Archive

terpakai malaysia ucanlah system restorant malaysia

Video Chapters Untuk YouTube Kini Rasmi – Langkau Ke Bahagian Kegemaran Dalam Video

Mei 29, 2020 0

YouTube adalah platform penstriman video yang popular yang digunakan oleh ramai orang. Ia ada banyak kandungan menarik dan juga merupakan platform untuk orang cuba membina kerjaya baru – “YouTuber”. Terkini, YouTube telah menambah satu fungsi baru yang digelar sebagai “Video Chapter” untuk para YouTuber gunakan. Seperti namanya, ia adalah satu fungsi yang membahagikan video ke […]

Rasmi : Sony Akan Memperlihatkan “Masa Depan Permainan” Di PlayStation 5 Pada Minggu Hadapan

Mei 29, 2020 0

Sony hari ini mengesahkan yang mana mereka menjadualkan acara khas pada 4 Jun 2020 ini (waktu tempatan, 5 Jun 2020), dimana mereka akan memperlihatkan masa depan permainan di PlayStation 5. Seperti ramai sedia maklum, PlayStation 5 merupakan konsol generasi baru Sony yang bakal diperkenalkan pada tahun ini. Ia menawarkan spesifikasi yang baru, sekaligus membawakan sokongan […]

Fungsi Plus Codes Di Google Maps Memudahkan Perkongsian Lokasi Tanpa Alamat

Mei 29, 2020 0

Google telah memperkenalkan sistem alamat digital, Plus Codes sekitar tahun 2015. Ia bertujuan membantu orang ramai untuk menjejaki lokasi atau alamat yang sukar dijumpai dan tidak mempunyai titik koordinat yang jelas. Dalam usaha untuk menyediakan kemudahan yang lebih selesa, fungsi Plus Codes telah ditambah ke aplikasi Google Maps menerusi kemas kini terbaru. Jika sudah terbiasa […]

10 Tagar Paling Popular Di Facebook Dan Instagram Sepanjang Aidilfitri Tahun Ini

Mei 29, 2020 0

Meskipun, tradisi sambutan perayaan Aidilfitri kali ini terasa sedikit berbeza, namun ianya tetap disambut dengan penuh keceriaan. Masing-masing dilihat tidak ketinggalan berkongsi pengalaman beraya dan memberi ucapan raya dengan pelbagai keterangan (caption) paling kreatif serta tagar yang menarik. Kebanyakan perkongsian tagar dilihat berkaitan dengan baju tradisional yang sesuai dipakai pada hari raya. Sehubungan itu, Facebook […]

Apple Mengambil Alih Firma Pembelajaran Mesin Inductiv Inc

Mei 29, 2020 0

Apple adalah syarikat terawal menawarkan pembantu maya kepada pengguna. Menerusi Siri pengguna boleh berinteraksi dengan telefon menerusi kawalan suara sahaja. Sungguhpun begitu, 8 tahun selepas dilancarkan, Siri kini ketinggalan jika dibandingkan dengan Google Assistant dan Amazon Alexa. Bagi mengurangkan jurang perbandingan kemampuan ini, Bloomberg melaporkan Apple telah mengambil alih firma pembelajaran mesin Inductiv Inc. Firma […]

Imej Sebenar Dan Spesifikasi Penuh Vivo X50 Pro Kini Dikongsi

Mei 29, 2020 0

Siri Vivo X50 bakal diperkenal secara rasmi tidak lama lagi dan ia dikatakan muncul dalam dua model berbeza iaitu Vivo X50 dan Vivo X50 Pro. Semakin hampir dengan acara pelancaran, imej sebenar kedua-dua peranti dikatakan telah dikongsi secara langsung menerusi beberapa imej tersebar di laman Weibo. Cuma sayangnya, ia hanya menunjukkan rekaan panel belakang dan […]

Tanda Harga Tempatan Lenovo Legion 7i Dan IdeaPad Gaming 3i Diperlihatkan

Mei 29, 2020 0

Kami baru sahaja melaporkan bahawa Lenovo Malaysia telah memperkenalkan siri komputer riba gaming Legion baru yang dikuasakan oleh komponen-komponen terbaru daripada AMD, Intel dan juga NVIDIA. Dua daripada model tersebut, Lenovo Legion 7i dan juga Lenovo IdeaPad Gaming 3i dilaporkan hanya akan tiba pada penghujung bulan Jun, tetapi nampaknya Lenovo Malaysia sudahpun memperlihatkan model-model dan […]

Oppo Ace2 EVA Edition Dilancarkan Dengan Pelbagai Aksesori Neon Genesis Evangelion

Mei 29, 2020 0

Oppo Ace2 EVA Edition telah dilancarkan semalam dan ianya pasti mengujakan peminat siri animasi popular Neon Genesis Evangelion. Oppo bukan sahaja menawarkan telefon pintar malahan set lengkap pengecas nirwayar, fon telinga nirwayar dan jam tangan pintar di dalam pakej lengkap bertemakan Neon Genesis Evangelion. Oppo Ace2 EVA Edition hadir dalam warna ungu dan hijau seperti […]

Razer Blade 15 Studio Edition Diperkenalkan Untuk Kreatif Profesional

Mei 29, 2020 0

Razer ialah syarikat teknologi dari Singapura yang terkenal untuk perkakasan dan peranti komputer mereka yang biasanya dikhususkan kepada golongan gamer. Razer baru-baru ini telah memperkenalkan Razer Blade 15 Studio Edition, iaitu komputer riba Razer Blade 15 yang diubahsuai sedikit untuk digunakan oleh mereka yang bekerja didalam industri kreatif. Rangka luaran Razer Blade 15 Studio Edition […]

Vivo Y30 Dan Vivo Y50 Mula Ditawarkan Untuk Pasaran Malaysia – Berharga Bermula RM899

Mei 29, 2020 0

Vivo kini telah menawarkan dua telefon pintar dibawah siri keluarga Y, iaitu Vivo Y30 dan juga Vivo Y50. Vivo Y50 hadir dengan skrin 6.53-inci pada resolusi FHD+, dijana cip Snapdragon 665, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut hadir dengan bateri berkapasiti 5000mAh. Melengkapkan telefon pintar ini adalah kamera hadapan 16-megapixel, selain empat kamera […]