Acuan Kerangka Tiga iPhone 2019 Tertiris Lagi Mengesahkan Bonjol Kamera Berbentuk Empat Segi

Tinggal empat bulan sahaja lagi sebelum model terkini iPhone 2019 akan dilancarkan secara rasmi. Pelbagai maklumat mengenai fungsi, spesifikasi dan imej pengolokan tiga peranti ini telahpun tertiris. Hari ini tiga acuan untuk kerangka iPhone telah tertiris sekali lagi.

Acuan mengesahkan rekaan bonjol kamera berbentuk empat segi pada ketiga-tiga model. Pada model kemaskini iPhone XR, jelas kelihatan dua lubang untuk kamera utama. Model kemaskini untuk iPhone XS dan XS Max pula dilengkapi tiga lubang kamera utama.

Ini sedikit sebanyak mengesahkan beberapa ura-ura yang kami laporkan mengenai penggunaan trikamera dan dwikamera pada iPhone 2019. Apakah pendapat anda mengenai rekaan iPhone tahun ini sekiranya acuan ini ternyata asli.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.