5 Perkara Menarik Mengenai Video Teardown PS5 Yang Korang Kena Tahu

Sumber : Sony

Kurang sebulan dari tarikh pelancaran Playstation 5, Sony telah berkongsi video detail mengenai internal hardware PS5, video tersebut memberi kita gambaran dan pemahaman jelas mengenai spesifikasi internal hardware PS5 dan menjawab persoalan kita semua seperti soalan berkaitan kebolehan menaiktaraf SSD, sistem penyejukkan, dan sama ada panel tepi boleh dibuka atau tidak.

Video teardown tersebut telah ditunjukkan oleh VP Sony bahagian Mechanical Design iaitu En Yasuhiro Ootori, ini ialah 5 ciri-ciri menarik PS5 yang perlu anda tahu didalam video teardown tersebut.

No 1 – PS5 MEMPUNYAI JENIS PENYAMBUNGAN YANG KORANG PERLUKAN

Ps5 mempunyai jenis port penyambungan yg pelbagai. Dibahagian hadapan terdpat port USB TYPE-C 10gbps dan port USB-A 480mbps berasaskan USB 2.0. Korang juga mempunyai 2 port tambahan jenis USB-A dibelakang dan ianya berasaskan USB 3.1 yg menyediakan kelajuan bandwitdth sehingga 10gbps. Terdapat juga port gigabit erthenet dibahagian belakang bersama2 port HDMI utk disambung ke TV korang. Penyambungan wireless termasuk Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.1 serta Sony ada menyatakan drive BlueRay mempunyai dua lapisan penutup utk mengurangkan bunyi bising.

No 2 – PANEL TAPI PS5 MUDAH DIBUKA

PS5 mempunyai design menarik dengan dua panel tepi di kiri dan kanan serta didalam video teardown tersebut kedua2 panel ini boleh dibuka dgn mudah. Korang cuma perlu alihkan kebahagian tepi dan tarik panel kebawah utk membuka panel tersebut. Bahagian dlm panel tersebut juga mempunyai dua lubang perangkap habuk utk memudahkan korang mencuci ps5 nanti. Desain sebegini sememangnya menarik perhatian pihak ketiga yg boleh mereka jenis panel-panel yg berbeza dan memudahkan korang untuk custom sendiri PS5 yang korang beli nanti.

No 3 – MUDAH UNTUK MENAIKTARAF STORAGE PS5 DENGAN SSD JENIS NVME

Salah satu perubahan yg ketara dengan PS5 ialah korang boleh naiktaraf storage ps5 dengan SSD jenis NVME. Storage PS5 boleh dinaiktaraf
dengan mana-mana SSD jenis NVME PCIE 4.0 serta slot M2 tersebut juga boleh dilihat dengan mudah selepas korang mengalihkan panel tepi PS5.

No 4 – SISTEM PENYEJUKKAN PS5 YANG EFEKTIF

Salah satu penyebab saiz PS5 menjadi besar berbanding PS4 ialah prestasinya, dengan kuasa prestasi sebanyak 10.3tflop, PS5 mempunyai kuasa sebanyak 5 kali ganda berbanding PS4. disebabkan itu Sony telah meletakkan kipas dibahagian hadapan, iaitu kipas berukuran 120mm untuk menjalankan sistem penyejukkan didalam ps5 yang semestinya menjanjikan penyejukkan yang bagus.

No 5 – LIQUID METAL TIM MEMBERI KUASA PRESTASI KEMUNCAK YANG KONSISTEN

Antara poin yang paling menarik didalam video teardown PS5 tersebut ialah Sony menggunakan liquid metal TIM iaitu material yg diletakkan bersama-sama cip pemprosesan PS5 untuk memberikan prestasi penyejukkan tinggi yang lama dan stabil. PS5 menggunakan cip pemprosesan yang berkuasa dan boleh menjana kuasa
sehingga 3.5ghz dan mengeluarkan byk haba. Dengan penggunaan liquid metal TIM dilihat mampu utk menstabilkan cip pemprosesan tersebut dan memberikan prestasi terbaik kepada korang semasa bermain ps5.

PS5 dijangka akan melakukan debut pada 12 November 2020 dan pihak Sony sedang menjalankan urusan pra tempah kepada para pengguna seluruh dunia.

Editor – Saiful Hawari

Write a Comment

view all comments

*