8 Sebab Memiliki Redmi Note 8 Pro Lebih Berbaloi Berbanding Peranti ‘Pro’ Yang Lain

Awal bulan Oktober 2019 hadirnya peranti Redmi yang terkini untuk pasaran Malaysia. Redmi Note 8 Pro dilancarkan dengan pelbagai fungsi dan ciri menarik, malah turut menafikan stigma ‘peranti murah tak berkualiti’ yang biasanya hadir apabila peranti tersebut ditawarkan bukan pada harga yang melebihi RM2,000.

Berikut merupakan 8 sebab musabab kenapa Redmi Note 8 Pro ini terlalu berbaloi berbnding telefon pintar lain yang menggunakan nama ‘Pro’.

Peranti Pertama Di Dunia Dengan Lensa 64MP

Tahun ini salah satu ciri utama yang telah mula menjadi penanda aras pada setiap peranti adalah kamera 64MP. Dan meletakkan penanda aras tersebut adalah Redmi Note 8 Pro yang hadir dengan kamera 64MP. Malah, ia meletakkan aras tersebut dengan lebih tinggi apabila menggunakan lensa Samsung ISOCELL GW1.

Lensa Samsung ISOCELL GW1 ini merupakan lensa yang direka untuk merakam gambar dengan lebih tajam dan dapat merakam lebih banyak cahaya. Dengan lebih banyak cahaya dapat dirakam, ia juga dapat memberikan gambar yang baik meskipun dalam pencahayaan yang rendah, dan dengan teknologi 3D HDR ia memberikan lebih kejituan dan ketelitian dalam rakaman, baik dalam format gambar mahupun video.

Jika anda selalu berkata “ah peranti murah” tetapi dengan penggunaan lensa Samsung ini, jelas menunjukkan Redmi Note 8 Pro ini tidaklah membawakan fungsi yang ‘murah’. Dua ciri-ciri berikut pastinya membuatkan pemilihan peranti ini kerana kamera sangat berbaloi.

Empat Kamera Pengimejan Pro

Kamera 64MP hanyalah satu kamera yang terdapat pada bahagian belakang peranti ini. Melengkapkan fungsi pengimejan utama yang terdapat pada Redmi Note 8 Pro adalah kamera 8MP Sudut Ultra Lebar, 2MP Lensa Makro, dan 2MP Lensa Kedalaman.

Gabungan keempat-empat kamera ini menjadikan pengimejan pada Redmi Note 8 Pro sangat baik. Ini kerana ia berupaya menghasilkan gambar pada resolusi tinggi, dan pilihan sudut ultra lebar memberikan pemandangan yang lebih luas dan menghasilkan gambar yang lebih cantik.

Melengkapi kamera yang pro ini adalah mod-mod rakaman yang pelbagai, seperti mod 64MP, mod slow mo, mod video pendek yang boleh di-zum sehingga 2x bersama ultra-lebar, mod makro, mod bokeh pelangi, dan pelbagai lagi. Pengguna Redmi Note 8 Pro sudah pasti dapat memanfaatkan kesemua fungsi ini dengan mudah. Berikut merupakan beberapa gambar yang diambil menggunakan Redmi Note 8 Pro.

Kamera Swafoto Dengan Mod Bokeh Manual

Tahun demi tahun, fungsi swafoto dilihat semakin menjadi penekanan kepada setiap jenama. Banyak sahaja peranti yang hadir cuba membawakan inovasi dan kreativiti terhadap fungsi ini. Dan untuk Redmi Note 8 Pro, ia juga membawakan kamera swafoto tidak terkalah dengan yang lain.

Melengkapkan fungsi swafoto peranti ini adalah kamera 20MP yang terletak dalam rekaan takuk Dot Drop Display. Ia tidaklah mengganggu dan tidak juga mengurangi keupayaan swafoto peranti ini. Ia mampu merakam dalam beberapa mod, termasuklah mod bokeh auto dan mod bokeh manual. Sungguh dengan fungsi ini, pengguna dapat menghasilkan gambar portret yang cantik, setanding peranti-peranti mercu yang jauh lebih mahal dari Redmi Note 8 Pro.

Rakaman Gerak Perlahan 960 FPS

Keupayaan kamera sahaja tidak mencukupi dengan sensor pengimejan yang berkuasa. Bersandarkan pada label ‘Pro’, Xiaomi perlu menawarkan sesuatu yang mencapai label tersebut, dan membawakan gerak perlahan pada FPS yang tinggi, iaitu 960 FPS.

Anda mungkin tidak selalu merakam video gerak perlahan, namun ia akan berubah apabila anda memiliki peranti yang berkeupayaan merakam 960 FPS. Ini kerana dengan lebih banyak frame yang dirakam, ia menjadikan video gerak perlahan tersebut lebih jelas dan bermakna. Tiada lagi alasan peranti anda tidak menyokong gerak perlahan dengan peranti ini.

Prestasi Gaming Pantas Dengan Cip MediaTek

Jika anda membeli peranti bukan kerana kamera, dan mungkin kerana fungsi Gaming, Redmi Note 8 Pro masih boleh menjadi milik anda. Ini kerana ia membawakan cip MediaTek G90T dan cip ini memang direka untuk tujuan Gaming.

