Archive

Google Menjual Kit Pembangunan Android TV ADT-3 Kepada Umum – Menjalankan Android 10

Januari 31, 2020 0

ADT-1, ADT-2 dan terkini ADT-3 adalah kit pembangunan Android TV. Ia adalah sejenis konsol yang Google edarkan atau jual kepada pembangun untuk menguji aplikasi mereka dalam sistem operasi Android TV baharu. ADT-3 sudah kedengaran sejak Disember lepas. Tetapi ketika itu ia terhad kepada pembangun terpilih sahaja dan sistem operasi Android TV Android 10 ini belum […]

Ulasan Samsung Galaxy A51 – Peranti Dengan Lensa Sudut Lebar Luar Jangkaan!

Januari 31, 2020 0

Sejak tahun lepas lagi, Samsung sudah mula memfokuskan terhadap peranti kelas pertengahan. Apa yang saya rasa adalah, Samsung cuba mengikut strategi pengeluar-pengeluar dari China seperti Xiaomi, Oppo dan Vivo – dalam melancarkan pelbagai variasi peranti kelas pertengahan yang murah, hebat dan unik. Fokus Samsung adalah kepada siri Galaxy A yang mana menggantikan siri Galaxy J. […]

Ulasan Samsung Galaxy Note 10 Lite – Nota-Nota Cinta Lama Yang Dikembalikan

Januari 31, 2020 0

Samsung Galaxy Note 10 adalah peranti mercu Samsung yang paling ramai minat. Ini kerana, ia penuh dengan pelbagai fungsi dan ciri seperti Galaxy S-Pen yang hebat. Bukan itu sahaja, ia juga mengekalkan beberapa spesifikasi utama dari Samsung Galaxy S10. Untuk S-Pen, Samsung menawarkan kawalan gestur atas udara agar pengguna boleh acah-acah menjadi seorang pahlawan Jedi […]

Samsung Galaxy A51 Dan Galaxy A71 Diumumkan Untuk Malaysia – Bermula RM1299

Januari 31, 2020 0

Samsung Malaysia hari ini telah memperkenalkan dua telefon pintar terbaru untuk pasaran tempatan dibawah siri Galaxy A, iaitu Galaxy A71 dan juga Galaxy A51. Samsung Galaxy A51 hadir dengan skrin 6.5-inci Full HD+ Super AMOLED, dijana cip lapan-teras, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Ia menyertakan bateri 4000mAh bersama dengannya, pengimbas cap jari pada skrin, […]

Rasmi : Samsung Galaxy S10 Lite Berharga RM2699, Galaxy Note10 Lite Berharga RM2299

Januari 31, 2020 0

Bersama-sama pengenalan Samsung Galaxy A51 dan Galaxy A71 di Malaysia, pihak Samsung turut telah melancarkan dua lagi telefon pintar mercu-asas, iaitu Galaxy S10 Lite dan juga Galaxy Note10 Lite. Galaxy S10 Lite merupakan telefon pintar variasi asas untuk Galaxy S10, hadir dengan skrin 6.7-inci Super AMOLED Plus, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut […]

(Dikemaskini) Huawei Dilaporkan Tidak Akan Kembali Menggunakan GMS Walaupun Selepas Sekatan Perdagangan Ditarik

Januari 31, 2020 0

Sejak Mei tahun lalu, Huawei dimasukkan ke dalam senarai entiti yang mengakibatkan ia tidak lagi bebas berdagang dengan syarikat dari A.S. Antara kesan paling ketara ialah mereka tidak lagi boleh menggunakan GMS dan kini menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengembangan HMS mereka tersendiri. Menerusi temubual dengan akhbar Der Standard, Fred Wangfei yang merupakan pengurus produk Huawei […]

Instagram Turut Dijangka Membawa Sokongan Reaksi Pada DM

Januari 31, 2020 0

Baru-baru ini, kita telah melihat Twitter memperkenalkan sokongan “Reaksi” menggunakan emoji seumpama pada Facebook, tetapi pada bahagian Direct Messages. Menariknya, selain daripada Twitter, kini Instagram turut dilihat bakal memperkenalkan ciri lebih kurang sama. Melalui kod awal yang tertiris, ia dilihat Instagram akan memperkenalkan sokongan “Reaksi” menggunakan emoji ini pada bahagian Direct Messages. Instagram dijangka menawarkan […]

Sebanyak 100 Juta Motorola Moto G Telah Terjual Setakat Ini

Januari 31, 2020 0

Motorola Moto G generasi pertama dilancarkan pada tahun 2013 dengan tujuan menawarkan sebuah peranti kelas permulaan mampu milik yang baik. Pada waktu tersebut peranti kelas permulaan mempunyai reputasi buruk tidak berfungsi dengan lancar dan mempunyai kemampuan kamera yang tidak memuaskan. Selepas hampir tujuh tahun, peranti ini akhirnya mencecah angka jualan 100 juta. Selepas beberapa generasi […]

Menurut Pakar Forensik Peranti Android Kini Lebih Sukar Digodam Berbanding iOS

Januari 31, 2020 0

Pihak berkuasa kini mempunyai akses kepada pelbagai peralatan dan perisian bagi membolehkan mereka mengakses kandungan peranti yang digunakan oleh penjenayah. Firma seperti Cellebrite mula mendapat perhatian kerana mendakwa mereka mampu mengakses kandungan iPhone dan iPad walaupun yang menggunakan sistem operasi terkini. Secara lazimnya terdapat kepercayaan iOS adalah lebih selamat berbanding Android. Tetapi menurut laporan Motherboard, […]

Realme C3 Bakal Hadir Dengan Cip MediaTek Helio G70, Bateri 5000mAh

Januari 31, 2020 0

Realme agak aktif dalam pengenalan peranti mereka hampir setiap bulan. Terbaru, pengeluar peranti berkenaan dalam persediaan untuk melancarkan Realme C3 di India. Melalui halaman promosi awal yang telah pun diterbitkan oleh Realme di India, mereka memperlihatkan yang mana Realme C3 bakal hadir dengan cip MediaTek Helio G70, dilengkapi bateri 5000mAh, dan menggunakan dwi-kamera belakan gdengan […]

1 2 3 36