habis menggunakan kuota sehingga 512kbps. Menariknya, kini bersempena tempoh promosi, ia dilihat TM turut menawarkan data tanpa had untuk pengguna Unifi Basic. TM melalui promosi mereka, mengatakan pengguna boleh menikmati data tanpa had untuk pakej Unifi Basic sehingga 15 Februari 2019 kelak. […]

Mastercard Akan Bantu Menghalang Bayaran Langganan Secara Automatik Selepas Tamat Tempoh Percubaan

Januari 17, 2019 0

Menjadi kebiasaan untuk pelbagai perkhidmatan internet yang meminta maklumat kad kredit pengguna sebelum dapat memulakan fasa ujian – dan ia akan dicaj secara automatik selepas selesai tempoh ujian sekiranya seseorang pengguna lupa menamatkan perkhidmatan berkenaan. Hal ini sering membuatkan ramai pengguna tidak begitu mengemarinya. Kini, dalam melindungi pengguna daripada hal berkenaan, pihak MasterCard hari ini […]

Mesin Pencetak Format Besar Epson SureColor T-Series Diperkenalkan – Hadir Dengan Sokongan Untuk Mencetak Pemetaan CAD

Januari 17, 2019 0

Epson ialah sebuah jenama teknologi dari Jepun yang terkenal untuk peranti-peranti seperti mesin pencetak dan projektor. Peranti-peranti mereka digunakan bukan sahaja oleh para pengguna di rumah, tetapi juga oleh syarikat-syarikat di dalam industri pencetakan dan pengurusan acara. Hari ini, Epson Malaysia memperkenalkan beberapa buah mesin pencetak format besar melalui Epson Siri SureColor T, dimana Epson […]

Gambar Samsung Galaxy S10+ Tertiris Menunjukkan Lubang Skrin Berbentuk Bujur

Januari 17, 2019 0

Empat versi Samsung Galaxy S10 dijangka dilancarkan pada 20 Februari kelak. Versi dengan skrin paling besar ialah Galaxy S10+ yang dikatakan hadir dengan skrin sebesar 6.4 inci yang setanding dengan yang ditemui pada Galaxy Note 9 tahun lalu. Gambar Galaxy S10+ di dunia sebenar akhirnya tertiris menerusi laman Reddit r/Samsung hari ini. Dari apa yang […]

Pendapatan “Perkongsian Berbayar” Oleh Juruhebah Sosial Turut Tertakluk Kepada Cukai Pendapatan

Januari 17, 2019 0

Pada masa kini, terdapat ramai juruhebah sosial yang menjana pendapatan dengan membuat perkongsian berbayar melalui akaun-akaun sosial mereka di Twitter, Facebook dan sebagainya. Terkini, bercakap mengenainya, pihak LHDN mengatakan yang mana mereka turut tertakluk untuk membayar cukai pendapatan sekiranya menjana lebih RM5,000 sebulan. Memandangkan perkongsian berbayar oleh juruhebah sosial adalah salah satu aktiviti menjana pendapatan, […]

Microsoft Akan Mengasingkan Cortana Dari Microsoft Search Dalam Kemaskini Bulan April

Januari 17, 2019 0

Cortana dan bar carian untuk Windows buat masa ini digabungkan dalam satu bahagian. Ini kerana, bar carian Windows adalah untuk menaip dan Cortana boleh digunakan melalui arahan suara. Kemudian, pada September 2018 – Microsoft mengumumkan Microsoft Search yang menyatukan carian Windows 10, Bing dan Office dalam satu bahagian. Terkini, Microsoft dilihat akan mengasingkan Cortana daripada […]

Tune Talk Hadir Dengan Penawaran Langganan Data Tanpa Had Serendah RM1 Sehari

Januari 17, 2019 0

Tune Talk hari ini mengumumkan penawaran pelan langganan data yang serba baru – membolehkan pengguna melanggan pelan data pada harga serendah RM1 sehari. Melalui penawaran Tune Talk baru ini, pengguna boleh melanggan pelan Chat, Social atau Music pada harga RM1 sehari dan ia hadir dengan penawaran penggunaan data tanpa had. Sementara untuk pelan data harian […]

TM Tidak Lagi Menawarkan Set Kotak Unifi TV Kepada Pelanggan

Januari 17, 2019 0

Apabila melakukan langganan Unifi, pelanggan turut akan menerima set kotak Unifi TV (dahulu dikenali sebagai HyppTV). Ini membolehkan mereka menonton rancangan TV yang ditawarkan di dalam pakej yang dilanggan. Menurut laporan LowYat.net pagi ini, TM tidak akan lagi memberikan set kotak TV kepada pelanggan bermula Januari 2019. Pengumuman dilakukan di dalam dokumen FAQ pada laman […]

Jam Tangan Pintar Android Wear Mula Menerima Kemaskini Wear OS 2.3

Januari 17, 2019 0

Wear OS adalah sistem operasi Android untuk jam tangan pintar. Ia hadir dengan rekaan yang lebih intuitif, lebih lancar dan lebih fokus kepada kesihatan. Terkini, Wear OS 2.3 dilihat sudah diedarkan oleh Google kepada beberapa jam tangan pintar Wear OS. Antara perkara baru dalam Wear OS 2.3 adalah kemaskini terhadap Home App kepada versi 2.21. […]

Ini Adalah Fungsi Pengecasan Paling Pantas Untuk Peranti Mudah Alih Buat Masa Ini

Januari 17, 2019 0

Kebelakangan ini pelbagai jenama telefon pintar berlumba-lumba untuk teknologi pengimejan. Banyak jenama mempromosi keupayaan kamera mereka bagi menandingi DSLR sedangkan ia mungkin tidak menjadi satu keperluan pun untuk pengguna. Sedar atau tidak, fungsi rakaman imej boleh dikatakan lebih kepada kehendak berbanding keperluan. Apa yang diperlukan pengguna adalah ketahanan waktu operasi yang lebih lama. Bagi tujuan […]