TechSemut Malaysia

7 Fungsi Baru Android Nougat Pada Samsung Galaxy S7 Edge

7 Fungsi Baru Android Nougat Pada Samsung Galaxy S7 Edge

7 Fungsi Baru Android Nougat Pada Samsung Galaxy S7 Edge
Januari 26
09:04 2017

Kemas kini Nougat untuk Samsung Galaxy S7 Edge akhirnya tiba di Malaysia semalam. Seperti yang dijanjikan antaramuka Grace UX yang sebelum ini ditemui pada Galaxy Note 7 diberikan. Ia lebih kemas dan minimalis berbanding antaramuka sebelum ini. Ini bukanlah satu-satunya fungsi baru yang diberikan oleh Samsung kepada pengguna Galaxy S7. Di bawah ialah beberapa fungsi baru yang mungkin tidak anda sedari disertakan bersama Android Nougat.

01 – Mengawal Resolusi Skrin

Selepas memuat turun kemas kini Nougat, tetapan skrin peranti anda ialah 1920×1080 pixel. Ini adalah lebih rendah berbanding resolusi asal 2560 x 1440 pixel. Ini sebuah pepijat yang boleh diselesaikan dengan segera menggunakan fungsi baru tetapan resolusi skrin Grace UX.  Resolusi boleh diubah dari pilihan Display pada skrin tetapan seperti yang dilihat di atas. Terdapat pilihan resolusi ke-tiga iaitu 1280 x 720 pixel sekiranya anda mahu mengurangkan lagi penggunaan bateri peranti. Terdapat juga fungsi baru Performance Mode yang boleh diakses menerusi talam menu. Dari tetapan ini pemilik boleh menetapkan resolusi serta keterangan skrin pilihan secara automatik.

02- Menukar Kamera Dengan Tatalan Skrin

Sebelum ini pengguna perlu menekan butang pada bucu kiri sebelah bawah untuk menukar di antara kamera utama atau selfie. Selepas menggunakan Android Nougat ini boleh dilakukan dengan melakukan tatalan atas ke bawah pada skrin apabila aplikasi kamera dibuka. Ini adalah lebih pantas dan mudah berbanding fungsi sebelum ini. Kepada yang lebih selesa dengan fungsi lama jangan risau, butang menukar kamera masih disediakan pada buku kiri sebelah bawah.

03- Pilihan Tambahan Dari Ikon Aplikasi

Menekan ikon selama beberapa saat memberikan beberapa pilihan baru bergantung kepada aplikasi. Dari contoh di atas untuk aplikasi Twitter, terdapat pilihan untuk menyahaktifkan aplikasi, membuang jumlah mesej belum dibaca dan menyahpasang. Apabila aplikasi dinyahaktif, ia tidak akan menggunakan bateri dan data. Aplikasi hanya akan kembali aktif apabila pengguna membukanya semula. Ini amat berguna bagi mereka yang mengira penggunaan data yang terhad.

04- Kustomasi Saiz Grid Tetapan Pantas Talam Notifikasi

Mengubah susunan grid pada skrin utama (4×4, 4×5 atau 5×5) sudah wujud sejak Marshmallow. Kini pilihan kustomasi susunan grid juga boleh dilakukan pada butang tetapan pantas di talam notifkasi. Terdapat pilihan 3×3, 4×3 dan 5×3. Dengan ini lebih banyak butang tetapan pantas boleh diletakkan serentak.

05- Penapis Sinar Biru

Fungsi penapis sinar biru ini pada suatu ketika hanya disertakan pada peranti keluaran China. Kini ia menjadi semakin popular sejak ia menjadi fungsi standard pada iOS 10. Dengan Blue Light Filter skrin akan menjadi kekuningan bagi mengurangkan silau mata apabila digunakan pada waktu malam.

06- Sistem Multi Window Baru

Multi Window diperkenalkan oleh Samsung pada peranti Galaxy Note 2 lima tahun yang lalu. Sejak diperkenalkan antaramuka fungsi ni telah diperbaiki dan diperhalusi. Android Nougat akhirnya membawa sokongan Multi Window secara natif. Ini membolehkan kesemua aplikasi yang terpasang pada peranti menyokong fungsi Multi Window. Sebelum ini hanya beberapa peranti tertentu sahaja boleh digunakan. Seperti dahulu tekan butang Multi Tasking untuk mengaktifkan mod Multi Window.

Tetapi malang sekali sokongan natif ini menyebabkan fungsi Drag and Drog diantara dua tetingkap tidak lagi disokong. Bagi mereka yang sudah biasa melakukan Drag and Drop dari Gallery ke Gmail, ucapkan selamat tinggal kepada fungsi kegemaran anda.

07- Video Enhancer

Akhir sekali ialah fungsi Video Enhancer yang mempertingkatkan paparan warna video yang dimainkan menggunakan peranti. Antara aplikasi yang menyokong fungsi ini ialah YouTube, Netflix, iFlix dan Periscope. Setakat ini kami hanya menyedari peningkatan apabila menggunakan Netflix dimana gambar lebih taja, terang dengan warna yang lebih hidup. Pada perkhidmatan penstriman lain perbezaan menggunakan Video Enhancer tidak berapa ketara.

 

Source: amanz.my

Label

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com