Sejak Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac 2020 yang lepas, salah satu perkara yang telah menjadi norma baharu dalam pembelajaran adalah penggunaan peranti dan mengikuti pembelajaran dan pengajaran secara atas-talian.

Melalui kajian yang dilakukan sehingga April 2020 lepas, melibatkan lebih 670,000 ibu bapa kepada pelajar, ia didapati sekitar 36.9% pelajar tidak mempunyai peranti untuk mengikuti pembelajaran secara atas-talian.

Perkara ini sekaligus menyukarkan lagi proses pembelajaran dan pengajaran dilakukan secara atas-talian.

Sekitar 6% pelajar dilihat mempunyai komputer peribadi, 5.76% mempunyai tablet, 9% mempunyai komputer riba, dan 46% mempunyai telefon riba.

Selain daripada masalah untuk akses peranti, terdapat kekangan lain yang turut memberikan kesan terhadap pembelajaran secara atas-talian – terutamanya akses internet itu tersendiri.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.