Archive

TikTok Memperlihatkan Penurunan Kadar Muat Turun Untuk Kali Pertama

Julai 31, 2019 0

TikTok ialah sebuah aplikasi video pendek dimana para penggunanya boleh memuat-naik video menarik menggunakan lagu-lagu popular sebagai audio latar belakang. Sebuah laporan daripada Sensor Tower memperlihatkan bahawa jumlah muat turun aplikasi tersebut pada suku kedua 2019 pada platform Google Play Store dan Apple App Store adalah sebanyak 143 juta, dimana ia telah mencatatkan penurunan sebanyak […]

Google Menemui Enam Kerentanan Nirinteraksi Pada iOS

Julai 31, 2019 0

Android dan iOS adalah dua sistem operasi yang berbeza. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Walaupun kedua-dua sistem operasi ini kerap meniru fungsi/ciri antara satu sama lain, tidak semestinya setiap fungsi/ciri yang ditiru itu adalah sempurna. Begitu juga dengan kerentanan, tiada sistem operasi yang sempurna 100%. Pasti akan ada yang menimpa masalah. Kerentanan yang ditemui […]

Kesemua Album Kumpulan Tool Akan Boleh Distrim Bermula 2 Ogos

Julai 31, 2019 0

Tool ialah antara kumpulan rock yang paling disegani kerana kerap kali mengeluarkan album dengan bunyi yang unik. Tidak seperti kugiran lain, mereka mengambil masa yang lama sebelum mengeluarkan album baharu. Sejak ditubuhkan pada tahun 1990 mereka hanya menerbitkan empat buah album. Seperkara lagi yang unik ialah kesemua katalog mereka tidak ditawarkan dalam bentuk digital atau […]

Xiaomi Mi A3 Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM899

Julai 31, 2019 0

Xiaomi Malaysia hari ini telah pun melancarkan telefon pintar berasaskan Android One untuk pasaran tempatan, iaitu Xiaomi Mi A3. Dua variasi dibawa ke Malaysia, dan ia akan dijual bermula 3 Ogos 2019 ini. Dua model yang ditawarkan adalah variasi 4GB RAM + 64GB storan pada harga RM899, dan variasi 4GB RAM + 128GB pada harga […]

Facebook Reality Lab Berjaya Menghasilkan Sistem Yang Membaca Gelombang Otak Untuk Menaip

Julai 31, 2019 0

Dua tahun yang lalu Facebook menunjukkan demonstrasi sistem yang menaip apa yang difikirkan di dalam otak terus pada skrin. Teknologi yang selama ini dianggap sebagai fiksyen sains telahpun menjadi realiti selepas penyelidik di Facebook Reality Lab dan University of California San Francisco berjaya melakukan sesi soal-jawab yang hanya membaca gelombang otak. Ini ialah kejayaan pertama […]

Xiaomi Mi Band 4 Turut Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia – Berharga RM149

Julai 31, 2019 0

Bersama-sama pelancaran Xiaomi Mi A3 di Malaysia, pihak Xiaomi turut memperkenalkan gelang tangan pintar mereka yang terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Mi Band 4. Mi Band 4 hadir dengan panel berwarna berasaskan AMOLED, sekaligus memudahkan anda bukan sahaja mengikuti pelbagai notifikasi terkini daripada telefon pintar, tetapi juga berinteraksi dengannya. Mi Band 4 turut hadir dengan […]

Honor Mengacah Paparan Pintar Dengan Kamera Pop-Naik Mereka

Julai 31, 2019 0

10 Ogos kelak Honor akan memperlihatkan paparan pintar mereka. Menurut Honor ia adalah satu inovasi baharu buat sebuah televisyen. Evolusi daripada peranti pintar pergi ke televisyen pintar dan kini adalah giliran paparan pintar. Paparan pintar Honor ini akan dijana oleh cip baharu Honghu 818 yang dibangunkan oleh Huawei dengan kerjasama Baidu. Ia turut hadir dengan sebuah kamera […]

Qualcomm Dan Tencent Mengumumkan Kerjasama – Akan Turut Mengoptimasikan Permua Pada Peranti Berasaskan Snapdragon

Julai 30, 2019 0

Qualcomm, pengeluar cip pemprosesan popular pada peranti mudah-alih, hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Tencent – salah satu syarikat gergasi dari China yang turut terkenal dengan penawaran permainan mudah-alih seperti PUBG dan sebagainya. Melalui kerjasama ini, beberapa perkara akan disentuh, termasuk pembangunan kandungan permainan pada era 5G, pengoptimasian permainan berasaskan awan, pengoptimasian untuk kandungan […]

Samsung Mengacah Galaxy Tab Baru – Bakal Dilancarkan Esok

Julai 30, 2019 0

Samsung hari ini telah hadir dengan video acah baru yang memperlihatkan mereka bakal melancarkan dua peranti baru, iaitu Galaxy Tab dan juga Galaxy Watch. Melalui video berkenaan, Samsung memperlihatkan yang mana mereka akan melancarkan Galaxy Tab baru pada 31 Julai 2019 iaitu esok, dan juga Galaxy Watch baru pada 5 Ogos 2019. Galaxy Tab baru […]

Perbandingan Black Shark 2 Pro, Asus ROG Phone 2 Dan Nubia Red Magic 3

Julai 30, 2019 0

Peranti untuk permua Black Shark 2 Pro dilancarkan hari ini. Ia adalah sebuah Black Shark 2 yang diberikan penambahbaikan pada pemproses lebih berkuasa Snapdragon 855+ dan storan UFS 3.0. Mari bandingkan peranti ini dengan Asus ROG Phone 2 dan Nubia Red Magic 3 yang kedua-duanya juga adalah peranti untuk permua.