TechSemut Malaysia

Acer Memperlihatkan Komputer-Komputer Yang Akan Dikuasakan Oleh CPU AMD Ryzen Desktop 2000

Acer Memperlihatkan Komputer-Komputer Yang Akan Dikuasakan Oleh CPU AMD Ryzen Desktop 2000

Acer Memperlihatkan Komputer-Komputer Yang Akan Dikuasakan Oleh CPU AMD Ryzen Desktop 2000
Jun 06
22:51 2018

Di acara pengumuman AMD di Taipei pada pagi ini, AMD membuat pengumuman bahawa akan terdapat 60 sistem OEM AMD Ryzen yang akan hadir di pasaran sepanjang tahun 2018.

Acer ialah salah satu daripada syarikat-syarikat pembina ini, dan hari ini, mereka dilihat bakal hadir dengan tiga komputer yang akan dilengkapi dengan CPU AMD Ryzen. Ini termasuklah komputer desktop Acer Nitro 50, Acer Predator Orion 5000 dan juga laptop gaming berkuasa tinggi Acer Predator Helios 500.

Desktop Acer Nitro 50 dikatakan akan hadir dengan CPU AMD Ryzen 2700X dan kad grafik AMD Radeon RX 580, beserta dengan Qi Charging Pad.

Acer Predator Orion 5000 pula dilengkapi dengan CPU AMD Ryzen 2700X yang sama, tetapi buat masa ini, mereka masih belum mengumumkan kad grafik yang akan digunakan bersama-sama dengan laptop ini.

Akhir sekali ialah laptop Acer Predator Helios 500 yang sudahpun diumumkan sebelum ini, yang akan hadir dengan CPU AMD Ryzen 2700 dan juga kad grafik AMD Radeon RX Vega 56 yang digunakan didalam komputer desktop.

Buat masa ini, Acer masih belum mengesahkan lagi bilakah komputer-komputer ini akan hadir ke pasaran antarabangsa.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com