Archive

Jualan Jam Tangan Pintar Meningkat 54% Sepanjang 2018 Dengan Apple Watch Mengaut Separuh Pasaran

Mac 1, 2019 0

Apakah jam tangan yang mencatatkan jualan tertinggi sepanjang 2018? Menurut laporan Strategy Analytics, Apple Watch adalah raja jam tangan pintar dengan 22.5 juta unit terjual. Ini bersamaan dengan 50% jualan keseluruhan jam tangan tahun lalu. Ini adalah peningkatan yang tinggi berbanding 17.7 juta pada tahun 2017. Sebanyak 45 juta jam tangan pintar terjual sepanjang 2018. […]

Pandang Pertama Nokia 9 PureView – Peranti Khusus Untuk Pencinta Fotografi?

Mac 1, 2019 0

SIri peranti Nokia PureView dikenali untuk sistem kameranya yang sangat kompleks dan berkuasa. Nokia 808 PureView misalnya ialah peranti pertama yang hadir dengan kamera yang mempunyai sensor 41MP di dalam sebuah kamera pintar, dan ialah sebuah peranti yang cukup sukar untuk ditandingi kebolehan kameranya oleh jenama-jenama lain.   Kini, di acara Mobile World Congress 2019, Nokia […]

Aplikasi CIMB Clicks Pada Android Dan iOS Dalam Mod Penyelenggaraan – Tidak Boleh Digunakan Sehingga 8 Pagi, 2 Mac 2019

Mac 1, 2019 0

Pihak CIMB kini telah mengumumkan yang mana aplikasi CIMB Clicks kini dalam mod penyelenggaraan dan tidak boleh digunakan untuk sementara waktu. CIMB mengatakan ia dijangka akan dapat digunakan kembali seperti biasa sekitar 8 pagi esok, 2 Mac 2019. Menurut pihak CIMB, pengguna digalakkan menggunakan CIMB Clicks melalui desktop, pelayar web mudah-alih atau menggunakan CIMB EVA […]

YouTube Menghalang Paparan Komen Pada Video Mengetengahkan Kanak-Kanak

Mac 1, 2019 0

Pada hari ini, terdapat sejumlah kandungan video yang diterbitkan oleh kanak-kanak seluruh dunia di YouTube. Ini sekaligus mendedahkan mereka kepada beberapa bahaya dan serangan dari segi komen dan sebagainya. Kini, untuk mengelak mereka daripada menjadi mangsa kepada sesetengah kelakuan, pihak YouTube mengumumkan mereka akan menghalang paparan komen pada video yang mengetengahkan kanak-kanak. YouTube mengatakan mereka […]

Lenovo Z6 Pro Diperacahkan Dengan 5G Dan Kamera 100-MP

Mac 1, 2019 0

Lenovo hanya melancarkan phablet Tab V7 di MWC beberapa hari yang lalu. Ia sekadar sebuah telefon pintar berspesifikasi sederhana dengan bateri yang agak besar. Namun itu di sebalik tabir pihak Lenovo memperacahkan telefon 5G pertama dengan kamera melangkaui 100-Megapixel. Ini dedahkan sendiri oleh Edward Chang yang merupakan timbalan presiden perniagaan peranti di Lenovo. Menurut beliau […]

Samsung Galaxy S10 Akan Mula Dijual Secara Rasmi Di Malaysia Bermula 8 Mac 2019 – Harga Bermula RM2699

Mac 1, 2019 0

Samsung Malaysia hari ini telah melancarkan siri telefon pintar Galaxy S10 untuk pasaran tempatan. Sebanyak tiga model dibawa masuk, iaitu Samsung Galaxy S10E, Samsung Galaxy S10 dan juga Samsung Galaxy S10 Plus. Di Malaysia, Samsung Galaxy S10 E dijual pada harga RM2699, Galaxy S10 pada harga RM3299, dan Galaxy S10+ pada harga merula RM3699. Ketiga-tiga […]

Samsung Galaxy Watch Active Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM799

Mac 1, 2019 0

Samsung Galaxy S10 dilancarkan di Malaysia hari ini bersama dengan aksesori Galaxy Buds dan Galaxy Watch Active. Bagi mereka yang ingin memiliki Galaxy Watch Active, ia ditawarkan di Malaysia pada harga RM799 seutas. Jam tangan pintar ini menggunakan sistem operasi Tizen4 yang membolehkannya ditambat pada peranti Android dan iOS. Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin […]

Apple Mempatenkan Teknologi Untuk Melindungi Skrin Peranti Boleh Lipat Daripada Rosak

Mac 1, 2019 0

Telefon pintar boleh lipat dilihat menjadi trend pada acara MWC Barcelona 2019. Samsung hadir dengan Galaxy Fold, Huawei dengan Mate X dan TCL memperlihatkan beberapa prototaip. Tetapi, isu yang dirisaukan pada peranti boleh lipat ini adalah jangka hayat skrin. Skrin yang boleh lipat ini dilihat akan meninggalkan kesan lipat di bahagian tengah. Tidak lupa juga […]

Facebook Sedang Membangunkan Kriptowang Untuk Digunakan Bagi Pembayaran Melalui WhatsApp

Mac 1, 2019 0

Facebook telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini yang mana mereka memfokuskan kepada arena rantaian-blok, selain turut sedang membangunkan kriptowang tersendiri. Terkini, menurut laporan NYT, pihak Facebook sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan sokongan kriptowang ini yang dijangka diintegrasikan pada WhatsApp. Melalui integrasi pada WhatsApp, ia dijangka akan memudahkan pengguna untuk menghantar wang kepada rakan-rakan dan ahli […]

1 48 49 50