Berita Menarik

Acer Predator Z35P – Monitor Ultra-Lebar Dengan Resolusi 1440p Dan Kadar Segar Semula Yang Boleh Di-overclock

Pembaca : 8
0 0

Paparan skrin dengan resolusi Ultrawide  semakin popular kebelakangan ini dengan beberapa jenama pembuat paparan membuat pengumuman mengenai model-model mereka. Acer merupakan salah satu jenama terawal yang hadir dengan konsep ini, dan nampaknya mereka bakal memperbaharui barisan monitor mereka dengan monitor ultrawide baru.

Dinamakan Acer Predator Z35P, model ini merupakan penaik-tarafan model monitor tahun lepas, Acer Predator Z35. Model baru ini hadir dengan skrin bersaiz 35 inci yang menggunakan paparan AMVA (Advanced-Multi domain Vertical Alignment) yang bukan sahaja membantu mengurangkan masalah warna pudar pada skrin, dan juga colour distortion yang boleh disebabkan oleh sudut penglihatan yang tidak optimum.

Spesifikasi-spesifikasi lain termasuklah resolusi paparan 3440×1440 dengan nisbah paparan 2.39:1, masa tindak balas 4ms dan kadar segar-semula 100Hz yang dikatakan boleh di-overclock sehingga 120Hz. Ia juga hadir dengan teknologi paparan NVIDIA GSYNC yang mengurangkan masalah tearing apabila bermain permainan video yang penuh dengan adegan-adegan yang pantas.

Monitor ini juga monitor melengkung, dan mempunyai nilai lengkungan R1800, tetapi sayang sekali ia hanya mempunyai nilai kecerahan 300 nit yang agak rendah.

Dari segi I/O pula, monitor Z35P ini hadir dengan sebuah port HDMI 1.4, dua port DisplayPort 1.2, empat port USB 3.0 Type-A dan port audio untuk pembesar suara.

Monitor Acer Predator Z35P ini dikatakan akan hadir di pasaran Amerika di dalam masa yang terdekat nanti untuk harga $1099 (~RM4,728. Pengumuman untuk pasaran Malaysia masih lagi tidak diketahui.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.