TechSemut Malaysia

Acer Bakal Menawarkan Predator 21X Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Acer Bakal Menawarkan Predator 21X Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Acer Bakal Menawarkan Predator 21X Di Malaysia Tidak Lama Lagi
Mei 04
12:31 2017

Acer pada tahun lepas telah mencuri perhatian ramai pengguna dan peminat permainan video dengan memperkenalkan sebuah komputer riba dengan skrin melengkung dan menawarkan spesifikasi sangat tinggi, dinamakan sebagai Acer Predator 21 X. Kini, kami menerima maklumat awal, dimana Acer Malaysia akan menawarkannya untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Dari segi spesifikasi, Acer Predator 21 X menggunakan skrin melengkung bersaiz 21-inci, cip pemprosesan Intel Core-i7-7820HK, gabungan dua kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080, memori sehingga 64GB RAM DDR4, dan storan gabungan empat SSD 512GB.

Selain daripada itu, komputer riba ini menggunakan papan kekunci mekanikal dengan suis CHerry MX Brown, selain pengimbas mata Tobii pada bahagian hadapan.

Acer telah sedia mengumumkan harga jualannya di Amerika Syarikat sebelum ini, dimana ia mencapai harga sekitar RM40,000. Ia dijangka akan dibuat berdasarkan kepada tempahan, dan unit yang ditawarkan adalah sangat terhad.

Harga jualan untuk pasaran Malaysia masih tidak diketahui lagi. Acer menjadualkan sebuah acara khas pada 17 Mei 2017 ini, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai komputer riba ini ketika itu.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com