Acara [REC]reate TikTok Menghimpunkan 300 Pencipta Kandungan Asia Tenggara Bagi Perkongsian Idea Kreatif

Baru-baru ini telah berlangsungnya acara [REC]reate TikTok 2019 bagi Persidangan Pemasaran Kandungan Asia Tenggara Antara Pencipta Video TikTok di Singapura. Acara ini telah menghimpunkan hampir 300 pencipta dan pemasar dari Malaysia dan seluruh rantau ini untuk bekerjasama berkongsi idea kreatif bersama TikTok.

Berikut adalah topik utama yang diperlihatkan – TikTok 101 dan TikTok Monetization Deep-Dive. Perkongsian ini secara tidak langsung memberi penerangan berkenaan potensi besar TikTok di Malaysia dan seluruh rantau. Ia memaparkan bagaimana platform aplikasi ini boleh dimanfaatkan untuk membina jenama dan perniagaan tempatan. 

Kajian menunjukkan hampir 98% Generasi Z memiliki telefon pintar. Melihat pada peningkatan penggunaan dalam pengambilan kandungan video pendek di Malaysia, TikTok berkomitmen ingin membina penghasilan idea video yang berpandukan pandangan dan pengetahuan yang diperlukan untuk kekal berhubung dengan pengguna aktif mereka. Melalui platform ini jelas menunjukkan TikTok ingin menjadikan aplikasi ini sebagai landasan utama pengguna di seluruh Asia Tenggara.

Pada sasaran pengguna Malaysia pula, dengan adanya perkongsian idea dari persidangan ini apabila TikTok ingin melancarkan lebih banyak kerjasama bersama kempen tempatan, menjadikan pelaburan yang signifikan ke arah pertumbuhan ekonomi kreatif Malaysia. Antara kempen TikTok yang telah berlangsung adalah #TikTokTravel. Untuk mengetahui maklumat lanjut, anda boleh memuat turun dan melayari aplikasi TikTok pada pautan di bawah.

Layari: Aplikasi TikTok

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.