TechSemut Malaysia

Acer Predator 21 X Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia – Berharga RM39,999

Acer Predator 21 X Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia – Berharga RM39,999

Acer Predator 21 X Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia – Berharga RM39,999
Mei 17
06:03 2017

Acer Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan komputer riba berkuasa tinggi dan termahal mereka, iaitu Predator 21 X. Komputer riba yang hanya dikeluarkan sebanyak 300 unit di seluruh dunia ini berharga RM39,999 di Malaysia.

Berbeza dengan penawaran biasa komputer riba, Acer Predator 21 X ini dijual berdasarkan tempahan, dan hanya satu unit sahaja terdapat di pasaran tempatan buat masa ini.

Acer Predator 21 X ini hadir dengan skrin 21-inci yang melengkung untuk menawarkan paparan yang baik ketika bermain, dilengkapi cip Intel Core i7-7820HK, gabungan dua kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080, memori sehingga 64GB RAM, dan gabungan empat storan SSD 512GB. Dengan penawaran ciri premium, komputer riba ini juga turut menggunakan papan kekunci mekanikal dengan suis Cherry MX Brown, pengimbas mata Tobii, serta hadir dengan sokongan audio yang sangat baik sekali.

Sedang dikemaskini…

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com