Archive

Xiaomi Sedang Membangunkan Empat Peranti Dengan Kamera 108MP

September 3, 2019 0

Pada minggu pertama Ogos lalu, Xiaomi telah mengacah yang mereka akan hadir dengan yang menggunakan kamera 108MP. Lensa yang akan digunakan adalah jenis ISOCELL dari Samsung dan ia dijangka akan digunakan pada Mi MIX 4. Selang seminggu kemudian, Samsung ISOCELL Bright HMX 108 megapixel, dilancarkan oleh Samsung dengan kerjasam bersama Xiaomi. Ia adalah lensa pertama […]

Spesifikasi OnePlus 7T Pro Pula Tertriris – Edisi McLaren Kembali?

September 3, 2019 0

Minggu lepas, spesifikasi OnePlus 7T telah tertiris. Ia dikatakan akan dijana Snapdragon 855 Plus, mempunyai rekaan kamera bulat dan lensa lain dan juga skrin 2K+ 90Hz. Terkini, spesifikasi OnePlus 7T Pro pula yang tertiris. OP7TPro / OP7TPro ML. E. :6.67inch 2K+ 90HzCurved Screen4085mAh Warp Charge 30TSnapdragon 855+8/256GB (12GB ML. E. only) base48MP+16MP(UW)+8MP[3x Zoom](TP)Improved cam software […]

Imej Pengolokan Penuh Peranti Sony Xperia Baharu Tertiris – Xperia 2 Atau Xperia 1 Compact?

September 3, 2019 0

Sony Xperia 1 adalah peranti mercu Sony tahun ini. Ia hadir dengan paparan bernisbah 21:9 CinemaWide dengan resolusi 4K HDR daripada panel OLED. Peranti Sony juga merupakan satu-satu jenama yang rekaannya sehingga hari ini tidak ‘meniru’ jenama lain dan kekal dengan rekaan tersendiri. Beberapa hari lepas, peranti baharu Xperia telah muncul di arena web yang […]

Nubia Red Magic 3S Bakal Hadir Dengan Skrin Kadar Segar Semula 90Hz

September 3, 2019 0

Nubia Red Magic 3S bakal dilancarkan tidak lama lagi. Tidak banyak informasi yang diperoleh mengenai peranti ini. Tetapi siri Nubia Magic 3, adalah satu-satunya peranti gaming murah yang mempunyai sistem penyejukan menggunakan kipas. Peranti ini akan dilancarkan pada 5 September 2019, iaitu dua hari sahaja lagi. Terkini, poster baharu mengenai peranti ini telah muncul. Ia […]

Samsung Memperkenalkan Galaxy A90 5G Secara Rasminya

September 3, 2019 0

Lanjutan daripada ketirisan beberapa hari lepas, hari ini pihak Samsung secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Galaxy A90 5G. Ia merupakan peranti terbaru dibawah keluarga Galaxy A, yang mana hadirnya dengan sokongan rangkaian 5G. Samsung Galaxy A90 5G hadir dengan skrin 6.7-inci Super AMOLED dengan rekaan bertakuk kecil, dilengkapi cip lapan teras, […]

Apple Dijangka Memperkenalkan Ciri Baru Memfokuskan Pemantauan Corak Tidur Pada Apple Watch

September 3, 2019 0

Apple sedia menjadualkan 11 September ini untuk pengenalan iPhone generasi baru. Bersama-sama dengannya, Apple turut dijangka memperkenalkan beberapa perkara baru, termasuk berkaitan dengan Apple Watch. Terbaru, menurut laporan 9to5Mac, Apple diperkatakan akan memperkenalkan sejumlah ciri-ciri memfokuskan pemantauan corak tidur seseorang pengguna melalui Apple Watch kelak. Melalui ciri baru ini, ia akan membolehkan pengguna Apple Watch […]

Kemaskini Firefox Untuk macOS Akan Datang Bakal Menawarkan Lebih Penjimatan Bateri

September 3, 2019 0

Firefox Quantum yang baru boleh dikatakan menawarkan prestasi yang sangat baik, tetapi dari segi penggunaan bateri pada macOS, boleh dikatakan agak drastik. Pihak Mozilla dilihat mengambil berat akan perkara ini, dan melalui kemaskini Firefox akan datang, perkara ini bakal diatasi. Mozilla mengatakan kemaskini Firefox akan datang untuk macOS bakal membawakan penjimatan penggunaan tenaga – sehingga […]

Samsung Galaxy A90 Bakal Hadir Dengan Sokongan 5G

September 2, 2019 0

Samsung sebelum ini telah pun memperkenalkan variasi telefon pintar mercu 5G dibawah keluarga Galaxy S10 dan juga Galaxy Note 10. Selain kedua-duanya, kini Samsung turut dilihat sedang dalam persiapan memperkenalkan telefon pintar 5G dibawah keluarga Galaxy A. Dikongsikan oleh @evleaks, peranti baru ini bakal dinamakan Galaxy A90 5G. Ia dilihat akan menjadi peranti pertama dibawah […]

Juara Tinju, Manny Pacquiao Melancarkan Kriptowang Tersendiri

September 2, 2019 0

Manny Pacquiao merupakan salah seorang juara tinju dari Filipina yang tidak asing lagi bagi para peminat sukan tunju. Selepas memenangi beberapa kejuaraan sebelum ini, terbaru beliau turut menyertai arena kriptowang. Manny Pacquiao telah pun melancarkan kriptowang tersendiri, dinamakan sebagai Pac. Ia dilihat boleh digunakan untuk para peminat beliau untuk membeli cenderamata, selain pada masa yang […]

Bosch Hadir Dengan Kereta Sorong Bayi Elektronik Untuk Memudahkan Ibu Bapa

September 2, 2019 0

Bagi para ibu bapa, hari ini terdapat pelbagai pilihan kereta sorong bayi dalam memudahkan ibu bapa membawa anak mereka ke mana-mana. Dalam usaha memudahkan lagi, kini Bosch turut memperlihatkan kereta sorong bayi elektronik mereka. Dinamakan sebagai eStroller, ia hadir dengan dua motor elektronik pintar, sebuah brek elektromekanikal, bateri, dan juga sebuah aplikasi untuk telefon pintar. […]