Adakah anda gemar menggunakan emoji? Ia dengan mudah dapat menyampai mood dan emosi kepada pembaca dengan hanya sekilas pandang. Jumlah emoji yang boleh digunakan pada peranti akan bertambah sebanyak 69 buah menjelang hujung tahun ini. Senarai lengkap emoji baru di bawah Unicode 10.0 telah disahkan oleh UniCode hari ini.

Antara emoji baru yang diperkenalkan ialah wanita bertudung, T-Rex, wanita menyusukan anak, emoji muntah, Dracula dan tangan berdoa. Buat masa ini, rekaan akhir untuknya masih belum disahkan lagi Gambaran yang diperlihatkan di atas adalah dari Emojipedia berdasarkan kepada rekaan fasa akhir.

Seperti biasa, implementasi ini juga akan bergantung kepada pelbagai kemaskini aplikasi dan sistem operasi – sebelum para pengguna akan dapat menggunakannya dalam komunikasi harian.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.