Pada kelajuan 2.05Ghz, mengoperasikan peranti ini sangat lancar dan pantas, tanpa sebarang sela masa yang ketara. Malah ujian AnTuTu yang dijalankan kami turut merekodkan markah melebihi 200,000, satu markah yang harus dipuji malah lebih baik dari Snapdragon 730G dan tidak keterlaluan jika turut dinyatakan yang ia setaraf dengan Snapdragon 835.

Dan jika anda berfikir cip MediaTek ini panas, anda silap kerana Redmi Note 8 Pro kini turut hadir dengan penyejukan Liquid Cooling.

Penyejukan Cecair Menjamin Prestasi Gaming

Ciri penyejukan cecair bukanlah satu perkara yang baru pada peranti, namun biasanya ia dilihat wujud pada peranti mercu yang ditawarkan pada harga yang lebih tinggi. Bagi mendukung nama ‘Pro’ pada peranti ini, Redmi Note 8 Pro hadir dengan penyejukan cecair yang bukan sahaja menjamin prestasi, bahkan menambah-baik hayat peranti.

Berdasarkan gambar bedah gajet dari Xiaomi sendiri, gambar diatas jelas menunjukkan fungsi penyejukan cecair yang berfungsi pada peranti ini. Kita dapat lihat paip penyejukan yang menyambungkan cip pemprosesan ke bahagian tengah peranti, sekaligus dapat memberikan kuasa penyejukan kepada cip dengan lebih efektif.

Jelas sekali harga bukanlah satu ukuran apabila menawarkan label Pro buat peranti Redmi.

Bateri 4,500 mAh Menyokong Pengecasan Pantas 18W

Tidak cukup dengan penyejukan cecair, Redmi Note 8 Pro turut membawakan fungsi yang juga biasanya hadir pada peranti-peranti mercu. Pada masa kini, pengecasan pantas boleh dikatakan satu kewajipan dan bagi menyelesaikan masalah ini, pengecasan pantas 18W hadir untuk peranti ini.

Pengecasan pantas 18W untuk peranti ini berupaya mengecas penuh peranti ini dalam tempoh 2 jam. 2 jam mungkin lama namun perlu diingatkan yang mana Redmi Note 8 Pro ini hadir dengan bateri berkapasiti 4,500 mAh. Satu kapasiti yang agak besar namun ia sesuai dengan tujuan peranti dicipta.

Dengan kapasiti bateri sebesar ini, anda dapat menggunakan peranti sehingga 10 jam lamanya baik untuk bermain permua, mahupun menstrim kandungan video dari Netflix.

Keselesaan Mata Berpiawaian TUV Rheinland

Jika anda sememangnya berhasrat untuk menggunakan peranti pada jangkamasa yang lama, anda memerlukan empat komponen utama untuk menjayakannya. Anda memerlukan cip berprestasi tinggi yang tidak akan terkurang prestasinya apabila digunakan berterusan, bateri yang berkapasiti besar, dan juga sistem penyejukan yang stabil. Satu lagi faktor adalah pencahayaan yang tidak memberikan kesan kepada mata.

Berita baik untuk anda adalah Redmi Note 8 Pro turut hadir dengan piawaian TUV Rheinland untuk pencahayaan sinar biru yang rendah (Low Blue Light Certified). Paparan digital biasanya mempunyai sinar biru yang boleh membuatkan mata merasa merengsa, dan piawaian ini dapat memberikan keyakinan kepada pengguna untuk menggunakan peranti ini dalam jangkamasa berterusan yang panjang.

Permukaan Kaca Gorilla Glass 5 Di Hadapan & Belakang Peranti

Mengakhiri 8 sebab musabab ini adalah rekaan peranti Redmi Note 8 Pro yang kelihatan premium dan mewah. Ia mempunyai kaca Gorilla Glass 5 di hadapan dan belakang peranti yang turut mempunyai permukaan melengkung pada sisinya. Ini sekaligus memberikan genggaman hebat, ditambah pula dengan rekaan takuk hadapan yang tidaklah membuatkan pengguna terasa terganggu.


Dengan kesemua hujah-hujah diatas, ditambah pula dengan penggunaan port USB-C, pengimbas cap jari, storan berasaskan UFS 2.1, sistem operasi Android dengan MIUI 10, ia jelas menunjukkan Xiaomi berupaya menawarkan peranti dengan fungsi ‘Pro’ pada harga yang sangat munasabah.

Redmi Note 8 Pro yang dijual di Malaysia hadir pada dua variasi, iaitu versi 6GB RAM serta storan 64GB pada harga RM 1,099 dan 6GB RAM serta storan 128GB pada harga RM 1,199. Ia hadir pada tiga pilihan warna iaitu Pearl White, Forest Green dan juga Mineral Grey. Ia boleh didapati di semua pengedar rasmi Xiaomi, termasuklah laman web mereka.

Layari: Laman rasmi Xiaomi Malaysia Untuk Maklumat Lanjut

Penafian: Advertorial daripada Xiaomi Malaysia

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.