Acer Malaysia kini telah mengumumkan penawaran komputer riba terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu kemaskini siri Acer Nitro 5.

Acer Nitro 5 hadir dengan skrin bersaiz 15.6-inci FHD IPS dilengkapi sokongan kadar segar semula 144Hz – sekaligus menepati citarasa sejumlah peminat permainan video pada masa kini.

Melengkapkan komputer riba ini juga adalah cip Intel Core i7-10750H dan juga kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060. Acer Nitro 5 hadir dengan memori sehingga 8GB DDR4 RAM dan juga storan 512GB PCIe NVMe SSD. Pengguna turut boleh menaik-taraf memori sehingga 32GB RAM secara berasingan.

Melengkapkan komputer riba ini adalah sokongan WiFi 6, dan juga aplikasi NitroSense untuk pengoptimasian khusus ketika bermain permainan.

Bagi anda berminat, boleh mendapatkan Acer Nitro 5 pada harga RM5499, atau mendapatkannya pada harga pra-tempahan RM4999 sehingga 17 Mac 2021 ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.