Acara Khas Apple 25 March Ini, Apakah Produk Baru Yang Akan Diumumkan?

Acara Khas Apple 2019

Apple akan mengadakan acara khas pada 25 March ini yang bertempat di Steve Jobs Theater, Cupertino. Untuk acara kali ini Apple membawakan slogan “It’s Show Time” yang merujuk kepada servis video streaming baru yang akan diperkenalkan yang akan bersaing dengan Netflix,  iFlix dan sebagainya.

Ianya mungkin tidak terhad kepada video sahaja, servis baru dari Apple ini akan merangkumi kandungan video, berita dan juga permainan dengan langganan tunggal.

Buat masa ini tiada maklumat untuk peranti baru yang akan diumumkan pada hari tersebut. Sekiranya ada, mungkin generasi baru Apple iPad 9.7 dan iPad Mini akan diumumkan memandangkan generasi lama iPad 9.7 telah berusia setahun manakala model terakhir iPad Mini dilancarkan pada tahun 2015.

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.