Archive

Bose Noise Cancelling Headphones 700 Dilancarkan Dengan Rekaan Bergaya

Mei 30, 2019 0

Jika anda kerap menaiki penerbangan jarak jauh, fon kepala dengan pembatalan hingar adalah wajib digunakan bagi memudahkan proses tidur. Di pasaran Malaysia kini terdapat banyak fon kepala dengan pembatalan hingar seperti Sony MDR-1000XM3 dan Jabra Elite 85h yang baru dilancarkan di Malaysia semalam. Bagi peminat Bose, Noise Cancelling Headphones 700 telah diumumkan pagi tadi. Fon […]

Samsung Memfailkan Tanda Dagang ‘DeX Live’ Untuk Sistem Desktop Nirwayar

Mei 30, 2019 0

Samsung DeX diperkenalkan pada Samsung Galaxy S8 dan S8+. Ia adalah dermaga yang membolehkan telefon pintar mereka berubah menjadi sebuah komputer desktop apabila disambung pada sebuah monitor atau TV. Mereka kemudian mengaktifkan DeX menerusi sambungan berwayar pada Note 9 dan Tab S4. Kelak ia boleh dilakukan secara nirwayar. Samsung telah memfailkan tanda dagang untuk Dex […]

Axiata Akan Meneruskan Kerjasama Dengan Pihak Huawei – Merancang Pengenalan Rangkaian 5G Pada 2021

Mei 30, 2019 0

Selain komen daripada Perdana Menteri, pihak Axiata juga kini dilihat telah mengeluarkan komen kepada The Star, mengatakan mereka akan meneruskan kerjasama dengan pihak Huawei. Axiata mengatakan mereka masih bekerjasama dengan pihak Huawei untuk Hab Inovasi 5G di ibu pejabat Celcom. Walaubagaimanapun, buat masa ini, Axiata masih belum memilih rakan kerjasama penuh untuk pengenalan rangkaian 5G […]

OpenSignal : Kelajuan Internet Selular Malaysia Kekal Antara Paling Perlahan Di Dunia

Mei 30, 2019 0

Tahun ini rangkaian 5G mula dilancarkan di beberapa negara seperti Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Selari dengan pengenalan rangkaian selular generasi baharu, OpenSignal telah mengeluarkan senarai kelajuan muat turun dan muat naik menerusi capaian Internet selular di 87 negara utama dunia,. Kita mulakan dengan berita baik terlebih dahulu. Malaysia kini di tangga ke-42 dalam senarai […]

Rekaan Dan Spesifikasi Samsung Galaxy M40 Tetriris Dengan Lubang Kamera Pada Skrin

Mei 30, 2019 0

Samsung Galaxy M40 akan dilancarkan di India pada 11 Jun hadapan. Rekaan dan spesifikasi sebuah lagi peranti ini telahpun tertiris ke arena web dan menunjukkan ia sebuah lagi peranti Samsung dengan skrin Infinity-O. Peranti akan dilengkapi skrin sebesar 6.3″ SAMOLED FHD+, dijana cip Snapdragon 675. memori sehingga 6GB RAM, storan sehingga 128GB, kamera swafoto 16-Megapixel […]

Samsung Menyambung Semula Proses Kemas Kini Untuk Galaxy S10

Mei 30, 2019 0

Proses kemas kini untuk Samsung Galaxy S10+. Galaxy S10 dan Galaxy S10e telah disambung semula selepas digantung kerana menyebabkan masalah peranti gagal berfungsi. Buat masa ini, versi kemas kini baharu hanya diberikan kepada pengguna di Switzerland. Ia kemudian akan diberikan secara berperingkat kepada pengguna seluruh dunia. Kemas kini ini memberikan penambahbaikan pada sistem mod Bright […]

Google Mengemaskini Polisi Play Store Bagi Memastikan Kandungan Selamat Untuk Kanak-Kanak

Mei 30, 2019 0

Satu kerisauan saya sebagai seorang bapa ialah kandungan yang tidak sesuai dipaparkan pada peranti ketika digunakan oleh anak. Dahulu berlaku masalah video YouTube yang dihasilkan untuk kanak-kanak tetapi mempunyai elemen bahaya dan dewasa. YouTube segera membanteras masalah ini dengan sistem tapisan dan mengharamkannya terus. Tetapi masalah paparan kandungan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak masih berlaku […]

Honda Turut Menggunakan Kamera Sebagai Ganti Cermin Sisi Kereta

Mei 30, 2019 0

Cermin sisi mula digunakan pada kenderaan sejak 1920an tetapi hanya menjadi aksesori wajib sejak 1960an atas sebab keselamatan. Pada kenderaan moden, ia kini hadir dengan sistem bermotor yang membolehkan kedudukan diubah dari dalam kenderaan tanpa tingkap dibuka. Dengan peredaran zaman, cermin sisi kenderaan kelak mungkin akan pupus dan digantikan pula dengan kamera. Honda ialah sebuah […]

Fave Memperkenalkan Sistem Pesanan Makanan Terus Dari Meja Secara Nirtunai

Mei 30, 2019 0

Anda kini tidak perlu khuatir lagi untuk membuat sebarang pesanan makanan di restoran, sekiranya tidak dilayan oleh pelayan. Fave baru-baru ini, telah melancarkan ciri baharu iaitu pesanan terus dari meja di 50 restoran di seluruh Malaysia. Ini membolehkan pengguna untuk membuat pesanan makanan dan membayar tanpa perlu memanggil pelayan restoran atau beratur panjang terlebih dahulu. […]

Tun M : Malaysia Akan Menggunakan Teknologi Huawei Seberapa Banyak yang Boleh

Mei 30, 2019 0

Tun M hari ini telah berucap pada acara Future of Asia yang dianjurkan di Jepun, dan pada masa yang sama turut berkongsi pandangan berkenaan kes Huawei baru-baru ini. Untuk makluman, pihak Amerika Syarikat telah menambah Huawei dibawah senarai hitam, sekaligus membuatkan pelbagai syarikat di Amerika Syarikat tidak bekerjasama dengan pihak Huawei. Ini sekaligus membawa kepada […]