Archive

Huawei Kini Disenaraikan Kembali Di Dalam SD Association Dan Wi-Fi Alliance

Mei 30, 2019 0

Huawei pada sebelum ini telah dikeluarkan daripada sejumlah badan perkakasan akibat daripada sekatan perdagangan Amerika Syarikat. Kini, mereka kini disenaraikan kembali di dalam dua badan perkakasan utama iaitu SD Association dan Wi-Fi Alliance. Dengan perletakkan Huawei di dalam SD Association, ia membolehkan mereka menggunakan teknologi storan kad SD pada peranti keluaran mereka akan datang. Walaupun […]

Kemaskini Android Pie Mula Ditawarkan Untuk Samsung Galaxy M20

Mei 30, 2019 0

Samsung pada sebelum ini telah mensasarkan siri Galaxy M akan menerima kemaskini Android Pie bermula bulan Jun ini. Nampaknya mereka telah mula mengedarkannya dengan lebih awal, bermula dengan peranti Samsung Galaxy M20. Kemaskini menawarkan antaramuka baru Samsung One UI dengan tampilan yang lebih kemas, selain memudahkan penggunaan pada sebelah tangan. Ia juga membawakan sokongan tema […]

Huawei Telah Mendaftar Tanda Dagang ‘Ark OS’ Di Eropah

Mei 30, 2019 0

Berikutan daripada sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, Huawei sedang dalam persiapan untuk menawarkan sistem operasi alternatif mereka. Sistem operasi ini pada awalnya dikenali sebagai ‘Hong Meng OS’, namun ia dijangka akan membawa nama yang lebih komersial menerusi ‘Ark OS‘. Huawei telah mendaftar tanda dagang ini pada European Union Intellectual Property Office, sekaligus memberi petanda […]

Sony Dilaporkan Sedang Membangunkan Peranti Skrin Boleh Lipat Xperia F

Mei 30, 2019 0

Sony mungkin tidak lagi melihat Malaysia sebagai pasaran utama telefon pintar mereka tetapi mereka masih bertekad kekal menghasilkan peranti pintar. Terdapat laporan bahawa seperti Samsung dan Huawei, Sony sedang membangunkan sebuah peranti dengan skrin boleh lipat yang menggunakan nama Xperia F. Peranti dipercayai mempunyai skrin OLED boleh lipat dengan nisbah 21:9 yang dikeluarkan oleh Samsung. […]

OnePlus 6/6T Kini Boleh Menguji Zen Mode Dan Rakaman Skrin Pada Oxygen OS Beta

Mei 29, 2019 0

OnePlus 7 Pro yang telah dilancarkan dua minggu lepas adalah telefon pintar OnePlus yang paling lancar. Lebih-lebih lagi pada skrin, kerana ia menggunakan panel Fuid AMOLED dan mempunyai kadar segar 90Hz. Selain itu, Oxygen OS pada OnePlus 7 Pro pula adalah sedikit berbeza. OnePlus telah sertakan beberapa fungsi menarik seperti ‘Zen Mode‘ dan fungsi yang […]

Jabra Elite 85h Yang Hadir Dengan Pembatalan Hingar Aktif Dilancarkan Di Malaysia

Mei 29, 2019 0

Awal tahun ini di acara CES 2019 Jabra yang merupakan salah satu pengeluar peranti audio telah mengumumkan beberapa produk terkini. Menjadi fokus mereka untuk tahun ini adalah Jabra Elite 85h yang merupakan fon kepala mereka yang pertama kali hadir dengan fungsi pembatalan hingar (noise-cancelling). Sebelum ini Jabra popular dengan penawaran mereka untuk fon kepala dalam […]

Perbandingan Redmi K20 Pro, Honor 20 Dan Xiaomi Mi 9

Mei 29, 2019 0

Redmi K20 Pro dilancarkan semalam sebagai sebuah lagi peranti mercu yang mampu milik. Sungguhpun begitu ia masih hadir dengan sistem trikamera, pengimbas cap jari terbina dalam skrin dan memori sehingga 8GB RAM. Ini meletakkannya di dalam kelas yang sama seperti Honor 20 dan Xiaomi Mi 9 yang ditawarkan pada harga yang mampu milik di Malaysia.

Konsep Rekaan Samsung Galaxy Note 10 Dengan Posisi Kamera Baharu Diperlihatkan

Mei 29, 2019 0

Samsung Galaxy S dan Samsung Galaxy Note mempunyai dua perbezaan yang paling jelas, iaitu saiz skrin dan kehadiran S-Pen. Kemudian, bertahun lamanya siri Samsung Galaxy Note hanya mempunyai satu model – untuk Note 10 kelak ia mungkin akan hadir dengan beberapa model berbeza. Rekaan juga dikatakan adalah lebih berbeza dengan Galaxy Note lain, contohnya menurut […]

Jabra Elite Active 45e & Move Style Edition Kini Ditawarkan Di Malaysia

Mei 29, 2019 0

Selain dari pengumuman Jabra Elite 85h untuk pasaran tempatan, Jabra turut mengumumkan dua lagi model baru yang tersedia untuk pengguna. Model-model ini dikhususkan untuk pengguna aktif iaitu Jabra Elite Active 45e, dan juga kemaskini untuk siri terdahulu iaitu Jabra Move Style Edition. Jabra Elite Active 45e merupakan model terbaru dalam siri Elite, yang memfokuskan kepada […]

HP Elite X2 G4 Dan EliteBook x360 Hadir Dengan Papan Kekunci Kulit Serta Bateri Bertahan 24 Jam

Mei 29, 2019 0

Tahun lalu HP Spectre Folio diperlihatkan dengan kemasan yang diperbuat daripada kulit. Semalam HP Elite X2 G4 telah dilancarkan dengan rekaan yang sama. Ia adalah komputer riba dengan papan kekunci kulit boleh tanggal pertama yang direka khas untuk pengguna perniagaan. Ia hadir dengan skrin 12.3″- 13″ beresolusi sehingga 3000×200 pixel, dijana cip Intel Core i7-8665U […]