


8 arahan linux yang perlu anda tahu dan kuasai
hasnan Jun 4, 2016 0 Bagaimana-Untuk , Linux , Sistem PengoperasianUntuk memudahkan anda mengawal sistem pengoperasian linux anda perlu menguasai 8 arahan ini yang pastinya jika anda telah kuasai anda kelihatan seperti “pakar” dalam mengunakan sistem pengoperasian ini. Walaupun terdapat banyak arahan-arahan dalam linux , 8 arahan ini pasti akan ada dalam semua destro linux.
Is – List Files
Arahan ini untuk anda memaparkan senarai fail pada direktori anda berada. Anda boleh memaparkan fail secara rekusid dengan menambah -R di hujungnya. anda juga boleh menyenaraikan fail di direktori lain dengan menetapkan direktori tersebut “ls /home”
cd – Change Directory
Seperti juga arahan yang digunakan dalam windows , anda boleh mengubah daraktori anda dengan mengunakan arahan cd . Contohnya “cd /home/muatnaik” anda akan di bawa ke direktori /home/muatnaik anda juga boleh mengunakan “cd -” di mana anda akan di bawa semula ke direktori sebelumnya .
rm – Remove Files
arahan ini digunakan untuk anda memadam fail , anda perlu berhati-hati mengunakan arahan ini terutamanya jika anda mengunakan id root . Seperti arahan lain anda boleh menetapkan direktori atau fail mana yang ingin anda padam.
rmdir – Remove Directories
Arahan ini digunakan untuk anda memadam direktori yang kosong. Jika direktori tidak kosong anda boleh mengunakan arahan rm untuk memadam data.
mv – Move Files
Arahan ini bagi membantu anda mengerakkan fail ke lokasi lain. Ia juga digunakan bagi menamakan semula fail atau direktori . Anda boleh mengerakan sama ada fail atau direktori.
cp – Copy Files
Arahan ini adalah seperti arahan mv . Tetapi ia akan membuat pendua berbanding mv yang akan mengerkan fail atau direktori . Anda boleh mengunakan arahan “cp -r” untuk membuat salinan direktori dan fail di dalamnya ke tempat lain.
mkdir – Make Directories
Arahan ini untuk anda mencipta direktori baru contoh anda boleh mengunakan arahan “mkdir apasahaja” untuk mencipta direktori apasahaja di lokasi anda sedang berada.
In – Create Links
Arahan ini bagi anda membentuk satu pautan fail atau direktori . Arahan yang biasa digunakan adalah bagi mencipta pautan simbolik contoh “ln -s /home/aku /home/user/Desktop” bagi mencipta simbolik pautan dari /home/aku ke desktop .
Arahan di atas adalah arahan yang kerap anda akan gunakan apabila anda mengunakan linux. Sebagai tips untuk memudahkan anda mengunakan dan mengingati arahan-arahan dalam cli linux , anda hanya perlu mengingati 2 huruf di hadapan , kemudian tekan kekunci TAB sebanyak 2 kali untuk melihat senarai arahan yang ada . dan jika hanya satu arahan arahan tersebut akan terus digunapakai tanpa anda perlu menaip arahan penih . Ini menugurangkan masa anda untuk menaip arahan-arahan dalam sistem pengoperasian linux anda.