Mark Zuckerberg melancarkan Facebook dari bilik asrama Harvard.

Mark Zuckerberg

Facebook ialah perkhidmatan rangkaian sosial yang dilancarkan pada 4 Februari 2004. Diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama rakan sebilik, Eduardo Saverin di Universiti Harvard. Keahlian laman web itu pada mulanya hanya terhad kepada pelajar Harvard, tetapi diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston kemudian  diikuti hampir semua universiti di Amerika Syarikat dan Kanada. Pada September 2006, ia diperluaskan kepada yang berumur 13 tahun dan lebih tua dengan alamat e-mel yang sah.

Sebelum bermulanya Facebook, Mark Zuckerberg bersama tiga lagi rakan-rakannya iaitu Andrew McCollum, Chris Hughes dan Dustin Moskovitz telah membuat laman web Facesmash pada 23 Oktober 2003. Laman web tersebut yang berkonsep “Hot or Not” membandingkan dua gambar pelajar yang diletakkan sebelah-sebelah dan membiarkan pelayar laman web tersebut untuk membuat keputusan “Hot or Not”.

ekselen.my

sumber : http://ekselen.my/

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.