Archive

terpakai malaysia ucanlah system restorant malaysia

Kecerdasan Buatan Ini Meramal Bilakah Wabak Covid-19 Akan Berakhir – Malaysia Pada 9 Julai

April 30, 2020 0

Malaysia kini telah memasuki fasa ke-empat Perintah Kawalan Pergerakan dan nampaknya Malaysia telah berjaya meleperkan keluk epidemik. Kerajaan mula membenarkan dua orang dari isi rumah untuk keluar melakukan pembelian barang dapur serta beberapa industri untuk kembali beroperasi. Tetapi persoalan di batu jemala majoriti rakyat masih lagi bilakah wabak berbahaya ini akan diisytiharkan berjaya dihapuskan di […]

Butiran HP Omen 15 Dikuasakan AMD Ryzen 4000H Dan NVIDIA GeForce RTX 2060 Tertiris

April 30, 2020 0

Kini nampaknya semakin banyak jenama komputer telah mula menggunakan APU AMD Ryzen 4000, dan diantaranya ialah HP, yang nampaknya akan mengemaskini komputer riba gaming mereka dengan komponen tersebut. Komputer riba yang dikatakan ialah HP Omen 15. Model terbaru ini dilaporkan akan menggunakan AMD Ryzen 7 4800H yang hadir dengan lapan teras dan 16 bebenang kuasa, […]

Microsoft Kini Menguji Sokongan Multi Tingkap iPad Untuk Word Dan PowerPoint

April 30, 2020 0

Salah satu ciri menarik yang diperkenalkan pada iPadOS adalah fungsi multi tingkap yang mana membolehkan pengguna melancarkan dua aplikasi secara serentak dan diletakkan bersebelahan. Boleh dikatakan, ia adalah salah satu perkara yang menarik untuk mereka yang menggunakan peranti bersaiz besar untuk pengalaman multi tugas  yang hebat. Kini, Microsoft dilihat sedang menguji fungsi ini menerusi perisian […]

Aplikasi Your Phone Pada Windows 10 Bakal Menerima Sokongan Kawalan Media Peranti Android

April 30, 2020 0

Your Phone adalah aplikasi daripada Microsoft untuk memudahkan lagi tugasan produktiviti pengguna. Melaluinya, pengguna boleh menambat peranti Android atau iOS untuk menerima notifikasi dari peranti ke Windows, sokongan perkongsian fail yang lebih mudah dan banyak lagi. Terkini pada Windows 10 Insider Preview Build 19619.1000, Microsoft sedang menguji kemampuan mengawal muzik atau aplikasi audio pada peranti melalui […]

Aplikasi YouTube Android TV Menerima Sokongan Codec Video AV1

April 30, 2020 0

Codec video AV1 adalah satu format fail media yang mempunyai saiz fail yang lebih kecil dan kemampuan menstrim pada kualiti yang lebih baik. Format ini diguna pakai pada Netflix dan YouTube untuk telefon pintar turut telah mula mencuba teknik pengkodan ini sejak 2018 lagi. Terkini, aplikasi YouTube untuk Android TV mula menyokong penggunaan codec video […]

Tetapan Aras Suara Google Assistant Kelak Akan Berasingan Dengan Aras Suara Media

April 30, 2020 0

Adakah anda pengguna peranti berhubung seperti Nest Hub atau Nest Home Mini (Google Home Mini)? Pasti menjengkelkan apabila anda sedang mendengar muzik pada tetapan aras suara 100% dan kemudian menyeru Google Assistant, suara pembantu digital ini turut mempunyai aras yang sama. Kuat, menjengkelkan dan mengganggu pengalaman pendengaran. Kelak, perkara ini tidak akan menjadi masalah kerana […]

Spotify Kini Mempunyai Lebih 286 Juta Pengguna Aktif Bulanan – 130 Juta Pengguna Berbayar

April 30, 2020 0

Spotify mengeluarkan laporan kewangan mereka untuk suku pertama 2020 dan tidak seperti industri petroleum, industri penstriman muzik tidak terjejas oleh wabak koronavirus. Platform penstriman muzik nombor satu dunia ini mempunyai 286 juta pengguna aktif bulanan secara keseluruhan dengan 130 juta adalah pengguna akaun premium berbayar. Masing-masing adalah peningkatan dari 271 juta dan 125 juta yang […]

Pelancaran Hummer Versi Elektrik Ditangguhkan Kerana Covid-19

April 30, 2020 0

Akhir Januari lalu General Motors (GMC) berkongsi imej acah bahagian hadapan Hummer EV yang merupakan generasi pertama Hummer yang mesra alam. Pelancaran Hummer EV dijadualkan pada 20 Mei 2020 tetapi kini telahpun ditangguhkan ke suatu tarikh yang masih belum ditetapkan. kerana wabak koronavirus. Sungguhpun begitu GMC berkata pembangunan kenderaan masih mengikut jadual untuk penjualan pada […]

Samsung Menjangkakan Jualan Telefon Dan TV Terjejas Tahun ini, Permintaan PC Dijangka Meningkat

April 29, 2020 0

Samsung kini telah pun mengeluarkan penyata hasil pendapatan suku pertama 2020, yang memperlihatkan pendapatan mereka sedikit berkurangan berbanding sebelum ini. Hal ini boleh dikatakan sebahagian besarnya disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 diseluruh dunia yang memberikan kesan terhadap pengeluaran dan juga pembelian. Selari dengannya, kini Samsung mengatakan penularan wabak Covid-19 akan memberikan kesan dan impak kepada […]

Samsung Mengesahkan Akan Melancarkan Galaxy Note Baru Bersama Telefon Boleh-Lipat Baru

April 29, 2020 0

Bersama-sama pengumuman berkaitan penyata kewangan untuk suku pertama 2020, pihak Samsung kini turut mengesahkan yang mana mereka akan melancarkan telefon pintar premium mereka seperti biasa. Samsung mengatakan mereka akan terus menawarkan produk pelbagai pada segmen premium dengan pelancaran model Galaxy Note baru, dan juga telefon pintar baru. Ini selari dengan laporan sebelum ini mengatakan Galaxy […]