Intel baru sahaja meperkenalkan cip Intel Core generasi ke-8 pada awal minggu ini, dan Acer bergerak pantas dan telah mula menawarkan komputer riba dengan cip pemprosesan terkini berkenaan untuk pasaran tempatan.

Komputer riba pertama yang ditawarkan dengan cip pemprosesan generasi baru berkenaan oleh Acer untuk pasaran tempatan adalah Acer Swift 3. Ia hadir dengan skrin 15.6-inci, dilengkapi storan sehingga 256GB, dan memori sehingga 8GB DDR4, dan masa penggunaan bateri sehingga 10 jam lamanya.

Di Malaysia, ia menawarkan harga jualan yang lebih kurang sama seperti sebelum ini, dimana bermula daripada RM3399 hingga RM3899 – bergantung kepada pilihan spesifikasi komputer riba berkenaan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.