Archive

Ulasan Samsung Galaxy Note 10+ : Alohamora Produktiviti Nirbatas!

September 30, 2019 0

Samsung Galaxy Note kini sudah tiba ke iterasinya yang ke sepuluh. Galaxy Note 10+ ialah telefon pintar paling premium ditawarkan oleh Samsung dengan pelbagai fungsi tambahan berbanding telefon pintar lain keluaran mereka tahun ini. Ia memperkenalkan rekaan baru dengan bezel yang kini semakin nipis dan sistem tri-kamera lengkap dengan sensor 3D TOF. Pasca pelancarannya pasti […]

Spektrum Untuk Rangkaian 5G Akan Sedia Untuk Diagihkan Pada Separuh Kedua 2020

September 30, 2019 0

Sejak penghujung tahun lepas, syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan boleh dikatakan giat menjalankan pelbagai ujian untuk mempercepatkan persediaan negara untuk menerima sokongan untuk rangkaian internet mudah-alih terkini, yang dikenali sebagai 5G. Laporan awal ujian rangkaian 5G yang dijalankan sejak penghujung tahun lepas akan dikeluarkan pada bulan Oktober 2019, tetapi ujian 5G ini tetap akan dijalankan sehingga bulan […]

Kementerian Menasihatkan Supaya Mengehadkan Penggunaan Fon Telinga Ke 90 Minit Pada Sesuatu Masa

September 30, 2019 0

Pihak Kementerian Kesihatan sering berkongsi pelbagai nasihat berkaitan kesihatan melalui medium akaun sosial mereka. Terbaru, mereka turut berkongsi nasihat berkaitan penggunaan fon telinga. Seperti ramai sedia maklum, pada masa kini, ramai yang menggunakan fon telinga – sama ada untuk menjawab panggilan, mendengar lagu, dan sebagainya. Melalui perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka menasihatkan supaya pengguna tidak […]

AirAsia Bakal Hadir Dengan Penawaran Seumpama Grab Untuk Seru-Pandu Dan Tempahan Makanan?

September 30, 2019 0

Grab merupakan salah satu perkhidmatan yang memudahkan pengguna membuat tempahan seru-pandu ke destinasi, selain turut digunakan dalam membuat tempahan makanan dan beberapa perkhidmatan lain. Ia sebelum ini menerima persaingan sihat daripada Uber, namun selepas Grab dan Uber menyatukan perniagaan dan operasi di rantau Asia Tenggara, persaingan untuk Grab berkurangan secara drastik. Apa pun, ia mungkin […]

Amerika Syarikat Mungkin Tidak Akan Melanjutkan Tempoh Dagangan 90 Hari Kepada Huawei

September 30, 2019 0

Tempoh dagangan yang dilanjutkan selama 90 hari kepada Huawei akan berakhir pada November ini bagi membolehkan tampalan sekuriti dan sokongan diberikan kepada kelengkapan yang dibeli oleh Huawei. Menurut laporan Bloomberg pagi ini, Amerika Syarikat berkemungkinan besar tidak akan lagi memberikan tempoh lanjutan selepas bulan tersebut. Bloomberg memetik kenyataan Rob Strayer yang merupakan timbalan setiausaha Jabatan […]

Saintis China Menghasilkan Kamera 500-Megapixel Yang Dapat Mengecam Ribuan Wajah Dalam Masa Beberapa Saat

September 30, 2019 0

Di dalam novel 1984, George Orwell menggambar dunia di mana kerajaan sentiasa memantau kehidupan rakyat. Setiap pergerakan dan pemikiran dipantau agar sentiasa serasi dengan pandangan kerajaan. Fiksyen ini telahpun menjadi realiti di China dengan kamera CCTV sentiasa mengikuti pergerakan jelata. Kesilapan yang dirakam akan menyebabkan kredit sosial dipotong mengakibatkan mereka dihalang dari keluar negara atau […]

Mingguan Amanz – Apple iPhone 11 Malaysia, Xiaomi Mi Mix Alpha, OnePlus 7T

September 29, 2019 0

Minggu ini menyaksikan Apple mulakan penjualan iPhone 11, iPhone 11 Pro dan juga iPhone 11 Pro Max untuk pasaran tempatan. Ia boleh didapati melalui pengedar rasmi Apple tempatan, dan juga melalui syarikat telekomunikasi. Selain Apple, Xiaomi pada minggu ini membuat kejutan dengan memperkenalkan Mi 9 Pro 5G dan juga Mi Mix Alpha – sekaligus membawa […]

GrabFood Kini Membenarkan Pesanan Makanan Dari Pelbagai Restoran Serentak

September 29, 2019 0

Dengan perkhidmatan GrabFood, pelbagai jenis makan enak dapat berada di hujung jari. Tetapi sistem yang digunakan mereka selama ini hanya membenarkan satu pesanan dilakukan dari sebuah restoran. Pengguna terpaksa menunggu makanan pertama dihantar sebelum dapat melakukan pesanan seterusnya. Hari ini kami menyedari GrabFood mula membenarkan pesanan dari pelbagai restoran secara serentak. Apabila aplikasi Grab dibuka […]

Netflix Menawarkan Tontonan Episod Pertama Siri Secara Percuma Di India

September 29, 2019 0

2019 ialah tahun yang mencabar bagi Netflix. Dominasi mereka di arena penstriman video berbayar akan akhirnya dicabar dua kuasa besar Apple dan Disney dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. Mereka berbelanja besar menerbitkan siri kandungan asli terutamanya untuk pengguna di Asia. Di India, mereka mula memberikan tontonan episod pertama siri asli secara percuma kepada mereka […]

YouTube Music Menggantikan Google Play Music Sebagai Aplikasi Pemain Audio Terpasang Android

September 29, 2019 0

Google Play Music disertakan secara terpasang pada kesemua peranti Android yang menerima sokongan rasmi dari Google. Walaupun dilancarkan secara rasmi pada tahun 2011, sehingga kini ia tidak disokong secara rasmi di Malaysia. Belum sempat ia disokong sepenuhnya, ia kini mula digantikan oleh YouTube Music. Google mengesahkan mulai sekarang YouTube Music akan menggantikan Google Play Music […]