6 Jam Tangan Pintar Akan Datang Daripada Garmin Tertiris – Dijangka Dilancarkan Awal Bulan Hadapan

Garmin merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi dalam penawaran jam tangan pintar, terutamanya memfokuskan kepada gaya hidup aktif dan kecergasan. Terbaru, Garmin dilihat dalam persediaan melancarkan sejumlah jam tangan pintar baru tidak lama lagi, dan sebanyak 6 jam tangan pintar tertiris ke arena web melalui web Winfuture.

Antara yang tertiris adalah Garmin Venu, Garmin Vivoactive 4, Garmin Vivoactive 4s, Garmin Vivomove Style, Garmin Vivomove 3 Sport, dan Garmin Vivomove 3s.

Garmin Venu

Menjadi fokus utama adalah Garmin Venu. Ia dilihat sebagai penawaran mercu daripada Garmin, dimana hadir dengan sokongan skrin bulat, menyokong pembayaran, kawalan lagu, selain kebolehan untuk memuat-turun aplikasi daripada kedai-aplikasi Garmin. Seperti biasa, ia disertakan beberapa sensor untuk memudahkan menjejak aktiviti pengguna.

Garmin Vivoactive 4s

Garmin Vivoactive 4 dan Vivoactive 4s pula adalah jam tangan pintar yang memfokuskan kepada kecergasan. Seperti Garmin Venu, jam tangan pintar ini dijangka dilengkapi pelbagai ciri-ciri lebih kurang sama, tetapi turut membawakan ciri tambahan seperti sensor GPS dan penjejak nadi.

Garmin Vivomove Style

Garmin Vivomove Style pula dilihat menawarkan rekaan yang lebih elegan, dan turut hadir dengan sensor penjejak nadi bersama-sama dengannya.

Garmin Vivomove 3 Sport

Akhir sekali, Garmin Vivomove 3 Sport dan Vivomove 3s pula adalah penawaran jam tangan pintar dengan penggunaan rekaan jam analog, tetapi dilengkapi dengan sensor denyutan nadi, penjejak aktiviti, serta menawarkan masa penggunan bateri yang lebih lama.

Garmin dijangka memperkenalkan siri jam tangan pintar baru mereka ini pada acara IFA 2019 yang akan berlangsung pada awal September 2019 ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.