Berita Menarik

500 Ribu Akaun Zoom Telah Dicuri Dan Dijual Di Laman Web Gelap

Pembaca : 17
0 0

Zoom ialah perisian persidangan video yang sangat popular kebelakangan ini, dan digunakan oleh beribu-ribu syarikat di seluruh dunia. Walaupun begitu, perisian ini juga dilaporkan hadir dengan banyak isu kerentanan sekuriti yang menyebabkan ia tidak begitu selamat digunakan.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa 500 ribu akaun Zoom telah dicuri oleh penggodam dan dijual di laman web gelap. Menariknya, penggodam mendapat akses kepada akaun dan kata laluan pengguna bukan melalui kerentanan sekuriti pangkalan data mereka, tetapi melalui gabungan alamat emel dan kata laluan yang didapati melalui kerentanan data yang lain.

Gabungan akaun dan kata laluan yang tepat dimasukkan dalam sebuah senarai yang kemudiannya dijual pada harga yang sangat rendah. Diantara butiran yang tertiris termasuklah alamat emel yang digunakan untuk mendaftar akaun Zoom, kata laluan akaun tersebut, alamat persidangan Zoom peribadi mereka dan juga kunci hos (host key) akaun tersebut.

Menurut Cyble, syarikat sekuriti digital yang menemui pangkalan data akaun-akaun yang terkesan ini, mereka menyarankan pengguna untuk menukar kata laluan mereka dan tidak menggunakan kata laluan yang sama untuk akaun-akaun perkhidmatan atas talian lain jika mereka menggunakan alamatr emel yang sama.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.